每日大赛app

loader image

Sustainable Development Goal (SDG)

Malaysia鈥檚 involvement in the development of the SDG at international level began in late 2014; with the involvement of Economic Planning Unit (EPU) in the negotiation process between United Nations country members (Inter-Governmental Meetings) held from January until July 2015 to finalize the Post 2015 Development Agenda (P2015DA). Discussions between United Nations country members were including the declarations of P2015DA, Sustainable Development Goals and Targets, Means of Implementation and follow-up & review.

For more information please visit

Sustainability

@ Pusat Penyelidikan Tasik Chini

饾悘饾悜饾悗饾悊饾悜饾悁饾悓 饾悁饾悑饾悁饾悓饾悎饾悑饾悁饾悋 饾悓饾悁饾悐饾悓饾悁饾悑 饾悁饾悑饾悁饾悓饾悎, 饾悁饾悑饾悁饾悈-饾悢饾悐饾悓

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) dengan sukacitanya menjemput warga universiti watan ke Program Alamilah Makmal Alami, ALAF-每日大赛app yang dijadualkan berlangsung seperti maklumat berikut:

饾棫饾棶饾椏饾椂饾椄饾椀: 饾煭饾煭 饾棪饾棽饾椊饾榿饾棽饾椇饾棷饾棽饾椏 饾煯饾煬饾煯饾煱 (饾棩饾棶饾棷饾槀)
饾棤饾棶饾榾饾棶: 饾煷.饾煰饾煬 饾椊饾棶饾棿饾椂 鈥 饾煴.饾煬饾煬 饾椊饾棽饾榿饾棶饾椈饾棿
饾棫饾棽饾椇饾椊饾棶饾榿: 饾棓饾椄饾棶饾棻饾棽饾椇饾椂饾棶 饾棪饾椂饾棷饾棽饾椏 饾棫饾棽饾椄饾椈饾椉饾椊饾椉饾椆饾椂饾榾 饾棬饾棡饾棤 (饾棓饾棪饾棫)

Program ini bertujuan untuk menyerlahkan kekuatan perkhidmatan yang ada di empat buah Makmal Alami ALAF-每日大赛app iaitu di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Bukit Fraser, Langkawi dan Mersing dalam memastikan bidang penyelidikan di 每日大赛app sentiasa berjalan aktif seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah digariskan oleh 每日大赛app demi kelestarian Universiti.

Kehadiran akan didaftarkan di dalam sistem UrusBakat. Pendaftaran awal kehadiran boleh dibuat melalui link berikut,听. Semua dijemput hadir.









-每日大赛app

Program Pengukuhan Pasukan Siri 2 Sekretariat Makmal dan Instrumentasi FST 每日大赛app

Program Pengukuhan Pasukan Siri 2 telah melabuhlan tirai pada hari ini. (5 Ogos 2024)
Program yang diadakan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini ini merupakan Kursus wajib bagi semua staf SMI FST.
Semoga semua ilmu yang diperolehi akan meningkatkan kerjasama berpasukan di Fakulti sekali gus meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan.

Lawatan JK TNC HEJIM UAM Ke PPTC

ALAF-每日大赛app melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menyantuni lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Awam Malaysia (JKTNC HEJIM UAM) bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-每日大赛app pada Khamis 11 Julai 2024 yang diketuai oleh, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, TNC HEJIM 每日大赛app. Lawatan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ts. Inv. Dr. Mohammad Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Encik Raymond Teoh Joo Han, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi dan barisan TNC HEJIM UAM serta pegawai daripada USM, UTM, UIAM, UNIMAS, UMS, UPSI, UiTM, UMT, UTeM, UMPSA, UNIMAP, UniSZA, UMK dan UPNM.
Delegasi lawatan telah diberikan taklimat oleh Pengarah ALAF-每日大赛app, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin mengenai pelbagai inisiatif penyelidikan yang sedang dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-每日大赛app termasuk kajian biodiversiti, projek pemuliharaan teratai, dan usaha-usaha untuk mempromosikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan ilmu yang lestari sejajar dengan hasrat untuk memanfaatkan ilmu dan penyelidikan demi kemajuan negara.
Lawatan ini turut menyediakan platform bagi pertukaran idea dan pengalaman antara universiti-universiti awam yang terlibat dengan harapan dapat mencetuskan lebih banyak kolaborasi dan inovasi dalam bidang penyelidikan serta pembangunan masyarakat. Selain itu, delegasi turut dibawa melawat ke perkampungan Orang Asal Tanjung Puput, Tasik Chini untuk memberi peluang kepada para delegasi untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Orang Asal di sana dan meninjau usaha pemerkasaan yang sedang dijalankan oleh PPTC, ALAF-每日大赛app untuk meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan komuniti di Tanjung Puput, Tasik Chini.
ALAF-每日大赛app menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian para delegasi turun melawat PPTC, ALAF-每日大赛app di mana ianya dilihat sebagai langkah positif dalam memperkukuh sinergi antara institusi pengajian tinggi dan masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penyelidikan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya di Tasik Chini.

LAWATAN KETUA PENTADBIRAN ALAF KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI, PEKAN, PAHANG

En. Ahmad Mustaqim Zolkafali, Ketua Pentadbiran , bersama-sama dengan Puan Mardinah Alimat dan diiringi oleh En. Afiq Aznin telah menjalankan lawatan ke pada 25-26 Jun 2024 yang lalu. Lawatan ini merupakan sesi pengenalan Ketua Pentadbiran ke makmal-makmal alami di bawah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app).

Pada hari pertama lawatan, En. Ahmad Mustaqim telah dijemput untuk perjumpaan dengan Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang) bagi berbincang mengenai peluang kerjasama antara Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app, dan Kraftangan Pahang. Perbincangan ini khususnya tertumpu kepada pembangunan kemahiran komuniti setempat yang boleh dijalankan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pekan. Selain itu, beliau juga berkesempatan untuk melihat Bengkel Kraftangan Kayu Siri 2 yang dijalankan di Pusat Penyelidikan tersebut.
Pada hari kedua, En. Ahmad Mustaqim telah mengadakan pertemuan ringkas bersama kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini serta melawat kemudahan dan fasiliti yang terdapat di pusat tersebut. Beliau juga berpeluang menaiki bot mengelilingi Tasik Chini untuk memahami lebih lanjut mengenai tugasan-tugasan kakitangan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini.

Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pentadbiran ALAF-每日大赛app kerana sudi turun padang untuk memahami tugasan dan cabaran yang dihadapi oleh kakitangan di makmal alami ALAF-每日大赛app.

饾悂饾悇饾悕饾悊饾悐饾悇饾悑 饾悐饾悜饾悁饾悈饾悡饾悁饾悕饾悊饾悁饾悕 饾悐饾悁饾悩饾悢 饾悞饾悎饾悞饾悁/饾悡饾悇饾悜饾悂饾悢饾悁饾悕饾悊 (饾悆饾悜饾悎饾悈饾悡饾悇饾悆 饾悥饾悗饾悗饾悆饾悞) 饾悂饾悇饾悜饾悞饾悁饾悓饾悁 饾悐饾悗饾悓饾悢饾悕饾悎饾悡饾悎 饾悗饾悜饾悁饾悕饾悊 饾悁饾悞饾悑饾悎 饾悡饾悁饾悞饾悎饾悐 饾悅饾悋饾悎饾悕饾悎 饾悞饾悎饾悜饾悎 饾煇

Pada 25-28 Jun 2024 yang lalu, Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menganjurkan Bengkel Kraftangan Kayu Bersama Komuniti Orang Asli Tasik Chini. Ini merupakan siri kedua di mana bengkel ini telah diajar oleh jurulatih daripada Unit Latihan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang).
Dalam tempoh empat hari ini, peserta-peserta diajar untuk membuat papan pemotong dan pelapik cawan daripada bahan-bahan kayu terbuang. Bengkel ini bukan sahaja memfokuskan kepada penghasilan kraftangan, tetapi juga kepada pembinaan kemahiran yang mendalam dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
Antara objektif bengkel yang telah dicapai adalah:
馃専 Objektif Bengkel:
1. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang teknik kerja kayu kepada komuniti Orang Asli.
馃尦Peserta-peserta mendapat pendedahan mendalam mengenai teknik-teknik asas dan lanjutan dalam kerja kayu, yang membantu mereka mengenali potensi dan nilai kraftangan kayu sisa/terbuang (drifted woods).
2. Meningkatkan kemahiran dalam penghasilan kraftangan dan perabot dari kayu sisa/terbuang (drifted woods) dengan bimbingan jurulatih berpengalaman.
馃尦 Peserta dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman untuk menghasilkan pelbagai produk kraftangan, seperti papan pemotong dan pelapik cawan, dengan teknik-teknik yang betul dan kemas.
3. Meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dengan menggunakan bahan daripada kayu sisa/terbuang (drift woods)sedia ada.
馃尦Bengkel ini juga menekankan penggunaan bahan-bahan terbuang seperti kayu sisa/terbuang (drifted woods), mempromosikan kelestarian dan penghargaan terhadap alam sekitar.
4. Melahirkan pengusaha kraftangan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk meningkatkan ekonomi komuniti.
馃尦Dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi, peserta diharapkan dapat menjadi pengusaha kraftangan yang berjaya, yang mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi komuniti mereka.
Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang) yang telah bersama-sama kami untuk menjayakan bengkel tersebut.

