ÿմapp

Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

LAWATAN KE PAMERAN TUNAS ILHAM 30 UiTM LENDU DAN BANDAR MELAKA

LENDU, 9 Ogos – Seramai 35 orang peserta kelas fotografi dan empat orang tenaga pengajar Program PERMATA Remaja telah menghadiri Pameran Pelajar Tahun Akhir Diploma Tunas Ilham yang dianjurkan oleh Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka. Pameran bertemakan “Citra Nurani” ini berlangsung di Galeri Seni dan Gallery Art Shop, UiTM Cawangan Melaka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Para peserta berpeluang meninjau karya kreatif pelajar tahun akhir, di mana salah satu pelajar merupakan alumni program PERMATA Remaja daripada kelas fotografi iaitu Mohammad Idris Kamaruzaman. Turut membanggakan hasil karya beliau telah dinobatkan gambar terbaik di peringkat Diploma. Perkara ni menjadi sumber inspirasi kepada peserta fotografi untuk terus mengasah bakat dan mampu membuka laluan ke pendidikan tinggi dalam bidang seni dan reka bentuk.

Peserta PERMATA Remaja juga berpeluang untuk membuat lawatan di sekitar bandar Melaka. Tujuan lawatan ke bandar bersejarah ini adalah untuk memberi pengalaman dan pendedahan yang berharga kepada peserta PERMATA Remaja mengenai dunia seni visual, potensi kerjaya dalam industri kreatif seterusnya memupuk semangat cinta akan negara. Diharapkan melalui pendedahan sebegini menjadi pemangkin kecemerlangan akademik dan mengembangkan potensi diri dalam bidang yang diminati.