Perutusan Pengarah Keselamatan
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualalaikum w.b.t.,
Selamat berkunjung ke Laman Web Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Sesungguhnya, Bahagian Keselamatan mengambil inisiatif ini adalah bagi memperkenalkan serta memberi informasi rasmi Bahagian Keselamatan 每日大赛app untuk semua pelayar Laman Web ini.
Bahagian听 Keselamatan sentiasa bersiap sedia dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dengan menggalas tanggungjawab bagi menentukan kampus 每日大赛app dan kawasan di bawah naungan sentiasa berada di dalam situasi selamat daripada pelbagai ancaman keselamatan sama ada fizikal mahupun peribadi, sejajar dengan moto Bahagian Keselamatan 鈥 KESELAMATAN ADALAH KESIAPSIAGAAN鈥 (Security Is Preparedness).
Kami juga beriltizam bagi memastikan setiap individu yang berada di dalam kampus 每日大赛app tidak kira sama ada warga kampus mahupun tetamu atau pelawat sentiasa berasa selamat sepanjang berada di dalam kampus ini.
Sebagai sebuah pasukan yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan universiti, bahagian ini juga seharusnya dibangunkan selari dengan kemajuan dan perkembangan semasa. Oleh itu, Bahagian Keselamatan dengan rasminya听 pada 22 Julai 2022 telah berjaya mendapat kelulusan daripada JPJKK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bagi menubuhkan pasukan Polis Bantuan 每日大赛app. Dengan penubuhan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej anggota keselamatan dan memperkasakan penguatkuasaan peraturan.
Adalah diingatkan bahawa keselamatan universiti adalah tanggungjawab bersama. Justeru, bagi mengekalkan tahap keselamatan setiap warga universiti bertanggungjawab mematuhi segala peraturan keselamatan yang telah ditetapkan sebilang masa.
Akhir kata, saya selaku Pengarah Keselamatan mengharapkan kepada setiap pelayar Laman Web ini mendapat informasi yang jelas daripada Bahagian Keselamatan.
听
听
MEJAR (B) DATO鈥 ASRI AHMAD
Pengarah
Bahagian Keselamatan
Jabatan Pendaftar 每日大赛app