饾悞饾悇饾悞饾悎 饾悑饾悎饾悂饾悁饾悡 饾悢饾悜饾悢饾悞 饾悘饾悇饾悕饾悩饾悇饾悆饾悎饾悁饾悁饾悕 饾悘饾悇饾悓饾悂饾悁饾悕饾悊饾悢饾悕饾悁饾悕 饾悘饾悇饾悑饾悁饾悕 饾悘饾悇饾悕饾悊饾悢饾悜饾悢饾悞饾悁饾悕 饾悡饾悁饾悞饾悎饾悐 饾悅饾悋饾悎饾悕饾悎 饾悜饾悎饾悪饾悁饾悂 饾悂饾悎饾悗饾悞饾悈饾悇饾悜饾悁

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah dijemput untuk turut serta dalam Sesi Libat Urus Penyediaan Pembangunan Pelan Pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera yang berlangsung pada 21 – 23 Jun 2024. Sesi ini bertujuan mengumpul maklumat dan maklum balas berkaitan pengurusan dan hala tuju pembangunan pelancongan di Tasik Chini Rizab Biosfera.
Bengkel ini dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Pahang dan berlangsung selama 3 hari, dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini menjadi tuan rumah. Seramai 18 agensi kerajaan negeri, komuniti Orang Asal, komuniti setempat, dan pengusaha-pengusaha pelancong turut terlibat dalam bengkel tersebut.
Antara yang dibincangkan dalam sesi ini adalah mengenal pasti hotspot pelancongan Tasik Chini serta isu-isu berbangkit di kawasan tersebut. Aktiviti penting lain termasuk lawatan ke perkampungan Orang Asli Kg Tanjung Puput dan Kg Cendahan, serta penanaman pokok sempena Program Konservasi Tasik Chini Rizab Biosfera bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YB Cik Leong Yu Man, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Negeri Pahang.
Terima kasih untuk liputan ini:

饾悘饾悜饾悗饾悊饾悜饾悁饾悓 饾悡饾悇饾悁饾悓 饾悂饾悢饾悎饾悑饾悆饾悎饾悕饾悊 饾悎饾悕饾悂饾悎饾悗饾悞饾悎饾悞

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menjayakan program 鈥淭eam Building INBIOSIS鈥 pada 7-9 Jun 2024 yang lepas dimana program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli pasukan melalui pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan.

Penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada pengarah INBIOSIS, Profesor Dr. Syarul Nataqain Baharum, sebagai penaung program atas sokongan padu yang diberikan. Tidak lupa juga kepada pengarah ALAF-每日大赛app, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, yang telah menyokong staf PPTC dalam usaha mengendalikan program ini dengan jayanya.

Beberapa matlamat yang berkaitan dengan SDG telah dicapai semasa program pengukuhan pasukan ini termasuklah:

  • SDG 4: Pendidikan Berkualiti: Program ini menyediakan peluang pembelajaran di luar pejabat dengan memperkasa peserta dengan kemahiran insaniah yang penting.
  • SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi: Dengan meningkatkan semangat dan produktiviti pasukan, program ini menyumbang kepada penciptaan persekitaran kerja yang lebih baik dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
  • SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh: Melalui pengukuhan kepercayaan dan kerjasama dalam pasukan, program ini menyumbang kepada pembentukan institusi yang lebih kukuh dan harmoni.

Terima kasih diucapkan kepada pihak INBIOSIS kerana memberi kepercayaan kepada PPTC dalam penganjuran program pengukuhan pasukan ini.

#PPTC #PPTC每日大赛app #ALAF每日大赛app #INBIOSIS #每日大赛app #UniversitiWatanKita #TeamBuilding #SDG #Collaboration #Leadership #Productivity

饾悐饾悇饾悜饾悏饾悁 饾悑饾悁饾悘饾悁饾悕饾悊饾悁饾悕 饾悞饾悡饾悁饾悂饾煍饾煄饾煆饾煈 饾悂饾悎饾悗饾悑饾悗饾悊饾悎 饾悘饾悇饾悓饾悢饾悑饾悎饾悋饾悁饾悜饾悁饾悁饾悕

Pada 25-26 Mei 2024 yang lalu, Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menerima kedatangan pelajar-pelajar Kursus STAB6013 Biologi Pemuliharaan dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app). Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan kerja lapangan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pahang.
Pada hari pertama, pelajar-pelajar berpeluang mendengar perkongsian daripada pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Perkongsian tersebut merangkumi sejarah penubuhan dan pembangunan PPTC, status Tasik Chini sebagai Tapak Biosfera UNESCO, usaha-usaha konservasi yang telah dijalankan, projek komuniti, ekopelancongan, dan pelbagai aktiviti penyelidikan yang sedang dan telah dilakukan di PPTC.
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti menelusuri denai penyelidikan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Pelajar-pelajar juga menaiki bot mengelilingi Tasik Chini untuk melihat dan memahami kesan aktiviti antropogenik di sekitar tasik. Selain itu, terdapat sesi refleksi lawatan ke perkampungan Orang Asal di Tasik Chini, yang memberi pelajar peluang untuk berinteraksi dan memahami kehidupan serta budaya komuniti tempatan.
Lawatan kerja lapangan ini berakhir apabila pelajar-pelajar bertolak pulang ke 每日大赛app pada jam 2.00 petang, membawa bersama pengalaman dan pengetahuan baru yang akan menjadi aset penting dalam pembelajaran dan pemahaman mereka tentang biologi pemuliharaan.

饾悐饾悢饾悜饾悞饾悢饾悞 饾悐饾悇饾悞饾悇饾悆饾悁饾悜饾悁饾悕 饾悐饾悇饾悞饾悇饾悑饾悁饾悓饾悁饾悡饾悁饾悕 饾悆饾悎 饾悁饾悎饾悜 饾悂饾悇饾悜饾悞饾悁饾悓饾悁 饾悂饾悁饾悑饾悁饾悎 饾悂饾悗饾悓饾悂饾悁 饾悆饾悁饾悕 饾悘饾悇饾悕饾悩饾悇饾悑饾悁饾悓饾悁饾悡 饾悅饾悋饾悎饾悕饾悎

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang telah menganjurkan Kursus Kesedaran Keselamatan di Air bersama kakitangan PPTC dan juga komuniti setempat Tasik Chini pada 13-14 Mei 2024 yang lalu bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini.
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan secara teori dan praktikal kepada pengendali aktiviti pelancongan ilmu yang sendtiasa menerima kunjungan pelancong mengenai keselamatan di air yang memungkinkan pelbagai risiko kemalangan.
Turut hadir pada hari tersebut adalah kakitangan daripada Perbadanan Taman Negeri Pahang dan juga pemandu bot Tasik Chini.
Terima kasih diucapkan kepada kakitangan daripada kerana sudi memberikan ceramah dan demonstrasi kepada kami semua.

饾棗饾棽饾椇饾椉饾椈饾榾饾榿饾椏饾棶饾榾饾椂 饾棡饾棽饾榾饾棽饾椆饾棶饾椇饾棶饾榿饾棶饾椈 饾棻饾棶饾椈 饾棧饾棽饾椈饾棿饾棿饾槀饾椈饾棶饾棶饾椈 饾棓饾椆饾棶饾榿 饾棧饾棽饾椇饾棶饾棻饾棶饾椇 饾棓饾椊饾椂

Pada 14 Mei 2024 yang lalu, Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Chini telah memberikan demonstrasi Keselamatan dan Penggunaan Alat Pemadam Api di kalangan warga . Para peserta telah diberikan pendedahan dan pengetahuan asas berhubung aspek keselamatan kebakaran, mendedahkan langkah-langkah perlindungan dan pencegahan kebakaran menggunakan alat pemadam api (APA).
Pada ceramah ini, peserta telah diberi peluang menggunakan alat pemadam api semasa demonstrasi memadam api yang berpunca daripada minyak petrol dan diesel yang bertujuan mendedahkan warga PPTC tentang cara menggunakan alat pemadam api yang tersedia terutama dalam bangunan.
Turut hadir pada hari tersebut adalah kakitangan daripada dan juga pemandu bot Tasik Chini.
Terima kasih diucapkan Tuan PBK II Azlan Bin Ahmad serta kakitangan daripada kerana sudi memberikan ceramah dan demonstrasi kepada kami semua.

