Majlis Pelancaran Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia
Pada 16 Mac 2021 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, ÿÈÕ´óÈüapp di Bilik Senat, Bangunan Canselori ÿÈÕ´óÈüapp. Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah dilancarkan oleh Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, mantan Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp dan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Buku terbitan Penerbit ÿÈÕ´óÈüapp ini telah berjaya menghimpun seramai 167 orang Tokoh Akademia Wanita dari pelbagai latar belakang kesarjanaan.
Turut hadir adalah barisan pengurusan tertinggi ÿÈÕ´óÈüapp diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa dan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim serta Ahli Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang turut hadir secara dalam talian.



