SYARAT PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN

Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta227/Akta239)
PROSEDUR PERMOHONAN

1. Permohonan persaraan pilihan hendaklah menggunakan borang PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN ÿÈÕ´óÈüapp-SPKP-JP-PK08-BO02 (Borang boleh didapati di Laman web Jabatan Pendaftar) Borang tersebut hendaklah dilampirkan bersama dengan borang berikut :

i. Borang Maklumat Bakal Pesara
ii. Borang Maklum Balas Kakitangan Bersara Pilihan
iii.Borang Pengisytiharan Harta
iv. Borang Permohonan Kad Pesara ÿÈÕ´óÈüapp

2. Permohonan Persaraan pilihan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar sekurang-kurangnya sembilan (9) bulan dari tarikh persaraan

3. Borang permohonan yang lengkap berserta dengan dokumen/maklumat (yang diperlukan) hendaklah dihantar ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

SYARAT PERMOHONAN :

i. Lantikan jawatan tetap
ii. Telah disahkan dalam jawatan
iii. Telah diluluskan Pemberian Taraf Pekerja Berpencen (PTB)
iv. Berumur sekurang-kurangnya 40 tahun dan ke atas dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang 10 tahun
v. Tiada ikatan kontrak dengan ÿÈÕ´óÈüapp / Agensi lain
vi. Membuat pengesahan pemilikan harta
vii. Melepasi Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM-bagi Gred 29 dan ke atas)
viii.Bebas dari tindakan Tatatertib dan Mahkamah
ix. Disokong oleh Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan

* Pemakluman Pencen bulanan akan dibayar apabila:-
• Jika seorang pegawai dilantik sebelum 12.4.1991, bila mencapai umur 45 tahun bagi:

  • Pegawai perempuan, pegawai perkhidmatan bomba berpangkat rendah, pegawai polis berpangkat rendah, pegawai penjara berpangkat rendah dan jururawat lelaki di hospital mental.
  • Pada umur 50 tahun bagi pegawai lelaki selain di atas yang dilantik sebelum12.4.1991.
  •  Bagi pegawai lelaki/perempuan dilantik mulai/selepas 12.4.1991, pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun. (Akta 227/Akta 229 Pindaan 2011).