Soalan Lazim
-
Apakah Portal Berita ÿÈÕ´óÈüapp?
Portal Berita ÿÈÕ´óÈüapp adalah laman sesawang berita dalaman rasmi ÿÈÕ´óÈüapp yang dikendalikan oleh bahagian Berita, Pusat Komunikasi Korporat.
-
Di mana saya boleh membacanya?
Layari ke /news
-
Mengapa ia ditubuhkan?
Ia telah dimulakan untuk memaklumkan kepada orang ramai di dalam dan luar negara mengenai perkembangan berita semasa dan peristiwa yang berkaitan dengan universiti, terutamanya dalam penyelidikan dan kajian saintifik. Ia juga lakukan temu bual, dan  merakamkan sebahagian daripada acara rasmi serta  majlis-majlis yang disifatkan sebagai penting.
-
Bilakah ia ditubuhkan?
Ia telah diasaskan pada tahun 2010
-
Apakah kandungannya ?
Pada asasnya portal berita dibahagikan kepada berita kampus, taklimat penyelidikan dan rakaman video. Berita kampus merupakan laporan acara rasmi, majlis dan syarahan umum, manakala berita penyelidikan memberi maklumat  mengenai kajian dan analisis serta penemuan yang dibuat oleh penyelidik ÿÈÕ´óÈüapp. Klip video adalah mengenai perkara yang sebut di atas termasuk Syarahan Perdana dan Umum.
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk Portal Berita?
Kakitangan kewartawanan dan pemberita di bawah Pusat Komunikasi Korporat ditugaskan untuk membuat liputan acara, melakukan wawancara dan melaporkan apa-apa berita penting mengenai ÿÈÕ´óÈüapp dalam portal ini.
-
Adakah terdapat penyumbang lain selain daripada wartawan kakitangan?
Ya, ada sumbangan dari masa ke semasa daripada staf akademik dan sokongan dari fakulti dan pusat tanggungjawab yang membantu menampung kekurangan wartawan rasmi, dengan melaporkan mengenai peristiwa di sekitar kampus Bangi dan Kuala Lumpur. Terdapat banyak majlis-majlis rasmi di kawasan-kawasan tersebut serta lokasi yang jauh daripada Lembah Klang.
-
Adakah Media Arus Perdana terlibat?
Media dari luar ÿÈÕ´óÈüapp  sering mengguna sumber portal berita ÿÈÕ´óÈüapp dengan kebenaran serta memberi ihsan, apabila mereka minat menggunakan sumber ÿÈÕ´óÈüapp, atau terlepas acara ÿÈÕ´óÈüapp. Sebaliknya, kita jarang menggunakan laporan mereka melainkan memetik sumber