

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institute for Global Strategy and Competitiveness (IGSC), Sunway University yang diketuai oleh Prof. Pervaiz K. Ahmed (Director) dan Prof. Santha Vaithilingam (Deputy Director) bersama pasukan penyelidik kanan dan penganalisis penyelidikan.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai keunikan ekosistem Tasik Chini serta warisan budaya komuniti Orang Asli Jakun. Antara pengisian utama program termasuk:
饾懛饾拞饾拸饾拡饾拞饾拸饾拏饾拲饾拏饾拸 饾懍饾挄饾拸饾拹饾拡饾挀饾拏饾拠饾拪 饾懚饾挀饾拏饾拸饾拡 饾懆饾挃饾拲饾拪 饾懕饾拏饾拰饾挅饾拸:
Memberi pendedahan tentang budaya, adat resam, serta cabaran komuniti dalam mempertahankan kelangsungan hidup mereka.
饾懍饾拰饾挃饾拺饾拲饾拹饾挀饾拏饾挃饾拪 饾懐饾挅饾挄饾拏饾拸:
Sesi eksplorasi berpandu mendalami keunikan biodiversiti dan memahami kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem hutan.
饾懛饾拞饾拵饾拏饾拤饾拏饾拵饾拏饾拸 饾懍饾拰饾拹饾拲饾拹饾拡饾拪 饾懟饾拏饾挃饾拪饾拰 饾應饾拤饾拪饾拸饾拪:
Penerangan mengenai kepentingan ekologi tasik, isu pencemaran, kemerosotan habitat, dan inisiatif pemuliharaan yang sedang dilaksanakan.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memahami cabaran semasa, termasuk kemerosotan alam sekitar akibat pembalakan, perlombongan, serta perubahan sosio-ekonomi yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Orang Asli Jakun.
Lawatan ini turut menyokong pencapaian beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), antaranya:
SDG 4: Pendidikan Berkualiti 鈥 Menyediakan pengalaman pembelajaran secara langsung tentang alam sekitar dan budaya.
SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan 鈥 Menyoroti usaha melestarikan budaya komuniti Orang Asli dalam persekitaran moden.
SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim 鈥 Meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim terhadap ekosistem semula jadi.
SDG 15: Kehidupan di Daratan 鈥 Menekankan kepentingan memelihara biodiversiti dan habitat hutan.
PPTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IGSC, Sunway University atas kepercayaan yang diberikan, dan berharap lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam bidang pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti di masa hadapan.
听听听听听听听
听
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:听03-8911 8515听| Faks:听03-8911 8516
Emel:听pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my听听
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
漏 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app