饾棧饾棓饾棤饾棙饾棩饾棓饾棥 饾棪饾棞饾棗饾棓饾棥饾棜 饾棡饾棙饾棤饾棬饾棥饾棖饾棓饾棡 饾棤饾棓饾棫饾棢饾棓饾棤饾棓饾棫 饾棧饾棙饾棤饾棔饾棓饾棥饾棜饾棬饾棥饾棓饾棥 饾棤饾棓饾棤饾棧饾棓饾棥 饾棤饾棓饾棢饾棓饾棳饾棪饾棞饾棓 (饾棤饾棓饾棢饾棓饾棳饾棪饾棞饾棓 饾棪饾棗饾棜 饾棪饾棬饾棤饾棤饾棞饾棫 饾煯饾煬饾煯饾煱) 饾棧饾棙饾棩饾棞饾棥饾棜饾棡饾棓饾棫 饾棯饾棞饾棢饾棓饾棳饾棓饾棝 饾棫饾棞饾棤饾棬饾棩

Malaysia SDG Summit 2024: Wilayah Timur telah melabuhkan tirai pada petang 19 Mei 2024 dengan sesi perkongsian daripada pelbagai pihak bagi memupuk kesedaran tentang inisiatif SDG di ECER.

Majlis perasmian penutup oleh YAB Menteri Besar Terengganu telah diwakili oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Sebelum itu, ucapan aluan penutup telah disampaikan oleh YBhg. Dato鈥 Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi, manakala laporan penutup pula disampaikan oleh YBhg. Dato鈥 Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC.

Majlis juga diserikan dengan pukulan gamelan kenong oleh kesemua tetamu kehormat termasuk:

  • YBhg. Dato鈥 Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC
  • Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu
  • YBRs. Encik Ahmad Azizi Bin Zulkifli, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kuala Nerus
  • Prof. Dato鈥 Dr. Fadzli Bin Adam, Naib Canselor UNISZA
  • YBhg. Dato鈥 Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi
  • YB Dato鈥 Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, Setiausaha Kerajaan Pahang
  • Pukulan terakhir oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu

Antara acara dan aktiviti lain yang berlangsung termasuk:

  • Pameran mempromosikan tenaga hijau, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan rekreasi (RV)
  • Bazaar SDG Usahawan ECER
  • Pameran SDG dari Rakan-Rakan Strategik
  • Bengkel & Pameran Khas Untuk Belia di Pantai Timur oleh Youth Environment Living Lab (YELL)
  • Aktiviti Kebudayaan & Kraftangan

Sidang kemuncak yang terakhir di Wilayah Timur ini akan membuka laluan kepada Sidang Kemuncak SDG Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi pada bulan Ogos 2024. Sidang kemuncak peringkat kebangsaan ini akan menjadi platform untuk Malaysia mempamerkan inisiatif dan pencapaian negara secara keseluruhan dalam SDG.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah mengambil bahagian sebagai Pempamer dengan berkongsi inisiatif yang telah di ambil oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini dengan program-program yang berteraskan SDG 14 & 15 dalam penyelidikan dan aktiviti disamping menyokong 17 lagi inisiatif SDG dalam semua program yang dirancang.

#pptc #pptcukm #PPTCSharing #alafukm #每日大赛app 
#每日大赛appSharing #sdgsummit2024 #SDG #Malaysia #ECER 
#TenagaHijau #PembangunanLestari #Belia #Kebudayaan #InisiatifSDG

Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur di Tasik Chini, Pahang.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menjadi tuan rumah bagi Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur yang di anjurkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Ini merupakan Program Pra-Persidangan yang kedua selepas acara yang pertama di Laman Warisan Kampung Laut, Kelantan. Program Pra-Persidangan ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dan pensyarah daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Acara pra-persidangan ini bertujuan membentuk kesedaran mengenai biodiversiti dan ekosistem Tasik Chini menerusi taklimat berkenaan ekosistem Tasik Chini, serta aktiviti eksplorasi bot dan denai hutan di persekitaran Makmal Air Tawar PPTC.
Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Salina Binti Muhamad Sali Luddin, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. En. Ahmad Azimeer Bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah 2, Pusat SDG Negara, YBrs. Profesor Datin. Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA dan Profesor Madya Dr. Wan Mohd Aizat Bin Wan Kamaruddin, Pengarah, Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app). Selain daripada pelajar-pelajar UMPSA, acara ini juga telah dihadiri oleh wakil Orang Asli kaum Jakun dari Tasik Chini, pegawai ECERDC dan PPTC.
Selepas siri Program Pra-Persidangan ini, Sidang Kemuncak SDG ECER akan berlangsung pada 19 Mei 2024 di Kuala Terengganu. Para peserta yang berminat untuk sertai acara Sidang Kemuncak pada 19 Mei 2024 boleh mendaftar di

Bengkel Pembangunan Modul Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) di Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), 每日大赛app telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) dengan maksud meningkatkan kemahiran insaniah serta membentuk jurulatih fasilitator berkualiti. Pembangunan kemahiran adalah aspek penting bagi memastikan keberkesanan modul di PPTC 每日大赛app. Fokus bengkel ini ialah mengulas ciri-ciri utama jurulatih yang kompeten, prinsip pembelajaran dewasa, dan teknik penyampaian latihan yang efektif kepada orang dewasa. Peserta bengkel akan didedahkan kepada alat yang perlu untuk memulakan dan melaksanakan latihan di tempat kerja, serta menilai keberkesanan pembelajaran secara berterusan.
Bengkel ini membantu bakal jurulatih dan fasilitator dalam mengalihkan pengetahuan dan kemahiran kepada aktiviti yang ingin disampaikan, serta perubahan tingkah laku yang dijangkakan melalui pembelajaran berperingkat. Penggunaan Neuro Linguistic Programming (NLP) digunakan untuk mengenalpasti personaliti dan teknik penyampaian yang sesuai dengan peserta, serta menarik minat mereka dalam pembelajaran. Analisis Keperluan Latihan diajar kepada peserta untuk memastikan program latihan sesuai dengan keperluan semasa.
Bengkel ini berlangsung dari 15 hingga 17 Mac 2024, serta akan diadakan sesi kedua dari 29 hingga 31 Mac 2024, disampaikan oleh En. Norrul Izuhan Shafri, Ketua Penolong Pendaftar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (H每日大赛app). Mempunyai keserasian dengan moto Universiti Kebangsaan Malaysia, “Imu, Mutu, & Budi”, peserta dibimbing untuk meningkatkan ilmu dalam pembangunan modul dan latihan, serta memastikan mutu yang tinggi dan relevan dengan keperluan semasa. Melalui suasana interaktif dan mesra, peserta diberi peluang untuk membentuk keperibadian mereka sebagai jurulatih yang berkesan dan beretika.

Majlis Syarahan Umum ALAF-每日大赛app - Naga Sri Gumum Di Persimpangan Jalan oleh Prof. Dato' Sri. Dr. Mushrifah Hj. Idris

Majlis Syarahan Umum Prof. Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Idris anjuran ALAF-每日大赛app di Bilik Majlis, Canselori 每日大赛app berjaya berlangsung pada 8 Mac 2024 . Dihadiri lebih 50 orang secara fizikal dan hampir 600 tontonan hibrid melalui Facebook Live, ALAF-每日大赛app. Penganjuran ini oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini bertujuan memahami kepentingan memelihara Tasik Chini, UNESCO Tasik Chini Rizab Biosfera, dan peranan pusat penyelidikan.
Prof. Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Idris berkongsi mengenai keunikan Lembangan Tasik Chini dan Mitos Tasik Chini. Hadir juga Pengarah ALAF-每日大赛app, Prof. Madya. Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamarudin, dan wakil-wakil lain dari ALAF-每日大赛app, Majlis Biodiversiti Pahang, dan 每日大赛app. Semoga syarahan ini memperkasa bidang penyelidikan dan mengangkat Lembangan Tasik Chini ke tahap UNESCO yang lebih tinggi.

