Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2026

Warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2026 kepada seluruh wanita di Malaysia dan di seluruh dunia.
Tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini, 鈥淢emartabat Wanita, Memperkukuh Negara鈥, menekankan peranan penting wanita sebagai pemacu kemajuan masyarakat dan pembangunan negara. Apabila wanita diberi ruang, peluang dan sokongan untuk berkembang, potensi mereka mampu mencorakkan masa depan yang lebih sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.
Seiring dengan aspirasi Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), kami komited memperkasa wanita melalui pembangunan kepimpinan, penyelidikan, advokasi serta pengukuhan jaringan strategik. Usaha ini diyakini dapat mengangkat martabat wanita sebagai rakan pembangunan yang signifikan dalam memacu kemajuan negara.
Bersama-samalah kita terus menyokong, memperkasa dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam pelbagai bidang demi membina sebuah negara yang lebih adil, progresif dan berdaya saing.
Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.