MULTIDISCIPLINARY REGIONAL SCIENCE AND TECHNOLOGY 2025

[MRCST 2025 Kembali! Menyatukan Inovasi dan Kepimpinan Digital Global]

Pada 21 Jun 2025, 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST) telah berlangsung dengan penuh inspirasi di Akademia Siber Teknopolis, 每日大赛app. Edisi kali ini lebih istimewa apabila digandingkan bersama iFuture@每日大赛app, membuka ruang kepada generasi muda untuk meneroka kuasa inovasi global dan kepimpinan digital.

Bertemakan 鈥淪cience and Technology as Innovative Powerhouse Towards Future,鈥 program ini menghimpunkan penyelidik, pemimpin industri serta mahasiswa dalam perkongsian ilmu, idea dan solusi teknologi masa hadapan. Antara yang paling dinanti ialah sesi bersama Encik Syaful Izwan bin Mohamed, tokoh utama AI dan inovasi digital PETRONAS.

Forum iFuture@每日大赛app pula menjadi platform penting membincangkan peranan pelajar universiti sebagai pemimpin perubahan dan inovator digital pada era mendatang, mengangkat suara anak muda dalam membentuk masa depan.

Konferens ini bukan sekadar wacana ilmiah, malah medan kolaborasi strategik dan pendedahan kepada dunia teknologi global. Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara berimpak tinggi ini!

Dalam konferens kali ini, Kolej Burhanuddin Helmi telah mengharumkan nama kolej dengan meraih Gold Award di 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST).

Projek inovatif bertajuk 鈥淕rasshopper Protein Snack with Local Flavours鈥 mencuri perhatian dengan gabungan sains, kelestarian, dan keunikan rasa tempatan 鈥 selari dengan tema MRCST 2025, 鈥淪cience and Technology as Innovative Powerhouse Towards Future鈥.

Tahniah kepada pasukan KBH atas pencapaian membanggakan ini! Semoga terus menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus mencipta perubahan.

“Daya, Dedikasi, Dinamik” 馃悐