Berita | Kolej Ibrahim Yaakub /kiy KIY Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 23 Feb 2026 14:05:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 EKSPLORASI KEUSAHAWANAN KE FARM FRESH /kiy/news/eksplorasi-keusahawanan-ke-farm-fresh/ Wed, 25 Jun 2025 16:22:26 +0000 /kiy/?post_type=news&p=3446   [EKSPLORASI KEUSAHAWANAN KE FARM FRESH] Tarikh : 13 Januari 2026 (Selasa) Tempat : Farm Fresh, UPM Anjuran : Eksekutif Keusahawanan KIY sesi 2025/2026 Seramai ...

The post EKSPLORASI KEUSAHAWANAN KE FARM FRESH first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
 

[EKSPLORASI KEUSAHAWANAN KE FARM FRESH]

Tarikh : 13 Januari 2026 (Selasa)
Tempat : Farm Fresh, UPM
Anjuran : Eksekutif Keusahawanan KIY sesi 2025/2026

Seramai 40 orang peserta telah menyertai Program Eksplorasi Keusahawanan ke Farm Fresh anjuran MEP Keusahawanan Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2025/2026. Program ini telah dijayakan dengan sokongan dan komitmen 17 orang exco yang terdiri daripada ahli Kelab Usahawan Siswa dan seorang felo pemantau.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan mahasiswa/i dengan ilmu dan pengalaman interaktif sebagai asas
membangunkan daya fikir kreatif serta inovatif dalam keusahawanan dan meningkatkan kefahaman mahasiswa/i terhadap model perniagaan agro dan
industri tenusu melalui contoh operasi Farm Fresh.

Program ini menjadi inisiatif permulaan ke arah memperkenalkan dan menarik minat mahasiswa/i dalam bidang keusahawanan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

The post EKSPLORASI KEUSAHAWANAN KE FARM FRESH first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DAN PIDATO TIMBALAN NAIB CANSELOR 2026 /kiy/news/debat-naib-canselor-pidato-kiy/ Wed, 25 Jun 2025 15:45:56 +0000 /kiy/?post_type=news&p=3421 | PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DAN PIDATO TIMBALAN NAIB CANSELOR 2026 | Tarikh : 9 – 11 Januari 2026 (Jumaat – Ahad) Tempat : FKAB ...

The post PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DAN PIDATO TIMBALAN NAIB CANSELOR 2026 first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
| PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DAN PIDATO TIMBALAN NAIB CANSELOR 2026 |

Tarikh : 9 – 11 Januari 2026 (Jumaat – Ahad)
Tempat : FKAB & Persada Canselori, 每日大赛app
Anjuran : Kelab Urusetia Perucapan Umum (UPU) dan 每日大赛appDebate

Seramai 8 orang peserta telah mewakili Kolej Ibrahim Yaakub dalam Pertandingan Debat Naib Canselor dan Pidato Timbalan Naib Canselor 2026 anjuran Kelab Urusetia Perucapan Umum (UPU) dan 每日大赛appDebate, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang pengucapan awam, dan memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk mengasah dan menonjolkan bakat masing-masing. Selain itu, program ini juga menjadi wadah perbincangan akademik yang sihat untuk mahasiswa/i.

Pada sesi kali ini, Kolej Ibrahim Yaakub telah membawa pulang kemenangan Naib Johan dalam Pertandingan Debat Kategori Kolej, 10 Pendebat Terbaik Keseluruhan, Pendebat Terbaik Pusingan Akhir, dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Public Speaking. Kemenangan ini diharap dapat menjadi dorongan dan inspirasi kepada seluruh warga Kolej Ibrahim Yaakub untuk meraih lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

EKSEKUTIF AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

The post PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DAN PIDATO TIMBALAN NAIB CANSELOR 2026 first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
INISIATIF PEMBERIAN MAKANAN SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB /kiy/news/pemberian-pek-makan-minggu-peperiksaan-kiy/ Sun, 09 Mar 2025 07:21:13 +0000 /kiy/?post_type=news&p=2907 [INISIATIF PEMBERIAN MAKANAN SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Highlanders. Eksekutif Kebajikan dan Keselamatan telah menjalankan satu inisiatif kebajikan ...

The post INISIATIF PEMBERIAN MAKANAN SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
[INISIATIF PEMBERIAN MAKANAN SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Highlanders.

Eksekutif Kebajikan dan Keselamatan telah menjalankan satu inisiatif kebajikan mahasiswa telah sepanjang tempoh minggu peperiksaan di Kolej Ibrahim Yaakub. Inisiatif ini dijalankkan sebagai langkah proaktif dalam menyokong kesejahteraan mahasiswa, khususnya dalam menghadapi tekanan akademik dan cabaran kewangan semasa tempoh peperiksaan akhir.

