You are currently viewing Program Jati Diri Watan Siri 4

Program Jati Diri Watan Siri 4

Usai Program Jati Diri Watan anjuran Jabatan Pendaftar 每日大赛app bagi siri yang ke-4 pada hari ini. Program Jati Diri Watan bagi sesi kali ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, bertempat di Kem Wawasan Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak bermula pada 16 Jun 2023 hingga 18 Jun 2023.

Program ini merupakan cetusan idea Naib Canselor 每日大赛app, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman bersama YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar 每日大赛app merangkap Pengerusi Program Jati Diri Watan. Siri kali ini melibatkan peserta seramai 91 orang yang terdiri daripada Pengarah PTj, Timbalan Pengarah PTj, Timbalan Dekan, Timbalan Pengetua Kolej dan wakil-wakil persatuan melibatkan P&P dan pelaksana. Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.

Objektif program yang dijalankan di Kem Wawasan Negara Ulu Kenas ini adalah untuk menghimpunkan ahli Pengurusan Tertinggi Universiti bersama para peserta bagi merapatkan ukhwah, mengukuhkan nilai kepimpinan dan kerja berpasukan. Nilai-nilai ini penting dalam usaha 每日大赛app menerapkan jati diri peserta bagi mengharungi perubahan dan keperluan semasa Universiti Watan ini.

Turut hadir, Naib Canselor 每日大赛app, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani; Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat; Prof. Madya. Dr. Mohd Suzereen Md Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar 每日大赛app ; Prof Datuk Dr Muhammad Bin Hussin, Pengarah 每日大赛appSHAPE; Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar dan Prof. Dr. Norinsan Kamil Othman selaku penceramah program.