ÿÈÕ´óÈüapp

Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

TAJAAN PEMBINAAN KAUNTER PELANGGAN DAN KABINET PUSAT KOMUNITI PERMATA REMAJA PPR KG MUHIBBAH OLEH INTECH KITCHEN SDN BHD

PUCHONG, 1 April 2026 – PERMATA Remaja sangat berbesar hati kerana telah menerima tajaan daripada syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd yang telah menaja reka bentuk dan pembinaan kaunter pelanggan serta rak kabinet di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kg Muhibbah yang baharu. Tajaan bernilai RM11,003.00, merupakan sebuah kaunter pelanggan dan rak kabinet yang telah direka sendiri oleh syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd. Kerja-kerja pembinaan telah bermula daripada lawatan tapak projek, pengukuran ruang dan kerja pertukangan yang mengambil tempoh masa tiga hari untuk disiapkan. Sebagai tanda penghargaan atas tajaan ini, Prof. Madya Dr. Nasrudin Subhi Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja telah menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada En Jeff selaku CEO Intech Kitchen Sdn Bhd.

PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd yang telah menaja kemudahan di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kg Muhibbah yang baharu ini. Semoga dengan tajaan dan kerjasama ini dapat meningkatkan dan memajukan lagi syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd dalam industri pertukangan dan pembinaan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *