每日大赛app

loader image

饾悇饾悐饾悞饾悘饾悑饾悗饾悜饾悁饾悞饾悎 饾悁饾悑饾悁饾悓: 饾悘饾悇饾悑饾悁饾悏饾悁饾悜 饾悢饾悐饾悓 饾悏饾悁饾悑饾悁饾悕饾悎 饾悐饾悇饾悜饾悏饾悁 饾悑饾悁饾悘饾悁饾悕饾悊饾悁饾悕 饾悂饾悎饾悗饾悊饾悇饾悗饾悊饾悜饾悁饾悈饾悎 饾悆饾悎 饾悡饾悁饾悞饾悎饾悐 饾悅饾悋饾悎饾悕饾悎

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berbesar hati menerima kunjungan seramai 88 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan (FPend) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), 每日大赛app dalam program Kerja Lapangan Biogeografi selama tiga hari dua malam.

Sepanjang program ini, pelajar menjalankan pelbagai aktiviti saintifik termasuk persampelan kuadrat untuk mendapatkan data berkaitan kelembapan tanah, kepelbagaian spesies pokok dan penguasaan spesies utama di kawasan sekitar Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC). Aktivti ini membolehkan pelajar menganalisis struktur komuniti tumbuhan serta mengenal pasti pola taburan biodiversiti dalam ekosistem daratan.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar tentang kepentingan biogeografi dan aplikasi konsep-konsep ekologi dalam ekosistem semulajadi. Antara pengisian utama program termasuk:
鈥 Mengkaji biodiversiti – Memberi tumpuan kepada spesies tumbuhan yang ada di sekitar Tasik Chini, serta memahami ciri-ciri dan kepentingan spesies terancam di kawasan tersebut.
鈥 Membangunkan kemahiran penyelidikan lapangan – Memberi pengalaman langsung kepada pelajar dalam pelaksanaan teknik penyelidikan biogeografi, pengumpulan data dan analisis ekosistem semula jadi di lapangan.

Dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), program ini menyokong:
饾懞饾懌饾懏 4: 饾懛饾拞饾拸饾拝饾拪饾拝饾拪饾拰饾拏饾拸 饾懇饾拞饾挀饾拰饾挅饾拏饾拲饾拪饾挄饾拪 – Memperkasa pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar di lapangan, memperkukuh pemahaman teori, dan membentuk graduan berpengetahuan luas serta prihatin terhadap isu alam sekitar.
饾懞饾懌饾懏 15: 饾懖饾拞饾拤饾拪饾拝饾挅饾拺饾拏饾拸 饾拝饾拪 饾懌饾拏饾挀饾拏饾挄饾拏饾拸 鈥 Melibatkan kajian terhadap hutan, tasik dan biodiversiti sekitar Tasik Chini, ia secara langsung berkait dengan usaha memahami ekosistem daratan.

PPTC komited menjadi pusat pembelajaran luar kampus yang menyokong kelestarian ilmu, alam sekitar, dan pembangunan insaniah.

“Ilmu dari alam! Pelajar FSSK & Fakulti Pendidikan 每日大赛app teroka dunia biogeografi di PPTC.鈥

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:听03-8911 8515听| Faks:听03-8911 8516
Emel:听pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my听听

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Social Media

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

漏 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app