Inisiatif ini telah berlangsung selama tiga (3) minggu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 357 pek makanan telah diagihkan kepada para mahasiswa. Antara pek makanan yang disediakan termasuk nasi goreng, nasi lemak, mee hoon goreng, kuey teow goreng, burger dan benjo.

Dalam pada itu, inisiatif dalam memperkukuhkan sokongan kebajikan secara berterusan, penambahan bekalan makanan ringan ke dalam foodbank kolej turut dilaksanakan sebanyak 2 kali sepanjang tempoh peperiksaan. Langkah ini bertujuan memastikan akses makanan tambahan sepanjang tempoh ulang kaji pelajaran dinikmati oleh semua mahasiswa di Kolej Ibrahim Yaakub.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif ini bukan sahaja berperanan dalam meringankan beban mahasiswa, malah mencerminkan komitmen berterusan dalam memupuk budaya prihatin, kesejahteraan holistik serta persekitaran pembelajaran yang kondusif di peringkat kolej kediaman.

Sekian.

EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

The post INISIATIF PEMBERIAN MAKANAN SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN DI KOLEJ IBRAHIM YAAKUB first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
PROGRAM KEMBARA ILMU SILANG BUDAYA ANAK SAMURAI /kiy/news/kembara-ilmu-silang-budaya-anak-samurai/ Sun, 09 Mar 2025 07:14:41 +0000 /kiy/?post_type=news&p=2895 [PROGRAM KEMBARA ILMU SILANG BUDAYA ANAK SAMURAI] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Highlanders. Program Kembara Ilmu Silang Budaya Anak Samurai berjaya dilaksanakan dengan penglibatan 11 ...

The post PROGRAM KEMBARA ILMU SILANG BUDAYA ANAK SAMURAI first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
[PROGRAM KEMBARA ILMU SILANG BUDAYA ANAK SAMURAI]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Highlanders.

Program Kembara Ilmu Silang Budaya Anak Samurai berjaya dilaksanakan dengan penglibatan 11 orang peserta dari Jepun, terdiri daripada pelajar Tokyo University of Foreign Studies dan Takushoku University, serta sokongan 25 fasilitator daripada Pusat Pengajian Citra Universiti dan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub. Program ini merupakan inisiatif Pusat Pengurusan Penjanaan 每日大赛app (Jana 每日大赛app) dengan kerjasama 每日大赛appShape, 每日大赛app Global dan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat.

Program ini bertujuan menjadi platform pertukaran budaya antarabangsa di samping memperkukuh kemahiran komunikasi, keyakinan diri serta pemahaman silang budaya dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan program turut melibatkan sokongan aspek pengurusan, kebajikan dan penyelarasan oleh pihak MEP Kolej Ibrahim Yaakub bagi memastikan kelancaran keseluruhan program.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti berteraskan pembelajaran budaya dan interaksi silang budaya telah dijalankan bagi memberi pendedahan langsung kepada para peserta. Aktiviti-aktiviti ini memberi ruang kepada peserta dari Malaysia dan Jepun untuk berinteraksi, bertukar pandangan serta memahami perbezaan budaya dalam suasana yang terancang dan berstruktur.

Secara keseluruhannya, Program Kembara Ilmu Silang Budaya Anak Samurai telah mencapai objektif pelaksanaannya dan berjaya memberi impak positif kepada para peserta serta pihak terlibat. Program ini menjadi satu platform bermakna dalam memperkukuh hubungan budaya dan persefahaman antara Malaysia dan Jepun, khususnya melalui pendekatan akademik dan pengalaman pembelajaran secara langsung.

Sekian.

鈥淭akkan Sesekali Berundur鈥

KETUA EKSEKUTIF
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

The post PROGRAM KEMBARA ILMU SILANG BUDAYA ANAK SAMURAI first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
PERKHEMAHAN PETI PERTOLONGAN CEMAS (PPC) /kiy/news/perkhemahan-peti-pertolongan-cemas-ppc/ Sun, 09 Mar 2025 07:07:53 +0000 /kiy/?post_type=news&p=2884 Perkhemahan ini dilancarkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kaedah pertolongan cemas asas disamping mendapatkan pengalaman perkhemahan pada peringkat universiti. Ini juga supaya ...

The post PERKHEMAHAN PETI PERTOLONGAN CEMAS (PPC) first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
Perkhemahan ini dilancarkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kaedah pertolongan cemas asas disamping mendapatkan pengalaman perkhemahan pada peringkat universiti. Ini juga supaya ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Det88E dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi tugas pertolongan cemas yang mendatang.