Bengkel & Team Building Felda Wilayah Johor Bahru Di Pusat Latihan Chini & Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pada 20 Februari 2024 yang lepas, Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menerima rombongan daripada Pusat Latihan FELDA Chini (PLC) yang membawa peserta-peserta dari Felda Wilayah Johor Bahru sempena Bengkel & Team Building mereka di Pusat Latihan Felda Chini.
Seramai 42 orang peserta daripada Felda Wilayah Johor Bahru dan Pusat Latihan Felda Chini telah dibawa untuk menelurusi denai pendidikan di PPTC untuk belajar serba sedikit mengenai hutan di Tasik Chini serta berpeluang untuk berkayak di Tasik Chini. Walaupun cuaca sedikit panas tapi peserta semua menikmati pengalaman yang menyeronokkan ini di Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app

Seminar Kebangsaan Pengurusan Mampan Tasik Dan Wetland Sempena Sambutan Hari Wetland Sedunia

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah diundang sebagai pembentang kertas kerja di Seminar Kebangsaan Pengurusan Mampan Tasik Dan Wetland sempena Hari Wetland Sedunia di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 7-9 Februari yang lalu. Seminar ini menyoroti perkhidmatan ekosistem badan air dan persekitaran, ekonomi kawasan sekitar, pembangunan mampan, eko-pelancongan, dan tapak konservasi.
Pelaksanaan usaha untuk memelihara kawasan hijau dan pembangunan wetland turut dibincangkan. Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud merasmikan seminar ini dengan persembahan kebudayaan dari Loka Tari Anak Gumum. Pn. Nur Amelia mewakili PPTC dengan kertas kerja mengenai “Kajian Kes Edu-Ekopelancongan di Tapak Rizab Biosfera UNESCO Tasik Chini oleh 每日大赛app dari 2019 hingga 2022”. Sebanyak 24 kertas kerja dibentangkan sepanjang seminar ini. Seminar ditutup dengan program Eksplorasi Saintifik Wetland Putrajaya di Taman Wetland Putrajaya.

Majlis Perasmian Penutupan Cultural Exchange Program With Aboriginal Education Center, University Of Adelaide Bersempena Hari Tanah Lembap Sedunia Di Royale Ballroom Hotel Ancasa Royale Pekan

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah diundang sebagai pembentang dan pameran di Majlis Perasmian Penutupan Cultural Exchange Program bersama Aboriginal Education Center, University of Adelaide sempena Hari Tanah Lembap Sedunia di Royale Ballroom Hotel Ancasa Royale Pekan pada 7 Februari 2024. Tujuan majlis adalah untuk menekankan hubungan antara tanah lembap dan kesinambungan hidup manusia serta pentingnya pemeliharaan tanah-tanah lembap di seluruh dunia.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini membentangkan kertas kerja mengenai “Peranan dan Kepelbagaian Biologi di Tasik Chini Rizab Biosfera” oleh Prof Dato鈥 Sri Musrifah Hj Idris. Majlis ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri鈥檃yatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan kerjasama Majlis Biodiversiti Pahang (MBP), Universiti Adelaide, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dan Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (PELINDUNG).

Program Sulam Asli-Pimpin 2024 - Jalinan Mesra Watan @ Chini

Pusat Penyelidikan Tasik Chini ALAF-每日大赛app telah menerima pelajar-pelajar Tahun 1 Kohort 6 SmSn Citra dan adik-adik daripada Program Permata Remaja pada 5 鈥 7 Januari 2024 yang lepas bagi Program Sulam Asli-Pimpim 2024 鈥 Jalinan Mesra Watan @ Chini.
Program yang disertai oleh 52 orang pelajar ini melibatkan 2 kursus yang diambil pelajar Tahun 1 Kohort 6 SmSn Citra iaitu LMCP1012 Pengantar Sains Citra & LMCR1112 Kesukarelawanan Khidmat Bakti.
Program ini juga mendapat kerjasama daripada 40 anak-anak remaja berisiko B40 dari Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menyertai progam Permata Remaja dan dijadikan adik angkat sepanjang program berlangsung.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah ziarah mesra rumah ke rumah Orang Asli, sukaneka, pertandingan solekan, pertandingan karaoke, free market, demonstrasi menganyam dan menyumpit serta ceramah keibubapaan.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pusat Permata Remaja, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Tasik Cini dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang banyak memberi bantuan bagi menjayakan progam tersebut.

Program Green Camp For Youth @ Tasik Chini Unesco Biosphere Reserve 鈥 Siri 3

Program 鈥淕reen Camp for Youth @ Tasik Chini UNESCO Biosphere Reserve 鈥 Siri 3鈥 merupakan sebuah program yang diadakan bagi mengangkat murid-murid sekolah yang berada di sekitar Tasik Chini Rizab Biosfera UNESCO sebagai Pemimpin Muda Sains dengan menyediakan peluang kepada mereka untuk melibatkan diri secara berkumpulan dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17-19 November 2023 yang lalu, seramai 40 orang murid daripada empat (4) buah sekolah rendah di Chini iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (JHEOA), Sekolah Kebangsaan (F) Chini 1 & 4, Sekolah Kebangsaan (F) Chini 2 dan Sekolah Kebangsaan (F) Chini 3 & 5 telah menyertai program selama 3 hari 2 malam ini.
Program ini adalah sumbangan daripada Geran Sumbangan SKUM (GSS) tahun 2023 oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan sumbangan daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Terima kasih juga kepada pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Muadzam Shah kerana sudi berkerjasama lagi untuk program tahun ini.

Program Penanaman Pokok Sempena Kempen 100 Juta Pokok @ Pahang

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app听telah di jemput untuk turut serta ke Program Penanaman Pokok Sempena Kempen 100 Juta Pokok @ Pahang di Hutan Simpan Chini pada hari Rabu lepas 01 November 2023, yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
Turut serta didalam program tersebut adalah kakitangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang, Perbadanan Muzium Negeri Pahang serta kakitangan daripada Majlis Bandaraya Kuantan.
Sekurang-kurangnya dua (2) Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) telah dicapai melalui program ini. iaitu:
SDG 13: Perlindungan Iklim – Inisiatif penanaman pokok membantu mengurangkan jumlah karbon dioksida dalam atmosfera dan menyokong usaha perlindungan iklim. Ini menyumbang kepada matlamat mengurangkan kesan perubahan iklim.
SDG 15: Kehidupan Darat – Penanaman pokok menyumbang kepada pemuliharaan ekosistem darat, termasuk hutan dan kepelbagaian biologi. Inisiatif ini membantu melindungi flora dan fauna tempatan.
Pihak听Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app听mengucapkan terima kasih atas jemputan ini dan berharap banyak lagi kerjasama dapat diadakan pada masa hadapan.

Kursus Pemantapan Penolong Pegawai Tadbir HCTM

Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya, Jabatan Sumber Manusia, Unit Latihan JSM Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), telah menganjurkan Kursus Pemantapan Penolong Pegawati Tadbir bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-每日大赛app pada 27 鈥 29 Oktober 2023 yang lepas.
Seramai 37 orang peserta telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Pusat Penyelidikan Tasik Chini dan berpeluang meningkatkan kemahiran diri dan dalam masa yang sama menghayati keunikan dan keindahan Tasik Chini, tasik semulajadi kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
Kursus pemantapan penolong pegawai tadbir bertujuan untuk memperkukuhkan personaliti dan kemahiran komunikasi peserta, menyokong perkembangan kemahiran penyelesaian masalah dan berfikiran kreatif, serta memupuk kemahiran pengurusan perubahan dan pemikiran strategik dalam konteks pentadbiran.
Selain itu, kursus ini juga bertumpu pada motivasi dan pembentukan pasukan yang cemerlang untuk meningkatkan prestasi penolong pegawai tadbir. Dalam konteks alam sekitar Malaysia, kursus ini juga melibatkan resolusi dan kesedaran terhadap isu alam sekitar melalui program khas di Tasik Chini.
Kursus ini menyediakan peserta dengan rangkaian kemahiran dan pengetahuan yang penting untuk menjalankan tugas sebagai penolong pegawai tadbir dengan kecekapan dan memberi tumpuan kepada pembangunan individu, kemahiran, dan kesedaran terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan tadbir urus dan kelestarian alam sekitar.

Program STEM Programming + Wireless Day @ Chini Bersama Sekolah Kebangsaan Tasik Cini

Telah berlangsung bengkel bagi program 鈥淧rogramming + Wireless Day @ Chini鈥 pada 21 鈥 22 Oktober 2023 yang melibatkan 20 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (JHEOA) dimana ianya telah dianjurkan oleh WirelessResearch@每日大赛app, P3K, dan CRYsTaL@每日大赛app, yang beroperasi di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem (JKEES), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini ALAF-每日大赛app (PPTC).
Sejak tahun 2009, CRYsTaL@每日大赛app dan P3K telah berusaha menjalankan pelbagai aktiviti permentoran untuk pelajar sekolah dan universiti. Mereka telah berjaya menghasilkan modul latihan dan projek berasaskan teknologi mikropengawal dan pengaturcaraan.
Dalam bengkel ini, pelajar sekolah rendah ini telah mempelajari teknologi komunikasi tanpa wayar, mikropengawal, dan pengaturcaraan. Program ini melibatkan pensyarah, staf, pembantu penyelidik, pelajar prasiswazah, dan pascasiswazah sebagai tenaga pengajar dan fasilitator. Program ini sejajar dengan keperluan negara untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dan mengaplikasikan elemen-elemen Revolusi Industri 4.0 kepada pendidikan mereka.

