You are currently viewing Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2025

Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) meraikan seramai 522 staf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan penilaian prestasi tahun 2024 dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2025, yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, di sini, hari ini. Daripada jumlah itu, seramai 346 adalah penerima APC, 113 penerima Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun, 60 penerima Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun dan tiga orang perima Anugerah Perkhidmatan 40 Tahun.

Sebanyak enam pasangan suami isteri dan tiga orang staf Orang Kurang Upaya (OKU) menerima anugerah bagi beberapa kategori tersebut.
Majlis gilang gemilang ini diadakan sebagai tanda penghargaan universiti kepada warga yang mencapai prestasi cemerlang dan setia berkhidmat dengan ÿÈÕ´óÈüapp, selain sebagai pendorong dan pembakar semangat kepada warga ÿÈÕ´óÈüapp untuk sentiasa berusaha meningkatkan prestasi kerja.

Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua penerima anugerah.
Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Pengurusan ÿÈÕ´óÈüapp.