Latarbelakang Jabatan
Selamat datang ke laman web Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan. Jabatan ini terletak di Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp, tingkat 16, Bangunan Praklinikal, Jalan Yaacob Latif, Cheras. Jabatan ini mempunyai 7 unit pengurusan (Unit Pentadbiran, Unit Perkhidmatan Klinikal, Unit Penyelidikan, Unit Prasiswazah, Unit Siswazah, Unit Pengurusan Makmal dan Unit Pengurusan Amali) dan terdiri daripada 14 pensyarah, 2 pegawai sains, 6 juruteknologi makmal perubatan, dan 3 staf sokongan.
Lihat >>carta organisasi jabatan atau >>carta pengurusan jabatan
Ahli-ahli jabatan ini terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran pelajar prasiswazah dan siswazah, perkhidmatan klinikal dan diagnostik makmal serta penyelidikan di Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp. Tugas-tugas perkhidmatan klinikal dan diagnostik makmal dijalankan di makmal Gugusan Mikrobiologi, di bawah , bertempat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz ÿÈÕ´óÈüapp, tingkat besmen, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Jaafar. Di samping itu, jabatan kami juga menawarkan perkhidmatan ujian kultur dan kerentanan Helicobacter pylori, yang dibuka kepada semua pesakit HCTM dan hospital/makmal luar. Aktiviti-aktiviti penyelidikan dijalankan di makmal penyelidikan yang terletak di tingkat 10, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp.