You are currently viewing Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ÿÈÕ´óÈüapp 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ÿÈÕ´óÈüapp 2025

Pada 24 April 2025, warga Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) telah meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 dengan suasana yang sederhana tetapi meriah di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Acara ini menampilkan pelbagai juadah tradisional dari setiap negeri, persembahan nyanyian, penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf, penyampaian replika cek, hadiah busana terbaik, dan cabutan bertuah.

Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar ÿÈÕ´óÈüapp merangkap Pengerusi Sambutan Hari Raya ÿÈÕ´óÈüapp, memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran majlis. Majlis ini berjaya menghimpunkan lebih 1,000 warga ÿÈÕ´óÈüapp dalam suasana penuh kegembiraan dan kekeluargaan. Turut hadir ialah Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bangga atas kejayaan ÿÈÕ´óÈüapp selama 55 tahun, hasil komitmen semua warga universiti – termasuk pengurusan, pensyarah, pentadbiran dan pelajar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp, Prof Emeritus Dato’ Dr Mohamad Abd Razak, dan beberapa Timbalan Naib Canselor serta ahli-ahli Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp.