Pesta Ang Pow Ke-27: Harmoni Budaya, Aspirasi Bersama
Program Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app Ke-27 telah berjaya diadakan di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan menghimpunkan seramai 301 orang peserta yang terdiri daripada pelajar 每日大赛app dan peserta luar.聽
Program ini menampilkan keindahan serta kekayaan warisan budaya Cina dengan mengangkat tema 鈥淛ejak Catatan Pengembara鈥. Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan melalui sambutan kebudayaan Cina, malah turut memperkenalkan dan mendalami adat dan tradisi masyarakat Cina dalam kalangan warga KTSN yang berbilang kaum.聽
Antara pengisian utama program ialah pementasan drama iaitu persembahan teater yang mengetengahkan tema dan dipersembahkan oleh pelajar KTSN yang bakat. Jalan cerita dibina secara kreatif bagi menarik perhatian penonton serta menyampaikan mesej dalam slogan PAP KTSN 每日大赛app Ke-27: 鈥淪iapa yang tak pernah melalui zaman remaja tanpa tersandung dalam pilihan?鈥. Seterusnya, persembahan kebudayaan Cina dipersembahkan oleh pelajar KTSN yang berbakat dalam pelbagai bidang seni seperti gendang 24 musim, tarian tradisional, tarian moden dan Wushu. Persembahan ini bukan sahaja bertujuan mempamerkan kekayaan warisan budaya masyarakat Cina, malah memberikan platform kepada pelajar untuk menonjolkan bakat serta memupuk semangat perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan warga universiti.聽
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KTSN atas sokongan padu yang diberikan, khususnya dari segi penyediaan fasiliti serta penglibatan aktif warga kolej dan peserta luar dalam menjayakan program ini. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Dr. Siti Hajar Binti Zuber, Timbalan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Encik Syamil Akmal Zamri, Pegawai pentadbir Kolej Tun Syed Nasir, bersama barisan Majlis Felo dan Majlis Eksekutif Pelajar, yang memainkan peranan penting sepanjang pelaksanaan program. Program ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar pelbagai kaum serta memupuk semangat toleransi dan saling menghormati. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap program berunsurkan kebudayaan.聽
Secara keseluruhannya, Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app Ke-27 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga universiti. Penganjuran program ini membuktikan komitmen semua pihak dalam memupuk keharmonian serta kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk keharmonian dan kefahaman antara budaya di Malaysia.