Berita | Kolej Burhanuddin Helmi /kbh Daya Dedikasi Dinamik Mon, 15 Dec 2025 05:49:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /kbh/wp-content/uploads/2015/08/cropped-cropped-logo-kbh2-32x32.png Berita | Kolej Burhanuddin Helmi /kbh 32 32 SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KOLEJ BURHANUDDIN HELMI /kbh/news/sambutan-ambang-merdeka-kolej-burhanuddin-helmi/ Fri, 22 Aug 2025 03:10:47 +0000 /kbh/?post_type=news&p=6007 SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KOLEJ BURHANUDDIN HELMI 2025 /kbh/wp-content/uploads/2025/08/WhatsApp-Video-2025-08-22-at-15.20.55_73a8c010.mp4 22 Ogos 2025 Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) menyambut bulan kemerdekaan tahun ini dengan penuh meriah melalui tagline ...

The post SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KOLEJ BURHANUDDIN HELMI first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KOLEJ BURHANUDDIN HELMI 2025

22 Ogos 2025

Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) menyambut bulan kemerdekaan tahun ini dengan penuh meriah melalui tagline Semangat Merdeka Burhan. Persiapan bermula seawal Ogos dengan pengibaran Jalur Gemilang, bendera negeri dan institusi 每日大赛app di sekitar bangunan kolej, serta pelbagai hiasan bertemakan Dari Warisan ke Wawasan di ruang legar KBH.

Antara keunikan sambutan kali ini ialah penggunaan bahan kitar semula untuk menghasilkan gubahan, replika monumen ikonik, elemen permainan tradisi, pakaian tradisional, serta pameran tokoh kemerdekaan termasuk Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmi.

Inisiatif ini bukan sahaja menyerikan suasana kolej, malah memupuk kreativiti, semangat patriotik, kerjasama, dan muafakat dalam kalangan warga KBH. Hiasan tersebut turut dipertandingkan dalam Pertandingan Perhiasan Kemerdekaan Peringkat 每日大赛app pada 21 Ogos 2025.

The post SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KOLEJ BURHANUDDIN HELMI first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
MAJLIS PENYERAHAN TUGAS MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2025/2026 /kbh/news/%f0%9d%90%8c%f0%9d%90%80%f0%9d%90%89%f0%9d%90%8b%f0%9d%90%88%f0%9d%90%92-%f0%9d%90%8f%f0%9d%90%84%f0%9d%90%8d%f0%9d%90%98%f0%9d%90%84%f0%9d%90%91%f0%9d%90%80%f0%9d%90%87%f0%9d%90%80%f0%9d%90%8d/ Tue, 15 Jul 2025 02:35:30 +0000 /kbh/?post_type=news&p=5628 Pada 14 Julai 2025, Majlis Penyerahan Tugas dan Peralihan Kepimpinan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Burhanuddin Helmi telah berlangsung dengan lancar di Bangkuasi, KBH. Majlis ...

The post MAJLIS PENYERAHAN TUGAS MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2025/2026 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

Pada 14 Julai 2025, Majlis Penyerahan Tugas dan Peralihan Kepimpinan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Burhanuddin Helmi telah berlangsung dengan lancar di Bangkuasi, KBH.

Majlis ini menyaksikan penyerahan rasmi tanggungjawab daripada barisan MEP sesi 2024/2025 yang diketuai Saripah Najwa Ishak, kepada saf baharu sesi 2025/2026 yang diterajui oleh Naim Solehin.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengetua Kolej, Prof. Madya ChM. Dr. Nur Hasyareeda Hassan, Timbalan Pengetua Dr. Iskandar Yahya, serta staf pengurusan kolej.

Majlis turut disertai sesi tandatangan Aku Janji, jamuan, serta pengenalan dua felo baharu kolej iaitu Cik Insyeerah dan Cik Irdina.

Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan MEP baharu dalam meneruskan aspirasi dan khidmat kepada warga KBH.

鈥淒aya, Dedikasi, Dinamik鈥 馃悐

The post MAJLIS PENYERAHAN TUGAS MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SESI 2025/2026 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
MESYUARAT PEWUJUDAN TABUNG WAKAF ALUMNI D鈥橤ATORS /kbh/news/%f0%9d%90%8c%f0%9d%90%84%f0%9d%90%92%f0%9d%90%98%f0%9d%90%94%f0%9d%90%80%f0%9d%90%91%f0%9d%90%80%f0%9d%90%93-%f0%9d%90%8f%f0%9d%90%84%f0%9d%90%96%f0%9d%90%94%f0%9d%90%89%f0%9d%90%94%f0%9d%90%83/ Fri, 11 Jul 2025 06:40:26 +0000 /kbh/?post_type=news&p=5607 Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuknya di mana-mana. Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Jadikan bandar dan penempatan ...

