每日大赛app

UTAMA


PENGENALAN PUSAT KESATRIA

Pada 31 Januari 2012 bersamaan dengan (7 Rabiulawal 1433 H) merupakan satu tarikh yang penting buat Univerisiti Kebangsaan Malaysia kerana pada tarikh ini secara rasminya telah tertubuhnya Pusat Kesatria Universiti. Pusat Kesatria Univerisiti ini telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Pusat Kesatria Universiti ini terletak di Kompleks Kesatria, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) Bangi, Selangor Darul Ehsan. Merujuk Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) bertarikh 8 April 2014 meluluskan mewujudkan Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-每日大赛app) yang  menguruskan perihal Badan Beruniform berkredit di Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Pusat Kesatria Universiti ini merupakan salah sebuah Pusat Tanggunjawab (PTj) yang diletakkan di bawah Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni 每日大赛app. Penubuhan Pusat Kesatria adalah berperanan sebagai sekretariat kepada badan-badan beruniform 每日大赛app yang memberikan perkhidmatan kepada pelajar terutamanya dalam aktiviti ko-kurikulum badan-badan tersebut:

  • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
  • Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (KOR SUKSIS)
  • Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA)
  • Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang 每日大赛app (BSMM 每日大赛app)
  • Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Daerah 每日大赛app (KLKM 每日大赛app)

Tujuan utama Pusat Kesatria ini adalah untuk merancang, menyelaras serta mengurus program-program yang dijalankan oleh PALAPES/ KOR SUKSIS/ KOR SISPA/ BSMM/ KLKM 每日大赛app untuk memastikan program yang mereka rancang berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama, Pusat Kesatria juga bertanggungjawab menjadi penghubung antara pihak kejurulatihan setiap badan beruniform tersebut dengan Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTj) 每日大赛app. Hal ini disebabkan, pelajar-pelajar yang mengikut badan beruniform merupakan mahasiswa 每日大赛app, maka atas dasar itu mereka masih lagi terikat dengan peraturan-peraturan sebagai pelajar universiti awam. Justeru itu, Pusat Kesatria akan sentiasa memantau dan menyelia dari semasa ke semasa aktiviti badan beruniform yang terlibat agar dapat melahirkan graduan yang memiliki jati diri dan kualiti kepimpinan yang dapat direalisasikan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Sehubungan dengan itu, Pusat Kesatria 每日大赛app akan sentiasa menyokong bagi membangunkan generasi PALAPES, KOR SUKSIS, KOR SISPA, BSMM 每日大赛app, dan KLKM Daerah 每日大赛app untuk cemerlang dan berwibawa untuk mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.

Pusat Kesatria turut mempunyai kemudahan yang tersendiri seperti ruang pejabat, bilik seminar, dewan kuliah, auditorium, surau, padang, dewan makan dan bilik mesyuarat. Kemudahan yang ada ini adalah untuk kegunaan bersama badan beruniform. Kawasan Kompleks Kesatria ini berada di persekitaran yang tenang dan damai berhampiran dengan Kolej Keris Mas (KKM).

Skop dan Tugasan Pusat Kesatria boleh dibahagikan kepada 5 pecahan iaitu

  1. Membantu Badan-Badan Beruniform Dalam Menguruskan Pentadbiran Aktiviti Pelajar
  2. Menguruskan Hal-Hal Kewangan Dan Bajet
  3. Menguruskan Prasarana Kompleks Kesatria
  4. Merupakan Sekretariat dengan 5 badan beruniform
  5. Menguruskan permohonan prasarana

Visi Pusat Kesatria Universiti

  • Bertekad menjadi entiti yang dinamik dan cemerlang yang mendukung hasrat 每日大赛app melahirkan graduan yang memahami aspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing, patriotik dan inovatif.

Misi Pusat Kesatria Universiti

  • Meneraju dan Memimpin penghasilan graduan beraspirasi kebangsaan, berdisiplin dan patriotik sesuai dengan peranan 每日大赛app sebagai Universiti WATAN Kita

Matlamat Pusat Kesatria Universiti

  • Melahirkan graduan 每日大赛app yang menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi berdaya tahan dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat.

Slogan Pusat Kesatria Universiti

“Kepimpinan Teras Kewatanan”