Kekalkan Semangat Patriotisme

Laporan dan Foto: Abd Raai Osman
KUALA LUMPUR, 25 September 2016 – Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhd Syakir Roslan telah dinobatkan sebagai pegawai muda PALAPES terbaik bagi ÿÈÕ´óÈüapp, di istiadat pentauliahan pegawai muda PALAPES yang telah diadakan di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Beliau menerima pentauliahan tersebut daripada Sultan Perak DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Pasukan PALAPES ÿÈÕ´óÈüapp juga berjaya menggondol tempat kedua dalam perbarisan tamat latihan.
Seramai 1679 orang pegawai muda PALAPES menerima tauliah hari ini dengan 127 orang dari ÿÈÕ´óÈüapp dan USIM.
Dalam titahnya DYMM Sultan Nazrin, selaku Canselor UM menyeru agar pegawai PALAPES mengekalkan semangat patriotisme selepas ditauliahkan.
Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES yang telah berjaya melalui pelbagai latihan dengan penuh kesabaran, tekun serta tabah bagi menjadi seorang pegawai muda yang berdisplin tinggi.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp yang juga Komandan PALAPES ÿÈÕ´óÈüapp Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.![]()