Makmal Pembangunan Dan Pengeluaran Produk Kraf (Kraf Kayu) Kraftangan Pahang & Pusat Penyelidikan Tasik Chini

PPTC ALAF-每日大赛app praktik model kerjasama tiga hala (Triple-helix : Komuniti-Universiti-Agensi Kerajaan) dalam Program Pembangunan Kraf Kayu Sisa melalui inisiatif oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang iaitu Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) bagi Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Kayu di Tasik Chini Pahang bersama-sama komuniti Orang Asli di sini.
Objektif program Pembangunan Kraf Kayu ini adalah bagi memperkasa dan melahirkan usahawan di kalangan komuniti Orang Asli Tasik Chini bagi industri produk kraf kayu sisa dan memanfaatkan sumber semulajadi daripada kayu sisa kepada produk kraf yang bernilai tinggi.
Pendekatan yang digunakan dalam bengkel ini adalah peningkatan kemahiran melalui gabungan diantara ilmu watan Orang Asli dalam bidang seni perkayuan serta teknik yang dikomersilkan oleh tenaga pengajar professional daripada Kraftangan Malaysia.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini, 每日大赛app berperanan sebagai moderator dalam memastikan program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals) SDG 12 yang menyasarkan pengurusan yang mampan dan penggunaan sumber asli yang cekap. Matlamat utama program ini juga adalah untuk memenuhi SDG 8 bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang baik bagi meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Orang Asli Tasik Chini melalui sumber pendapatan yang stabil.

Man and Biosphere 360掳 Biodiversity Education Program 2023 anjuran Majlis Biodiversiti Pahang

Man and Biosphere 360掳 Biodiversity Education Program adalah sebuah platform yang bertujuan untuk meningkatkan peranan pusat-pusat penyelidikan (R&D) dalam bidang kepelbagaian biologi, sambil menyebarkan pengetahuan saintifik serta kesedaran akan peranan biodiversiti kepada masyarakat. Program ini dirancang dengan aktiviti dan modul yang dapat menjadi medium pembelajaran yang efektif bagi pesertanya, untuk memahami kepentingan dan sumbangan biodiversiti, serta membuka pintu kepada peluang kerjaya yang berpotensi.
Sebanyak 100 peserta, terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dari enam sekolah di Negeri Pahang, Terengganu, dan Johor, telah mengambil bahagian dalam Man and Biosphere 360掳 Biodiversity Education Program 2023. Program ini berlangsung di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Pekan, Pahang dari 22 hingga 24 September 2023, dengan penyertaan para guru pengiring.
Majlis Perasmian Penutupan Man and Biosphere 360掳 Biodiversity Education Program 2023 ini telah disempurnakan oleh Encik Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, serta diiringi oleh Profesor Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Bt. Idris, Profesor Kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, Cik Nadimah Hilwah Binti Mohd Saifuddin, wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang, Encik Mohd Zikri Bin Omar selaku Ketua Sekretariat Majlis Biodiversiti Pahang, Lt Kol Mohd Zuraidi bin Zainal Abidin wakil Angkatan Tentera Malaysia Briged Keempat (Mekanize) Pahang, serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, iaitu Encik Lukman Alhakim.
Selain itu, majlis turut dihadiri oleh pakar-pakar panel modul program yang telah bersama-sama menjayakan program 3 hari ini, yang berlangsung dari hari Jumaat hingga Ahad. Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan khas Tarian Tradisional oleh Komuniti Orang Asli Tasik Chini, serta Aspirasi Pelajar.

Pameran International Greentech and EcoProducts Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023

Teknologi Hijau Berasaskan Tumbuhan Tasik Chini: Pameran IGEM2023 Pamer Hasil Penyelidikan PPTC 每日大赛app
Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app dengan kerjasama Kerajaan Pahang telah menyertai International Greentech and EcoProducts Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023 pada 4 hingga 6 Oktober di KLCC. Pelbagai produk penyelidikan berasaskan tumbuhan Tasik Chini diketengahkan termasuk Teknologi Rawatan Air menggunakan Teknik Fitoremediasi (Phytoremediation), hasil inovasi kumpulan Prof. Ir. Dr. Siti Rozaimah serta Penghasilan Arang Eko (Ecocharcoal) daripada Pokok Rasau inovasi PM Dr. Adlansyah.
Bertemakan “Race Towards Net Zero: Leadership for Climate Action”, persidangan ini merupakan antara acara penting di Asia Tenggara yang mengetengahkan inisiatif kelestarian dan teknologi hijau dengan penyertaan lebih 40,000 pelawat dari 40 buah negara. Pada persidangan kali ini, reruai kontinjen Pahang termasuk PPTC juga dinamakan sebagai pemenang ‘State Innovation Award’ untuk pameran kreatif mereka. Tahniah!

Program Knowledge Sharing & Exchange Visit TESSA Pahang
Penilaian Perkhidmatan Ekosistem Budaya - Tasik Chini

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) dan Southeast Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) di bawah pelaksaan Projek Penilaian Perkhidmatan Ekosistem di Koridor Ekologi Central Forest Spine telah menganjurkan Program TESSA Knowledge Sharing & Exchange Visit di Tasik Chini, Pekan, Pahang.
Program ini bertujuan berkongsi pengalaman pasukan dalam menilai perkhidmatan ekosistem budaya menggunakan toolkit TESSA di samping mempelajari hubungan antara perkhidmatan ekosistem hutan dengan budaya kehidupan masyarakat orang asli di Tasik Chini.
Program ini disertai oleh jabatan, institusi dan organisasi swasta dari seluruh Malaysia yang seramai 31 orang dimana antara program yang telah dijalankan adalah meneroka warisan semulajadi dan kehidupan Orang Asli Tasik Chini melalui pengalaman menerokai denai, kampung Orang Asli serta menelusuri Tasik Chini yang menjadi kediaman kepada Orang Asli di Tasik Chini ini. Program ini disudahi dengan Persembahan Budaya dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tasik Cini (JHEOA) dengan Tarian Kelundang kepada peserta-peserta program.

每日大赛app Terima Pengiktirafan Di Atas Usaha Pengekalan Status Man And The Biosphere Programme (MAB) UNESCO Tasik Chini

Tasik Chini, Pahang telah berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui program Man and the Biosphere Programme (MAB). Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat The 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis pada 14 Jun 2023 yang lalu.
Sehubungan dengan pengiktirafan ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pengekalan status Man and the Biosfera (MAB) UNESCO Tasik Chini, pada 5 September 2023 bertempat di Swiss-Bell Hotel, Kuantan, Pahang.
Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) telah menerima penghargaan bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dalam penghasilan pelaporan semakan berkala UNESCO (Periodic Review).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan 每日大赛app diketuai oleh Dr Shazrul serta 每日大赛app Pakarunding yang membawa nama 每日大赛app dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera ini.
Penghargaan khas oleh Kerajaan Negeri Pahang turut diberikan kepada Profesor Kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Hj Idris di atas inisiatif dan usaha beliau mengetengahkan Tasik Chini sebagai tapak Rizab Biosfera Man and the Biosfera (MAB) UNESCO yang pertama di Malaysia.
Majlis itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBrs. Abdul Wahid bin Abu Salim yang mewakili YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Majlis itu juga turut dihadiri oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato鈥 Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin, Profesor Kehormat 每日大赛app, Profesor Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Hj Idris, Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato鈥 Sri Hj Mohd Sharkar bin Shamsudin, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Hj Yaacob, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Perancangan), Dato’ Hj. Zahari bin Ibrahim serta barisan pentadbiran negeri Pahang.

Majlis Penyerahan Projek Konservasi Teratai Secara Lestari Di Tasik Chini Bagi Kesinambungan Rizab Biosfera Oleh Pihak ECERDC Dan FRIM Kepada PPTC, ALAF-每日大赛app

Majlis penyerahan projek ini telah berlangsung di PPTC pada hari Selasa 1 Ogos 2023 yang dihadiri oleh wakil pengurusan pihak East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) (YBhg. Dato鈥 Mazlan Sharuddin , Pengurus Besar ECERDC Pahang dan Cik Salida Azizi, Pemangku Pengurus Besar, Perancangan Strategik Korporat ECERDC), FRIM (Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM) serta ALAF – 每日大赛app (Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat, Pengarah ALAF-每日大赛app).

Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sesi 2022/2023 Dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2023.

