Jemputan Menyertai Webinar Kepimpinan Wanita PKWTFH SIRI 3/2024: Inspirasikan Inklusi – Meniti Cabaran dan Peluang dalam Industri Pelayaran
Jemputan Menyertai Webinar Kepimpinan Wanita PKWTFH SIRI 2/2024: Inspirasikan Inklusi – Saintis Wanita Kemudi Cabaran Penyelidikan Marin
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR KEPIMPINAN PKWTFH SIRI 3/2024
Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, ÿÈÕ´óÈüapp akan mengadakan Webinar Kepimpinan PKWTFH Siri 2/2024 bertajuk Inspirasikan Inklusi – Meniti Cabaran dan Peluang dalam Industri Pelayaran secara dalam talian bagi berkongsi pengalaman mengenai penglibatan wanita dalam bidang Pelayaran serta inspirasi kepada wanita khususnya golongan muda bagi menceburi bidang ini. Siri webinar akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 12 Nov 2024 (Selasa)
Masa: 10.00 – 11.00 pagi
Pautan: http://tinyurl.com/webinarkepimpinansiri3
Penceramah:
Pn. Uma Devi MP Samy
Ketua Transformasi
Bahagian Sumber Manusia
(HR SEA)
Moderator:
Dr. Rusyda Helma Mohamad
Penolong Dekan
(Pengajaran dan Citra)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan &
Felo Bersekutu PKWTFH
Penyertaan adalah percuma. Peserta yang mengikuti webinar akan diberikan jam UrusBakat (bagi kakitangan ÿÈÕ´óÈüapp) dan e-sijil penyertaan webinar. Sila imbas kod QR yang tertera atau layari pautan http://tinyurl.com/webinarkepimpinansiri3
