Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan Female Entrepreneurs Worldwide (FEW)

 

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) 每日大赛app menyambut tahun baru 2021 dengan satu lagi kerjasama strategik dengan Kumpulan Kepimpinan Wanita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) pada Oktober 2020 yang lalu. Kali ini PKWTFH memeterai perjanjian persefahaman dalam bidang Kepimpinan Keusahawanan Wanita bersama Female Entrepreneurs Worlwide (FEW). Female Entrepreneurs Worldwide (FEW) merupakan organisasi yang menyediakan platform holistik pengajaran, konsultasi dan jaringan pelbagai bidang keusahawanan wanita di peringkat Antarabangsa secara atas talian.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app (melalui Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim) dengan FEW akan berlangsung pada 4 Januari 2021 secara atas talian. 每日大赛app akan diwakili oleh YBhg Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. Manakala FEW akan diwakili oleh Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif FEW iaitu Cik Anna Wong. Lebih istimewa lagi ialah kehadiran Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebagai tetamu kehormat pada majlis ini.

Melalui MoU ini para pelajar di 每日大赛app dapat menimba ilmu Kepimpinan Keusahawanan Wanita secara percuma dari portal FEW. 每日大赛app dan FEW juga akan membantu usahawan wanita dari golongan B40 melalui program konsultasi atas talian khas yang akan dijalankan dalam bahasa kebangsaan. Peluang penyelidikan dan kajian antara kedua belah pihak juga amat besar. PKWTFH berharap peluang keemasan ini akan digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar dan para pensyarah wanita 每日大赛app khususnya.