每日大赛app

Faculty of Medicine 每日大赛app

馃攳 Search

Pada Jumaat, 24 April 2026, wakil unit e-Pembelajaran dan Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan telah mengadakan lawatan kerja ke MYI Technologies Sdn Bhd yang terletak di IOI City Tower 2, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat ekosistem bilik darjah pintar serta meneroka potensi integrasi teknologi terkini dalam kurikulum perubatan di 每日大赛app.

Antara aktiviti utama sepanjang lawatan:

1.Demonstrasi teknologi Smart Classroom bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) interaktif.

2.Taklimat mengenai penyelesaian teknologi digital yang sesuai untuk pendidikan perubatan masa hadapan.

3.Sesi perbincangan kolaborasi strategik antara pihak akademik dan pakar teknologi industri.

Usaha ini merupakan langkah proaktif fakulti dalam memastikan graduan perubatan 每日大赛app sentiasa terdedah kepada inovasi AI dan pendidikan digital bertaraf dunia.