You are currently viewing Sesi Pertemuan Pendaftar Bersama Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (PTj) 2025

Sesi Pertemuan Pendaftar Bersama Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (PTj) 2025

Sesi Pertemuan Pendaftar Bersama Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (PTj) Bil. 1/2025 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Senat, Bangunan Canselori.
Objektif utama sesi pertemuan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Ketua-Ketua Pentadbiran PTj serta memberi peluang kepada setiap Ketua Pentadbiran untuk berbincang dan mengajukan sebarang pertanyaan secara langsung kepada Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan universiti.听Ketua Pentadbiran PTj berperanan sebagai wakil Pendaftar di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) dan memainkan peranan yang sangat penting dalam melicinkan urusan pentadbiran di pejabat masing-masing.
Oleh itu, sesi ini diadakan dengan harapan semua Ketua Pentadbiran dapat lebih memahami hala tuju, objektif, misi, dan visi universiti secara keseluruhan, serta dapat memperkasakan peranan mereka dalam memastikan kelancaran pentadbiran di setiap PTj.
Dengan adanya sesi ini, diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama dan komunikasi antara pihak pengurusan tertinggi universiti dan Ketua-Ketua Pentadbiran, demi mencapai matlamat bersama yang lebih cemerlang.