Pada 12-13 Julai 2023 yang lepas Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah menerima lawatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sesi 2022/2024 Dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2023.
Antara aktiviti yang sempat dilakukan selama 2 hari ini adalah melawat denai penyelidikan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sambil “healing” dan menimba pengetahuan mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara hutan di Tasik Chini. Pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke 2 buah kampung Orang Asli, Kg Cendahan dan Kg Tanjung Puput.
Terima kasih diucapkan kepada Dato鈥 Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan-timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan pasukan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang sudi meluangkan masa selama 2 hari ke kompleks penyelidikan kami. Ribuan terima kasih juga kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Pekan dan Peramu Jaya dan Dr Nizam MO IC Klinik Kesihatan Chini, yang sudi mengiring dan memastikan keselamatan semua peserta.

Program Khidmat Masyarakat FSK Bersama Orang Asli

Pada 7 – 8 Julai 2023 telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat FSK Bersama Orang Asli menerusi Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (Pusat Reach) Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini disertai seramai 50 orang yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dan juga pensyarah telah menjalankan pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan am secara percuma kepada penduduk kampung Orang Asli di Tasik Chini.
Selain itu pendidikan awal mengenai kanser payudara juga turut diberikan kepada penduduk kampung Orang Asli.
Penduduk Orang Asli yang mempunyai masalah penglihatan juga telah diberikan cermin mata (reading glass) secara percuma. Bagi yang mempunyai masalah penglihatan yang memerlukan perhatian khas telah diperiksa untuk didapatkan cermin mata yang baru.
3 orang penduduk Orang Asli yang mempunyai masalah penglihatan yang lebih teruk telah dirujuk kepada hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app mewakili komuniti Orang Asli Tasik Chini mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Pusat Reach Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia atas penganjuran program khidmat masyarakat ini.

Kerja Lapangan bagi Geran Penyelidikan Antarabangsa ASEAN-IVO

Pada 3-5 Julai 2023 yang lepas, Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah menerima lawatan untuk Kerja Lapangan bagi Geran Penyelidikan Antarabangsa ASEAN-IVO daripada penyelidik-penyelidik dan juga rakan industri dari syarikat GTek Enterprise (Philiphines).
Tujuan kerja lapangan ini adalah untuk menguji peranti wayarles berasaskan LoRa boleh pakai yang yang boleh melaksanakan pengukuran fisiologi, psikologi, pergerakan, kedudukan dan persekitaran untuk pemantauan dan pemakluman kecemasan.

Program Sulam Asli-Pimpin @ Chini 2023 Siri 2

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah menerima 12 orang pelajar bagi Program Sulam Asli-Pimpin @ Chini 2023 Siri 2 pada 23 – 25 Jun 2023.
Ini merupakan siri ke 2 selepas kunjungan kumpulan yang sama pada 9-11 Jun yang lepas.

Program SULAM Asli-Pimpin @ Chini 2023 ini dijalankan di bawah Projek SULAM ASLI-PIMPIN yang melibatkan peserta-peserta dari kalangan pelajar dari kursus LMCR2342 Isu-isu Kekeluargaan seramai 12 orang.
Pada kali ini mereka memfokuskan kepada pemimpin-pemimpin dalam dan sekitar komuniti di Tasik Chini dan menemubual mereka bagi mendapatkan isu-isu kekeluargaan di Tasik Chini.

Program Sulam Asli-Pimpin @ Chini 2023 Siri 1

Pada 9-11 Jun 2023 yang lepas Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah menerima pelajar-pelajar dari kursus LMCR2342 dari Pusat Citra 每日大赛app.
Program SULAM Asli-Pimpin @ Chini 2023 – Siri 1 ini dijalankan di bawah Projek SULAM ASLI-PIMPIN yang melibatkan peserta-peserta dari kalangan pelajar dari kursus LMCR2342 Isu-isu Kekeluargaan seramai 30 orang. Pelajar-pelajar ini menjalani sebahagian daripada PnP secara pembelajaran pengalaman bersama komuniti Orang Asli Tasik Chini di lapangan.
Semoga semua pelajar dapat belajar sesuatu dan menghargai pengalaman yang berharga ini.

Kerja Lapangan STAE6013, Pengurusan Tasik dan Tanah Bencah

Mengimbau kembali program Kerja Lapangan pada 3 hingga 4 Jun 2023 bagi subjek STAE6013, Pengurusan Tasik dan Tanah Bencah, Fakulti Sains & Teknologi (每日大赛app) dihadiri oleh 3 orang pensyarah dan 6 orang pelajar post graduate. (Mod kerja kursus)
Antara aktiviti program 2 hari 1 malam ini adalah menyelusuri denai di PPTC yang dipandu arah oleh Dr Juliana Senawi. Dalam aktiviti tersebut pelajar dikehendaki menyediakan laporan dengan mengenal pasti 5 jenis haiwan yang terdapat di denai sepanjang kira-kira 1 kilometer tersebut.
Kami berharap kerja lapangan tersebut mencapai objektif bagi subjek STAE6013.

International School of Kuantan Field Trip to Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pada 3 Mei 2023 seramai 20 pelajar berserta 7 orang pengiring daripada International School of Kuantan telah sudi mengikuti kerja lapangan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app.

Program ini juga turut disertai oleh 3 orang wakil daripada Tourism Pahang yang sudi mengiringi pelajar-pelajar ini.

Mereka telah mengikuti modul Forest & Indigenous Exploration di mana mereka telah berpeluang untuk menyelusuri Tasik Chini untuk melihat keindahan alam Tasik Chini sebelum mereka singgah ke perkampungan Orang Asli di Kg Tanjung Puput untuk belajar mengenai kehidupan dan kesenian Orang Asli di Tasik Chini.
Di Kg Tanjung Puput mereka telah berpeluang untuk mencuba sendiri sumpit tradisional dan melihat seni ukiran yang telah diukir diatas sumpit yang mereka gunakan.
Selepas itu mereka telah pergi ke denai penyelidikan PPTC untuk aktiviti mengenal rimba alam dan juga untuk “memburu” serangga di dalam denai.

Aktiviti tamat lebih kurang dalam jam 4:00 petang. Kami mengharapkan semua pelajar dan pengiring merasa seronok mengikuti modul kami ini.

Kami juga berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YHM Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan kerana turut serta dalam aktiviti ini.

Kem Relaksasi SPM 2022 SMK Sultan Ahmad, Pekan

Pada 6-7 Disember 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Kem Relaksasi SPM 2022 anjuran SMK SULTAN AHMAD, PEKAN di Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app.
Kem ini dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 bagi tujuan relaks dan santai serta meningkatkan motivasi diri setelah habis menghadapi Ujian Lisan/Bertutur.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang dua hari ini adalah sesi taklimat kerjaya daripada pegawai-pegawai Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app dan Pegawai daripada Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Slot Santai Bersama anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Riadah Permainan, Solat Berjemaah dan Tazkirah, BBQ bersama guru dan Aktiviti Kebudayaan, Berkayak serta menelusuri denai penyelidikan PPTC.
Majlis penutupan bagi Kem Relaksasi SPM 2022 ini telah disempurnakan oleh Tuan PPD PEKAN, Yang Berbahagia Tuan Haji Razali Bin Mustafar.

Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian guru-guru SMK SULTAN AHMAD, PEKAN membawa pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk berehat dan mengumpul semangat dan motivasi bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Diharap kejayaan sentiasa mengiringi pelajar-pelajar SMK SULTAN AHMAD, PEKAN.

Karnival Kerjaya Dan Bicara KESEF, SK Tasik Cini

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app di Karnival Kerjaya Dan Bicara KESEF di Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Tasik Cini JHEOA.
Hari ini (23 November 2022) kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app menyertai Karnival Kerjaya Dan Bicara KESEF sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Daerah Pekan, Pahang. Karnival ini disertai oleh pelajar-pelajar daripada 24 sekolah di daerah Pekan dan 3 buah sekolah dari daerah Kuantan dimana banyak aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan pakaian beragam yang bertemakan kerjaya dan adiwira, pertandingan mewarna serta Bicara KESEF yang disampaikan oleh wakil dari Pos Malaysia Berhad.
Karnival ini juga mendapat sokongan dan penyertaan dari beberapa agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan, Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Pekan, Ibupejabat Polis Daerah Pekan, Hospital Daerah Pekan dan ramai lagi.
Di dalam booth pameran PPTC, kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti mini eksperimen sains dimana diharapkan dapat menambahkan lagi kefahaman dan minat pelajar-pelajar ini dengan bidang sains dan teknologi.
Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Tasik Chini, yang merupakan rakan strategik Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Tahniah diucapkan!