Antara pihak terlibat dalam mengurus program adalah Ahli Jawatan Kuasa, MEP Pemantau dan Felo Pemantau.

Dari segi slot pula, ia telah melibatkan penceramah dari Pusat Kesihatan Universiti, 每日大赛app iaitu Puan Nur Syamimi dan Encik Mohamad Fitri untuk memberi tunjuk ajar mengenai teknik CPR dan asas pertolongan cemas. Majlis penutup juga telah dihadiri oleh Dr. Mohamad Saiful, Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia 每日大赛app sebagai tetamu jemputan.

Program yang dijalankan dari 20 hingga 22 Disember 2024 telah disertai oleh pelajar 每日大赛app seramai 44 orang. Pihak penganjur akan memastikan SOP sebelum, semasa dan selepas program ini terjaga supaya dapat menjamin keselamatan para peserta dan ahli-ahli BSMM Det 88E.

The post PERKHEMAHAN PETI PERTOLONGAN CEMAS (PPC) first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
KIY Global Connect: Thailand Chapter /kiy/news/kiy-global-connect-thailand-chapter/ Sun, 09 Mar 2025 07:03:27 +0000 /kiy/?post_type=news&p=2876 Program KIY Global Connect: Thailand Chapter telah berlangsung pada 23 hingga 28 Julai 2025 yang merupakan hasil kolaborasi bersama salah satu universiti di Thailand iaitu ...

The post KIY Global Connect: Thailand Chapter first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
Program KIY Global Connect: Thailand Chapter telah berlangsung pada 23 hingga 28 Julai 2025 yang merupakan hasil kolaborasi bersama salah satu universiti di Thailand iaitu Prince of Songkhla University (PSU). Program ini dimulakan dengan sesi alu-aluan dengan diikuti oleh pengenalan oleh wakil pelajar Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Kediaman Ibrahim Yaakub. Dalam sesi ini, peranan dan struktur organisasi pelajar diterangkan secara ringkas bagi memberi pemahaman kepada peserta dari Prince of Songkhla University (PSU) mengenai kepimpinan pelajar dan penglibatan dalam sistem kolej kediaman di 每日大赛app.

Program diteruskan dengan taklimat akademik oleh Ibunda Pengetua, Dr. Seri Mastura Mustaza yang memperkenalkan struktur akademik universiti, sistem fakulti, dan rangka pembelajaran keseluruhan. Sesi ini membolehkan peserta PSU memahami operasi akademik di 每日大赛app serta bagaimana pengalaman pembelajaran melangkaui bilik kuliah.

Bagi memupuk penghargaan terhadap budaya, pelajar dari KIY dan PSU membentangkan persembahan kebudayaan yang memaparkan elemen tradisi dan warisan masing-masing. Program turut disertai dengan permainan interaktif melibatkan peserta dari kedua-dua institusi, mewujudkan suasana yang ceria, merapatkan hubungan, dan menggalakkan interaksi antara budaya. Program berakhir dengan sesi penutup dan penggambaran kumpulan sebagai tanda kenangan dan hubungan bermakna antara kedua-dua universiti.

The post KIY Global Connect: Thailand Chapter first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
Loka Berkarya Sesi 2024/2025 /kiy/news/2841/ Sun, 09 Mar 2025 06:40:59 +0000 /kiy/?post_type=news&p=2841   Program loka berkarya merupakan sebuah program bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang bakat dan kebudayaan kepada pelajar sekolah menengah. Program ini berpotensi untuk memupuk ...

The post Loka Berkarya Sesi 2024/2025 first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>
 

Program loka berkarya merupakan sebuah program bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang bakat dan kebudayaan kepada pelajar sekolah menengah. Program ini berpotensi untuk memupuk bakat kesenian dalam diri pelajar dari peringkat sekolah menengah lagi.

Program ini berlansung di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena selama 3 hari 2 malam dan perlu menetap di asrama sekolah tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari menetap di sekolah tersebut seperti ‘ice breaking’, persembahan daripada pelajar kolej, aktiviti latihan dalam kumpulan, dan persembahan penutup daripada pelajar sekolah tersebut.

Seramai 42 orang pelajar dari Kolej Ibrahim Yaakub dan seorang felo penasihat telah dihantar untuk mengajar bakat dalam kebudayaan kepada pelajar-pelajar mengikut portfolio masing-masing. Sekolah juga telah menghantar seramai 346 orang pelajar untuk menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2, tingkatan 3, dan tingkatan 4 .

The post Loka Berkarya Sesi 2024/2025 first appeared on Kolej Ibrahim Yaakub.]]>