ÿմapp

Faculty of Medicine ÿմapp

🔍 Search
×

KUALA LUMPUR, 15 April 2026 – Unit Pengajaran dan Citra (UPC) melalui pasukan e-Pembelajaran telah berjaya menganjurkan bengkel pertama bagi siri ‘Hands-on NotebookLM’ khusus untuk warga Fakulti Perubatan. Program yang berlangsung di Ruang Aktiv, Tingkat 13, Blok Praklinikal ini telah dihadiri oleh lapan orang pensyarah daripada pelbagai jabatan. 

Sesi bimbingan ini dikendalikan oleh empat orang fasilitator daripada Jawatankuasa Kecerdasan Buatan Fakulti Perubatan (MedAI@FPER) bagi memastikan setiap peserta mendapat pendedahan teknikal mengenai penggunaan NotebookLM dalam pengajaran dan penyelidikan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan fakulti untuk mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam ekosistem akademik. Bengkel ini akan diteruskan secara berkala mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh Unit Pengajaran dan Citra.