Bengkel Eko-Pelancongan : Latihan Kemahiran Interaksi & Keusahawanan Pemandu Pelancong Tasik Chini

PAda 2 – 3 November 2022 telah berlangsung Bengkel Eko-Pelancongan : Latihan Kemahiran Interaksi & Keusahawanan Pemandu Pelancong Tasik Chini anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bersama Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app.
Bengkel ini telah disertai oleh pemandu-pemandu pelancong sekitar Tasik Chini bagi meningkatkan lagi kemahiran interaksi serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara pengusaha-pengusaha pelancong daerah Kuantan serta pengusaha pelancongan dari Kuala Sepetang, Perak. Selain itu mereka juga diberi pendedahan awal mengenai Malim Gunung dari pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan pihak Majlis Biodiversiti Pahang dan Perbadanan Taman Negeri Pahang yang sudi bersama-sama menyertai bengkel ini.

Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok @ Pahang di Tasik Chini

Pada 28-30 Oktober lalu Puast Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar tahun satu dan tahun dua dari Citra 每日大赛app .
Kedatangan mereka juga adalah sempena Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok @ Pahang di Tasik Chini Sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang. Pada 29 Oktober mereka telah berjaya menanam 800 batang pokok dengan bantuan Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dan juga NGO.
Program ini juga adalah sebahagian daripada Program Green Camp For Youth Siri 2 dimana pelajar-pelajar ini telah melawat ke kampung-kampung orang asli sekitar Tasik Chini dan beramah mesra dengan penduduk kampung.
Terima kasih kepada pelajar-pelajar CItra 每日大赛app kerana mengambil bahagian dalam usaha menghijaukan kembali Tasik Chini.

Perkhemahan Unit Beruniform SMK Paloh Hinai

Pada 7 – 10 Oktober 2022 yang lalu seramai 93 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru daripada SMK Paloh Hinai telah menganjurkanperkhemahan unit-unit beruniform bertempat di tapak perkhemahan Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app.
Perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.
Terima kasih kepada guru-guru kerana telah memberi peluang kepada Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app untuk berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar ini mengenai Tapak Rizab Biosfera pada penghujung hari program.
Semoga pengalaman berkhemah setelah musim pandemik ini dapat dijadikan kenangan manis kepada adik-adik semua.

LAWATAN JARINGAN STRATEGIK INSTITUT BIODIVERSITI TROPIKA DAN PEMBANGUNAN LESTARI, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Pada 22-24 September yang lepas Pusat Penyelidikan Tasik Chini menerima lawatan daripada Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari UMT yang diketuai oleh Pengarah IBTPL, Prof Madya Dr Amiruddin dan Timbalan Pengarah IBTPL, Prof Madya Dr Khatijah Omar beserta 15 orang lagi kakitangan.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi dan memberi pendedahan berkaitan organisasi institut penyelidikan dan konsep pelaksanaan program berkaitan penyelidikan..
Semoga lawatan dan perbincangan yang telah diadakan dapat memberi tambah nilai dan menjadi penanda aras kepada kedua belah pihak.

Program Green Camp For Youth - Siri 1

Program 鈥淕reen Camp for Youth鈥 merupakan sebuah program yang diadakan bagi mengangkat pelajar dan murid sekolah yang berada di sekitar Tasik Chini UNESCO sebagai Pemimpin Muda Sains dengan menyediakan peluang kepada mereka untuk melibatkan diri secara berkumpulan dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Program-program yang telah di jalankan selama 3 hari 2 malam ini melalui perkongsian ilmu daripada wakil agensi kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan pihak NGO RCOMM Lestari (Sejahtera Malaysia).
Sasaran generasi muda iaitu pelajar-pelajar menengah atas daripada sekolah sekitar Chini telah berjaya memahami dengan baik mengenai kesan rumah hijau serta cara-cara untuk mengurangkan kesan negatif ke atasnya, kepentingan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian dan usaha alternatif yang boleh dilakukan mereka di rumah melalui perlaksanaan kompos daripada sisa makanan.

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI STPM 2022 DI PUSAT PENYELIDIKAN TASIK DI PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK (LKTP) Chini telah berpeluang menjalankan kajian lapangan Geografi STPM bagi tahun 2022 bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app pada 14 September 2022 yang lalu.

Kajian luar ini adalah untuk untuk menilai kawasan hutan/hutan sekunder/hutan rekreasi yang selamat. Antara penilaian yang telah dibuat adalah:

(a) Ciri hutan di kawasan kajian.
(b) Tumbuhan semula jadi di dalam plot kajian:
(i) memetakan jenis spesis tumbuhan di dalam plot kajian,
(ii) mengumpulkan data ciri spesis tumbuhan di dalam plot kajian, dan
(iii) membuat rumusan spesis tumbuhan yang dominan di dalam plot kajian.
(c) Faktor yang menentukan serakan spesis tumbuhan di dalam plot kajian.
(d) Kepentingan biodiversiti kepada masyarakat setempat.
(e) Potensi kawasan kajian untuk pembangunan sosioekonomi kawasan sekitar dalam konteks pembangunan mampan.

Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app mengharapkan kajian yang telah dilakukan di hutan ini dapat memenuhi keperluan bagi kajian lapangan Geografi adik-adik semua.

PELEPASAN BENIH IKAN DI TAPAK REZAB BIOSFERA UNESCO TASIK CHINI

Pelepasan benih-benih ikan sebanyak 21 ribu ekor daripada spesies Lampam Sungai, Baung, Sebarau dan Terbol telah dijalankan di Tapak Biosfera UNESCO Tasik Chini pada 10 September 2022.
Majlis pelepasan diketuai oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato鈥 Sri Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail; YBM Kementerian Tanah dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Hj. Takiyuddin bin Hassan; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato鈥 Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak; YB Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato鈥 Sri Hj. Mohd Sharkar bin Shamsudin.
Turut hadir ialah KSU KeTSA, Dato鈥 Rosli bin Isa; TKSU KeTSA (Sumber Asli), YBhg Tuan Abdul Wahid bin Abu Salim; TKSU KeTSA (Tenaga), Dato鈥 Mohamad Razif bin Hj. Abd. Mubin dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, En. Abdullah bin Jaafar
Pelepasan benih ikan akan menambahkan stok ikan Tasik Chini selain melindungi & memulihara biodiversiti sumber perikanan darat. Pelepasan benih ikan ini dijangka memberi manfaat besar khususnya nelayan darat terutama komuniti orang asli yang menjadikan tasik Chini sebagai tempat mencari rezeki. Semenjak dua tahun kebelakangan, sejumlah 96,500 ekor benih ikan telah dilepaskan ke tasik Chini dalam tempoh 2021-2022.
Sumber utama benih ikan ialah daripada Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok Jerantut dan PPA Bukit Tinggi Benton

PELEPASAN BENIH IKAN DI TAPAK REZAB BIOSFERA UNESCO TASIK CHINI

Pelepasan benih-benih ikan sebanyak 21 ribu ekor daripada spesies Lampam Sungai, Baung, Sebarau dan Terbol telah dijalankan di Tapak Biosfera UNESCO Tasik Chini pada 10 September 2022.
Majlis pelepasan diketuai oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato鈥 Sri Hj. Wan Rosdy bin Wan Ismail; YBM Kementerian Tanah dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Hj. Takiyuddin bin Hassan; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato鈥 Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak; YB Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato鈥 Sri Hj. Mohd Sharkar bin Shamsudin.
Turut hadir ialah KSU KeTSA, Dato鈥 Rosli bin Isa; TKSU KeTSA (Sumber Asli), YBhg Tuan Abdul Wahid bin Abu Salim; TKSU KeTSA (Tenaga), Dato鈥 Mohamad Razif bin Hj. Abd. Mubin dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, En. Abdullah bin Jaafar
Pelepasan benih ikan akan menambahkan stok ikan Tasik Chini selain melindungi & memulihara biodiversiti sumber perikanan darat. Pelepasan benih ikan ini dijangka memberi manfaat besar khususnya nelayan darat terutama komuniti orang asli yang menjadikan tasik Chini sebagai tempat mencari rezeki. Semenjak dua tahun kebelakangan, sejumlah 96,500 ekor benih ikan telah dilepaskan ke tasik Chini dalam tempoh 2021-2022.
Sumber utama benih ikan ialah daripada Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok Jerantut dan PPA Bukit Tinggi Benton

FRIM ANJUR BENGKEL KONSERVASI TERATAI DI TASIK CHINI

18 Mac 2022 鈥 FRIM bersama Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (East Coast Economic Region Development Council, ECERDC) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app (PPTC) telah menganjurkan Bengkel Konservasi Teratai di Tasik Chini sebagai kesinambungan Rizab Biosfera Alam di Malaysia pada 14 Mac lalu.

