Hayati Konsep Integriti, Titah Canselor ÿÈÕ´óÈüapp

Oleh: Muhammad Zaim Badrul Hisham
Foto: Pusat Komunikasi Korporat ÿÈÕ´óÈüapp
BANGI, 28 Oktober 2017 – Jadilah seorang alumi ÿÈÕ´óÈüapp yang menghayati sepenuhnya konsep integriti, titah Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia – DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
“Integriti yang merangkumi nilai keperibadian unggul, menjadikan kamu seorang bertanggungjawab terhadap amanah yang digalas.
“Pelbagai cabaran di luar sana mampu menguji nilai intergriti kamu, dan perlu cukup kental untuk mempertahankan ketinggian maruah diri disamping tidak terpersona serta larut dalam cabaran,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa Majlis Konvokesyen ke-45 ÿÈÕ´óÈüapp yang berlangsung di sini hari ini.
Dalam titah ucapannya, baginda telah menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan para graduan yang telah menamatkan pengajian di ÿÈÕ´óÈüapp.
Baginda turut menyifatkan matlamat utama kerjaya yang diceburi adalah untuk memakmurkan kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Tuanku Muhriz berharap supaya ÿÈÕ´óÈüapp terus mempergiatkan lagi penglibatan di arena antarabangsa, serta memberi fokus kepada persoalan tempatan yang berlegar dalam kehidupan masyarakat dan negara.
“Isu keruntuhan moral, pengangguran, keciciran pendidikan, ekonomi, sosial, pencemaran alam sekitar, perpaduan dan intergriti adalah persoalan bersifat kebangsaan yang memerlukan sumbangan para intelektual ÿÈÕ´óÈüapp,” jelas baginda.
Sejumlah 7972 graduan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen ÿÈÕ´óÈüapp ke-45 tahun ini.![]()