The post MESYUARAT PEWUJUDAN TABUNG WAKAF ALUMNI D鈥橤ATORS first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

Pada 9 Julai 2025, satu mesyuarat rasmi antara Pentadbiran Kolej Burhanuddin Helmi dan Yayasan Canselor 每日大赛app telah diadakan bagi membincangkan penubuhan Tabung Wakaf Alumni D鈥橤ators KBH.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KBH ini melibatkan penyertaan Pengetua KBH, Prof. Madya ChM. Dr. Nur Hasyareeda Hassan, wakil pengurusan kolej, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), dan pegawai Yayasan Canselor.

Antara fokus utama ialah cadangan Projek Wakaf Permadani Surau Al-Ikhlas KBH, yang bertujuan menambah baik kemudahan surau demi menyokong kesejahteraan spiritual warga kolej.

Penubuhan tabung ini diharap dapat menggalakkan penyertaan aktif alumni dalam menyumbang kepada pembangunan berterusan KBH, sama ada dari segi kewangan, tenaga mahupun sokongan moral.

The post MESYUARAT PEWUJUDAN TABUNG WAKAF ALUMNI D鈥橤ATORS first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
PROGRAM MERAIKAN ALUMNI 每日大赛app BALIK KE KAMPUS /kbh/news/program-alumni-homecoming-kolej-burhanuddin-helmi/ Tue, 24 Jun 2025 03:06:28 +0000 /kbh/?post_type=news&p=4527 Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah program Hari Alumni Homecoming anjuran Pusat Perhubungan Alumni 每日大赛app pada 21 Jun 2025 di Kolej Burhanuddin Helmi, yang menghimpunkan ramai ...

The post PROGRAM MERAIKAN ALUMNI 每日大赛app BALIK KE KAMPUS first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah program Hari Alumni Homecoming anjuran Pusat Perhubungan Alumni 每日大赛app pada 21 Jun 2025 di Kolej Burhanuddin Helmi, yang menghimpunkan ramai alumni ternama KBH. Program ini berjaya mencipta pengalaman bermakna buat seluruh warga D鈥橤ators. Kehadiran alumni dari pelbagai latar belakang termasuk generasi awal KBH memberikan suntikan semangat dan rasa bangga terhadap perjalanan serta perkembangan kolej hingga ke hari ini.

Antara pengisian program termasuk sesi sembang santai bersama alumni, pameran kenangan, lawatan sekitar kolej, dan pameran pencapaian pelajar serta aktiviti KBH sepanjang tahun. Para pelajar juga berpeluang mendengar sendiri perkongsian pengalaman, mendapatkan nasihat bermanfaat, dan memahami lebih dekat nilai-nilai yang membentuk identiti Jiwa Burhan.

Program ini dimulakan pada pagi hari dengan aktiviti riadah atau bersukan yang dilaksanakan dalam pertandingan sukan antara kolej dengan memanggil alumni-alumni dari setiap kolej untuk menjadi wakil kolej dalam pertandingan sukan yang diadakan. Antara pertandingan yang diadakan termasuklah bola sepak, bola tampar, dan juga bola jaring. Aktiviti sukan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dan kerjasama antara pelajar dan alumni, malah turut membantu meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan mental serta memperkukuh jalinan ukhuwah dalam suasana santai dan positif.

Program ini membuktikan bahawa hubungan antara alumni dan warga kolej terus relevan dan penting dalam membina masa depan bersama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan komitmen. Diharapkan jalinan ini terus dikekalkan dan memberi inspirasi kepada generasi D鈥橤ators akan datang. Semoga inisiatif murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mengukuhkan jaringan alumni Kolej Burhanuddin Helmi.

The post PROGRAM MERAIKAN ALUMNI 每日大赛app BALIK KE KAMPUS first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
MULTIDISCIPLINARY REGIONAL SCIENCE AND TECHNOLOGY 2025 /kbh/news/multidisciplinary-regional-conference-in-science-technology-2025/ Mon, 23 Jun 2025 04:50:48 +0000 /kbh/?post_type=news&p=4951 [MRCST 2025 Kembali! Menyatukan Inovasi dan Kepimpinan Digital Global] Pada 21 Jun 2025, 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST) telah berlangsung dengan ...

The post MULTIDISCIPLINARY REGIONAL SCIENCE AND TECHNOLOGY 2025 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

[MRCST 2025 Kembali! Menyatukan Inovasi dan Kepimpinan Digital Global]

Pada 21 Jun 2025, 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST) telah berlangsung dengan penuh inspirasi di Akademia Siber Teknopolis, 每日大赛app. Edisi kali ini lebih istimewa apabila digandingkan bersama iFuture@每日大赛app, membuka ruang kepada generasi muda untuk meneroka kuasa inovasi global dan kepimpinan digital.

Bertemakan 鈥淪cience and Technology as Innovative Powerhouse Towards Future,鈥 program ini menghimpunkan penyelidik, pemimpin industri serta mahasiswa dalam perkongsian ilmu, idea dan solusi teknologi masa hadapan. Antara yang paling dinanti ialah sesi bersama Encik Syaful Izwan bin Mohamed, tokoh utama AI dan inovasi digital PETRONAS.

Forum iFuture@每日大赛app pula menjadi platform penting membincangkan peranan pelajar universiti sebagai pemimpin perubahan dan inovator digital pada era mendatang, mengangkat suara anak muda dalam membentuk masa depan.

Konferens ini bukan sekadar wacana ilmiah, malah medan kolaborasi strategik dan pendedahan kepada dunia teknologi global. Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara berimpak tinggi ini!

Dalam konferens kali ini, Kolej Burhanuddin Helmi telah mengharumkan nama kolej dengan meraih Gold Award di 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST).

Projek inovatif bertajuk 鈥淕rasshopper Protein Snack with Local Flavours鈥 mencuri perhatian dengan gabungan sains, kelestarian, dan keunikan rasa tempatan 鈥 selari dengan tema MRCST 2025, 鈥淪cience and Technology as Innovative Powerhouse Towards Future鈥.

Tahniah kepada pasukan KBH atas pencapaian membanggakan ini! Semoga terus menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus mencipta perubahan.

“Daya, Dedikasi, Dinamik” 馃悐

The post MULTIDISCIPLINARY REGIONAL SCIENCE AND TECHNOLOGY 2025 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
BURHAN INSPIRATION NIGHT 2025 /kbh/news/bright-2025-2/ Thu, 19 Jun 2025 01:34:08 +0000 /kbh/?post_type=news&p=4108 Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuknya di mana-mana. Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.   18 Jun 2025 ...

The post BURHAN INSPIRATION NIGHT 2025 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

18 Jun 2025

Burhan’s Inspiration Night 2025 (BRIGHT’25) atau Malam Inspirasi Burhan merupakan majlis makan malam tahunan Kolej Burhanuddin Helmi pada penghujung semester kedua. Malam Inspirasi Burhan dianjurkan untuk meraikan dan menghormati perjalanan warga Kolej Burhanuddin Helmi, khususnya pelajar tahun akhir, ketika mereka menamatkan pengalaman akademik mereka di universiti. Acara itu juga berfungsi sebagai platform untuk sokongan kewangan, di mana sumbangan diberikan kepada pelajar daripada kumpulan pendapatan B40 untuk membantu meringankan beban kewangan mereka. Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan, penghargaan, dan semangat kekitaan dalam komuniti kolej.

Malam Inspirasi Burhan lebih daripada sekadar makan malam perpisahan ia adalah sambutan pencapaian, tanda sokongan kepada pelajar yang kurang bernasib baik, dan platform untuk memupuk semangat kemasyarakatan dalam Kolej Burhanuddin Helmi. Dengan menggabungkan bantuan kewangan dengan pengiktirafan dan galakan, acara ini memastikan tiada pelajar yang ketinggalan kerana had kewangan sambil mengukuhkan ikatan antara pelajar, fakulti dan universiti. Melangkah ke hadapan, memperluaskan inisiatif untuk memasukkan lebih banyak tajaan dan peluang bimbingan boleh meningkatkan lagi impaknya, memperkasakan pelajar untuk kejayaan masa depan.

Satu pengalaman yang sarat dengan semangat, tawa dan ukhwah! 馃専

Perkampungan BRIGHT鈥25 bukan sekadar latihan, ia adalah titik permulaan kepada satu perjalanan penuh inspirasi dan kenangan bermakna buat semua EXCO BRIGHT鈥25. Ucapan terima kasih juga dituju khas buat penaja-penaja rasmi bagi menjayakan program ini.

The post BURHAN INSPIRATION NIGHT 2025 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
PROGRAM TVK : ZOOCARE 2.0 /kbh/news/program-tvk-zoocare-2-0/ Mon, 16 Jun 2025 07:35:40 +0000 /kbh/?post_type=news&p=4983 Tamatkan kebuluran, mencapai keselamatan makanan, meningkatkan pemakanan dan menggalakkan pertanian mampan. Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur. Pada ...

