Forum “The Power of Giving”: Memimpin, Memberi dan Menginspirasi

Pada 6 April 2026, forum The Power of Giving: Memimpin, Memberi dan Menginspirasi anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, FSSK dengan kerjasama MIASA Malaysia dan Kesatuan Mahasiswa ÿմapp (KMÿմapp) telah berlangsung dengan jayanya.

Perkongsian daripada setiap ahli panel bukan sahaja menyentuh hati, malah membuka mata tentang makna sebenar kepimpinan—bahawa memberi, empati dan keikhlasan merupakan asas kepada perubahan yang bermakna.

Setiap kisah dan pengalaman yang dikongsikan menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus melangkah ke hadapan, memimpin dengan nilai, serta menyumbang kepada masyarakat dengan lebih berani dan berjiwa besar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua panel, moderator serta para peserta yang telah menjayakan forum ini. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, sesi penyampaian cenderamata telah disempurnakan kepada barisan panel dan moderator yang telah menyumbang kepada kejayaan forum ini dengan penuh dedikasi dan komitmen.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
Profesor Datuk Dr Azlinda Azman,
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia;

Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh,
Doktor Perubatan dan Aktivis Kebajikan Masyarakat;

Puan Anita Abu Bakar,
Presiden, Mental Health Inclusion, Awareness, Support & Advocacy Association (MIASA) Malaysia;

dan

Encik Azlan Mubin,
Moderator Program merangkap Pengacara dan Personaliti Astro.

Ribuan terima kasih diucapkan atas komitmen serta kesudian meluangkan masa bersama kami. Semoga segala perkongsian, ilmu dan inspirasi yang dicurahkan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan buat semua.