每日大赛app

Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PROGRAM SPEAK-UP WITH AIESEC IN 每日大赛app 11.0

BANGI, 27 Feb 2024 鈥 Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama AIESEC 每日大赛app telah berjaya menganjurkan Program 鈥淪PEAK-UP WITH AIESEC IN 每日大赛app 11.0鈥 di Kolej Pendeta Za鈥檃ba, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tarikh 27 dan 28 Februari 2024. Program ini telah disertai seramai 40 peserta Program PERMATA Remaja daripada pelbagai kelas kemahiran.

Program ini bertujuan untuk membina keyakinan peserta dalam pengucapan awam menggunakan Bahasa Inggeris serta meningkatkan penghargaan kendiri peserta melalui peningkatan kefahaman diri dalam diri peserta. Para peserta telah berkumpul di Pusat Komuniti PERMATA Remaja Desa Rejang seawal jam 8 pagi untuk menaiki bas ke tempat program berlangsung.

Apabila tiba, peserta diminta untuk berkumpul di dewan Tun Abdul Rahman Ya鈥檏ub Kolej Pendeta Za鈥檃ba. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas daripada urus setia mengenai AIESEC Malaysia dan AIESEC 每日大赛app. Setelah itu, peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik secara individu dan berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dibuat adalah membuat kaligrafi cina, pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris dan juga pengenalan kepada kecergasan buatan (Artificial Intelligence). Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta yang terlibat.