Bengkel yang diadakan di PPTC ini telah dirasmikan oleh Mohd Jimmy Ismail, Eksekutif Kanan Pejabat ECER #Pahang. Turut hadir, Nur Amelia Abas, Pegawai Penyelidik PPTC.
Staf Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, Dr Marryanna Lion, Rizuwan Mamat dan Rashidah Hashim mengendalikan bengkel yang dihadiri 18 peserta yang terdiri daripada komuniti setempat, pengusaha 鈥榟omestay鈥 dan pemandu bot.
Bengkel ini bertujuan:
馃煝meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan kepentingan pemuliharaan ekosistem Tasik Chini secara lestari kepada pihak berkepentingan;
馃煝melatih dalam penyediaan stok tanaman teratai; dan
馃煝mendedahkan peserta kaedah pembinaan #flotilla dan semaian anak pokok teratai dalam flotilla.
Bengkel yang dijalankan secara teori dan latihan amali di lapangan ini memberi fokus kepada teknik-teknik asas penanaman teratai melalui biji benih dan anak pokok. Peserta juga didedahkan dengan teknik penanaman secara terapung menggunakan #flotilla yang dikenali sebagai 鈥淔lotilla Lotus鈥.

PELEPASAN BENIH IKAN KE PERAIRAN TASIK CHINI

13 Julai 2022 | Pekan – Program pelepasan 15,300 ekor benih ikan Kerai, Baung, Sebarau dan Lampam Sungai ke perairan Tasik Chini, Pekan. Program ini telah disempurnakan oleh ADUN Chini, YB. Encik Mohd Sharim bin Md Zain bersama Pengarah Perikanan Negeri Pahang, En. Abdullah bin Jaafar.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan, Puan Nursafariza binti Ihsan; para pegawai DOF Pahang dan pegawai Pusat Penyelidikan Tasik Chini, 每日大赛app.

Program pelepasan benih ikan ini bertujuan untuk meningkatkan stok ikan asli di Tasik Chini. Bekalan benih ikan bagi program ini adalah sumbangan daripada Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut.

MAJLIS SANTUN RAMADHAN @ TASIK CHINI BERSAMA MYHEART MYFUNDACTION DAN PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI, 每日大赛app

19 April 2022 – Malaysian Heart Health Association – MyHeart MyFundAction bersama-sama Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app telah mengadakan Majlis Santun Ramadhan serta Sesi Libat Urus Komuniti Tasik Chini ke perkampungan Orang Asli Tasik Chini.
Di dalam majlis ini pihak MyHeart MyFundAction telah menyerahkan sumbangan 500 pek Hygiene Kit dan 300 pek bungkusan makanan Ready To Eat (RTE) kepada penduduk-penduduk di Tasik Chini yang mengandungi barang-barang keperluan asas set kelengkapan kebersihan diri dan penjagaan kesihatan. Di samping itu satu majlis beramah mesra dan berbuka puasa bersama komuniti muslim Tasik Chini turut diadakan pada penghujung program.
Kumpulan MyHeart diwakili oleh Dr Wan Ahmad Afiq beserta 5 lagi sukarelawan MyHeart turut disertai juga oleh penyelidik, sukarelawan dan kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini mula bergerak seawal 9:00 pagi menaiki bot ke perkampungan Orang Asli Cendahan, Tanjung Puput dan Teluk Sanbek.
Lawatan diteruskan lagi ke perkampungan Orang Asli Ulu Melai dan Melai pada jam 11:30 pagi berjumpa dengan wakil penduduk, En Meng sebelum berhenti rehat. Pada jam 3:00 petang program diteruskan ke perkampungan Orang Asli Gumum dan Ulu Gumum. Demonstrasi mencuci tangan dengan cara yang betul dan penerangan penggunaan barangan kesihatan turut diberikan kepada semua penduduk kampung.
Sebagai penutup program, satu majlis berbuka puasa dan solat Maghrib telah diadakan di surau Kampung Gumum sebelum program ini ditamatkan.
Ribuan terima kasih kepada Malaysian Heart Health Association – MyHeart MyFundAction atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga semua penduduk Orang Asli di Tasik Chini memperoleh manfaat daripada sumbangan ini.

Bengkel Konservasi Teratai di Tasik Chini Sebagai Kesinambungan Rizab Biosfera Alam - Siri 1

[14-Mac-2022] telah berlangsung Bengkel Konservasi Teratai di Tasik Chini Sebagai Kesinambungan Rizab Biosfera Alam – Siri 1 yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region Development Council) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app.

Bengkel ini disertai oleh pengusaha homestay disekitar Felda Chini, pemandu bot pelancong dan komuniti penduduk di sekitar Felda Chini, Kampung Salong, dan penduduk Orang Asli Kampung Melai.

Objektif bengkel ini adalah untuk:
1 – Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran komuniti setempat khasnya terhadap pemuliharaan persekitaran Tasik Chini secara lestari.
2 – Melatih peserta dengan teknik asas dalam penyediaan stok tanaman teratai.
3 – Melatih peserta kaedah pembinaan flotilla dan semaian teratai dalam flotilla.
Diharapkan bengkel ini dapat menyediakan peserta dengan pendedahan terhadap konsep dan aspek kritikal yang berkaitan dengan semaian teratai dalam flotilla serta teknik penyediaan stok tanaman teratai seterusnya membuka peluang untuk peserta untuk mengkomersialkan penanaman teratai ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Kempen Moh Makan Secara Sihat

Pada 7 Disember 2021 yang lalu bertempat di Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Tasik Cini JHEOA (SKTC), Pekan Pahang, Pusat Penyelidikan Tasik Chini meneruskan Kempen Moh Makan Secara Sihat dengan memberikan penerangan ringkas dari kelas ke kelas mengenai pemakanan sihat dan kurang sihat serta memperkenalkan Pinggan Sihat Malaysia kepada murid-murid sekolah tersebut.
Kempen Moh Makan Secara Sihat ini di taja oleh Kerry Ingredients (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang. Tujuan utama penganjuran program ini adalah sebagai menyokong dasar SDG negara yang kedua iaitu Zero Hunger dengan mencapai keselamatan makanan dan pemakanan yang lebih baik, dan menggalakkan pertanian mampan.
Program pada hari tersebut merupakan program kedua daripada Kempen Moh Makan Secara Sihat yang telah pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini laksanakan dimana pada program yang sebelumnya telah diadakan penyerahan dulang makanan untuk kegunaan pelajar-pelajar SK Tasik Cini yang mempromosikan makanan sihat dan seimbang.

Diharap pihak-pihak lain dapat bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini untuk meningkatkan lagi kelestarian dan kualiti hidup komuniti di Tasik Chini.

Lawatan Akademik Politeknik METro Kuantan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar kelas DUP5 A & DUP5 B daripada Politeknik METrO Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang datang ke Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app untuk program lawatan akademik PMKu pada 27-28 November 2021 yang lalu.

Dua (2) orang pelajar Politeknik METrO Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sedang menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Video berikut dihasilkan oleh mereka berdua.

Ribuan terima kasih kerana memilih untuk mengadakan program di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, 每日大赛app.

Pelepasan 10,000 ekor benih ikan Lampam Sungai ke perairan Tasik Chini

Pelepasan 10,000 ekor benih ikan Lampam Sungai ke perairan Tasik Chini, Pekan untuk meningkatkan stok ikan dan memulihara sumber perikanan di perairan tasik tersebut.
Pelepasan benih ikan ini dihadiri oleh En. Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Ketua Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Ketua Daerah Perikanan Pekan dan Pegawai Pusat Penyelidikan Tasik Chini, 每日大赛app.
Sebanyak 10,000 ekor benih ikan Lampam Sungai turut dilepaskan di perairan Sungai Pahang, Kampung Batu Balik, Pekan. Diharapkan ianya dapat memberikan manfaat secara langsung kepada komuniti nelayan setempat.

Sukarelawan Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK)

Kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app (PPTC ) dan ahli Kelab Kebajikan dan Kelestarian Tasik Chini menjadi sukarelawan untuk program vaksinasi PICK bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 pada 1 dan 2 Julai 2021 lepas.

Terima kasih dan tahniah kepada penduduk Chini yang hadir untuk mengambil vaksin dos pertama.

Misi Bantuan Banjir Bersama YB

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app bersama-sama membantu ADUN Chini, YB En Mohd Sharim MD ZAIN dalam misi menghantar barang keperluan harian kepada penduduk OA Kg Tanjung Puput, Kg Chendahan dan juga Kg Melai yang terputus hubungan akibat peningkatan air tasik di Tasik Chini.

En Mohd Sharim juga turut sempat menyantuni penduduk OA sebelum bergerak ke misi bantuan yang lain pula.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app akan sentiasa memantau keadaan semasa perubahan air di Tasik Chini semasa musim banjir ini.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:听03-8911 8515听| Faks:听03-8911 8516
Emel:听pghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my听听

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Social Media

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

漏 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app