The post PROGRAM TVK : ZOOCARE 2.0 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

Pada 15 Jun 2025, Program ZOOCARE 2.0 anjuran Team Voluntary KBH (TVK) telah berlangsung dengan jayanya di Zoo Negara Malaysia. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk menyumbang tenaga dalam aktiviti sukarelawan, memupuk rasa tanggungjawab sosial serta meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan hidupan liar.

Kehadiran para peserta yang penuh semangat telah menjayakan objektif utama program ini 鈥 鈥淲e Care for Humanity, We Serve for Community.鈥

Pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap semangat kesukarelawanan ini terus disemai dalam kalangan warga Kolej Burhanuddin Helmi.

The post PROGRAM TVK : ZOOCARE 2.0 first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
Syabas dan tahniah kepada kelab TEKAD /kbh/news/syabas-dan-tahniah-kepada-kelab-tekad/ Wed, 04 Jun 2025 01:26:00 +0000 /kbh/?post_type=news&p=4088 [KEJAYAAN TEKAD DI PROSENIUM JENAYAH FESTER 2025] Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kelab TEKAD atas pencapaian membanggakan dalam Prosenium Jenayah FESTER 2025 menerusi pementasan bertajuk ...

The post Syabas dan tahniah kepada kelab TEKAD first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

[KEJAYAAN TEKAD DI PROSENIUM JENAYAH FESTER 2025]

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kelab TEKAD atas pencapaian membanggakan dalam Prosenium Jenayah FESTER 2025 menerusi pementasan bertajuk “Noktah (4:145)”.

TEKAD berjaya meraih Naib Johan serta satu lagi pencapaian membanggakan apabila pelakon utamanya, Aina Zahra Afirena binti Mazlan, dianugerahkan Pelakon Harapan Wanita Terbaik 2025.

Kejayaan ini adalah hasil dedikasi tinggi, kerjasama mantap dan semangat cinta terhadap seni yang ditunjukkan oleh seluruh warga produksi.

饾棫饾棙饾棡饾棓饾枣
馃幁 TEKAD BUKAN SEKADAR TEATER 馃幁

The post Syabas dan tahniah kepada kelab TEKAD first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
Tahniah TGR BarberShop /kbh/news/tahniah-tgr-barbershop/ Fri, 23 May 2025 01:18:37 +0000 /kbh/?post_type=news&p=4079 Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan mampan, pekerjaan penuh dan produktif ...

The post Tahniah TGR BarberShop first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan TGR Barbershop atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Shark Tank 每日大赛app ke-3 yang berlangsung pada 20 Mei 2025.

Pertandingan anjuran USWA2KM ini menyaksikan penyertaan pelbagai idea perniagaan inovatif, dan pasukan dari Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) berjaya menyerlah dengan idea yang kreatif serta semangat keusahawanan luar biasa 鈥 membuktikan bahawa 鈥淥nly the Best Idea Survives!鈥

Tidak ketinggalan juga, beberapa lagi peserta KBH turut berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir, sekaligus membanggakan nama kolej dalam platform keusahawanan universiti ini.

Tahniah kepada semua finalis dan semoga terus maju jaya dalam dunia keusahawanan!

鈥淒aya, Dedikasi, Dinamik鈥 馃悐

The post Tahniah TGR BarberShop first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>
Program Kasih Bakti /kbh/news/program-kasih-bakti/ Mon, 19 May 2025 01:07:50 +0000 /kbh/?post_type=news&p=4059 /kbh/wp-content/uploads/2025/06/PROGRAM-KASIH-BAKTI-2-1.mp4 鈥淪atu hari penuh makna , satu misi penuh kasih 鈥淜elab Sahabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan penyumbang yang menjayakan Program Kasih Bakti ...

The post Program Kasih Bakti first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>

鈥淪atu hari penuh makna , satu misi penuh kasih 鈥
Kelab Sahabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan penyumbang yang menjayakan Program Kasih Bakti yang dilaksanakan pada 10 Mei 2025 . Komitmen dan kerjasama semua pihak amat dihargai kerana menjayakan program dengan jayanya . Terima kasih atas tenaga , masa dan kasih yang dicurahkan sepanjang program berlangsung dengan hati yang ikhlas dalam membahagiakan anak-anak Rumah Bakti Nur Ain . Semoga setiap langkah menjadi pahala dan tetap bersemangat dalam melakukan aktiviti sukarelawan dan aktiviti kebajikan untuk tetap berbuat baik sesama insan . Harap ahli Kelab Sahabat dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menambah ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman menjayakan program ini . 馃

鈥淪ehari Bersama , Kenangan Selamanya鈥 馃

The post Program Kasih Bakti first appeared on Kolej Burhanuddin Helmi.]]>