OBJEKTIF JABATAN OTORINOLARINGOLOGI
Objektif Jabatan Otorinolaringologi adalah seperti berikut:
A)Ìý ÌýPenjagaan pesakit
- Menghormati hak – hak untuk menerima rawatan dan meningkatkan tahap kesihatan pesakit melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan kos efektif. Hak pesakit – piagam pelanggan, perkhidmatan perubatan berkualiti – audit cencus pembedahan, kos effectiveness – audit kewangan.
B)ÌýÌý Pengajaran
- Menyediakan program pengajaran yang meliputi teori dan praktikal dalam melahirkan doktor perubatan serta doktor pakar Otorinolaringologi –Ìý Surgeri Kepala Leher yang cekap dan berkeyakinan. (program pengajaran – silibus, senarai graduan)
- Menjadi pusat latihan serta rujukan berkepakaran tertinggi bagi negaran dan rantau Asia.
C)ÌýÌý Penyelidikan
- Menjalankan aktiviti penyelidikan perubatan dan inovasi yang berterusan bagi mengenalpasti kaedah perawatan terkini dengan kerjasama saintis, pakar klinikal serta industri perubatan.
- Menggalakkan secara aktif penerbitan kertas – kertas saintifik di dalam jurnal dan persidangan oleh pelajar dan kakitangan klinikal.