Mohd Radzi – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-ÿմapp /pptc Universiti Kebangsaan Malaysia Tue, 03 Jun 2025 00:50:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 PPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI ‘JAKUN’ /pptc/pptc-perkasa-teknologi-tradisional-orang-asli-jakun/ /pptc/pptc-perkasa-teknologi-tradisional-orang-asli-jakun/#respond Fri, 11 Oct 2024 04:51:00 +0000 /pptc/?p=10657

PPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI ‘JAKUN’

Oleh : Fansurina Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2024 : Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) memfokuskan kepada pemerkasaan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Jakun dengan mengetengahkan teknologi tradisional dalam penghasilan produk berasaskan sumber hutan.

Ketua Makmal PPTC, Profesor Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya berkata, menerusi Projek Kraf Orang Asli Eco-Forestry, beberapa produk berasaskan sumber hutan menggunakan amalan tradisional Orang Asli dapat dimanfaatkan menerusi pengetahuan mendalam mereka tentang hutan untuk mengumpul bahan seperti kayu, buluh, dan rotan secara mesra alam.

“Usaha ini amat penting kerana yang pertamanya dapat menghasilkan satu produk baru untuk Tasik Chini Biosphere Reserve terutama sekali memperkasakan sosioekonomi Orang Asli.

“Kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak yang ingin sama-sama memperkenalkan seni Orang Asli ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pameran bersempena International Greentech And Eco Products Exhibition And Conference Malaysia (IGEM) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula Rabu lepas.

Beliau berkata, pemeliharaan kemahiran budaya Orang Asli dalam menghasilkan barangan seperti ukiran peralatan sambil memberikan pemberdayaan ekonomi melalui penjualan produk mesra alam berkualiti tinggi kepada pasaran tempatan dan global.

Jelasnya, pendekatan ini memastikan mata pencarian yang mampan, melindungi persekitaran mereka, dan mengukuhkan warisan budaya mereka, sambil menawarkan peluang pendapatan dan akses pasaran yang baru.

Pada IGEM 2024, tujuh agensi sebagai pempamer telah turut serta iaitu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), UMPSA Holdings Sdn Bhd, Cenergi Sea Berhad, Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Perbadanan Taman Negeri Pahang dan PlanMalaysia Pahang.

Pada penyertaan kali pertama pada 2023, Pahang telah dinobatkan sebagai juara bagi anugerah States Innovation Awards. – PAHANGMEDIA

]]>
/pptc/pptc-perkasa-teknologi-tradisional-orang-asli-jakun/feed/ 0
WIRAWATI TASIK CHINI /pptc/wirawati-tasik-chini/ Tue, 02 Jul 2024 00:41:00 +0000 /pptc/?p=10745

WIRAWATI TASIK CHINI

TASIK Chini yang terkenal dengan lagenda ‘Naga Sri Gumum,’ seolah-olah menggamit kehadiran Pegawai Penyelidik, Nur Amelia Abas, 43, datang mencurah ilmu untuk melakukan kajian dalam pelbagai bidang yang diperlukan.Selain melakukan kajian membabitkan flora dan fauna serta tumbuhan akuatik, kualiti air termasuk hidupan liar, tumpuan juga diberikan terhadap sosioekonomi masyarakat Orang Asli setempat.

Nur Amelia berkata, dia mula mengenali Tasik Chini sejak 24 tahun lalu selepas mengikuti program ekspedisi saintifik Tasik Chini ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp).

Menurutnya, selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Sekitaran, dia ditawarkan berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Fakulti Sains dan Teknologi ÿմapp pada 2008.

“Bak ungkapan Melayu ‘Orang mengantuk disorongkan bantal,’ minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan mula diterjemahkan di Tasik Chini yang sememangnya memiliki pelbagai keunikan untuk terus diteroka dan dikongsi hasil penemuan dengan masyarakat.

"Sejak di bangku sekolah saya memang meminati bidang penyelidikan dan hari ini saya berpuas hati dan berbangga menjadi individu yang ditugaskan untuk melakukan kajian dalam pelbagai bidang diperlukan,"

Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, pada peringkat awal menetap di PPTC yang terletak dalam hutan dan beberapa meter dari Tasik Chini, dia agak sukar menerimanya namun selepas beberapa bulan timbul rasa seronok dan gembira dengan suasana persekitaran bertemankan unggas dan hutan semula jadi.

Nur Amelia berkata, selain melakukan kajian dia juga turut terbabit dalam aktiviti mempromosi Tasik Chini sebagai produk pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri.

“Terdapat 12 tasik atau laut seperti Gumum, Balai, Chenahan, Jerangking, Tengkok, Mempitih, Kenawar, Geraham Buaya, Serodong, Batu Busuk, Labuh, Jemberai. Malah terdapat juga beberapa pulau kecil seperti Pulau Kura-kura, Pulau Balai, Pulau Bangau, Pulau Besar dan Permatang Badak,” katanya.

Katanya, Tasik Chini juga terletak hampir dengan Sungai Pahang dan apabila musim tengkujuh paras air Tasik Chini meningkat. Faktor berkenaan juga menyebabkan kejadian banjir.

“Selepas 16 tahun berkhidmat di PPTC pengalaman paling manis dapat dilakar apabila berjaya membantu kerajaan Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu.

“Saya salah seorang dalam pasukan yang bertanggungjawab menyediakan laporan secara berkala membabitkan pelbagai aspek dalam memastikan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini dapat terus kekal sekali gus mengharumkan nama Pahang seterusnya negara ini.

“Sebagai penyelidik, tiada yang lebih bermakna melainkan dapat meletakkan Tasik Chini pada landasan sebenar dan dinobat sebagai khazanah negara begitu bernilai yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Nur Amelia yang mendapat sokongan suami, Mohd Radzi Ab Rahim, 43, kini bertugas sebumbung dengannya menambah, tugasnya turut memerlukan beliau terbabit membantu masyarakat Orang Asli menambahkan sumber pendapatan termasuk memberi latihan. Katanya, sebahagian golongan dewasa Orang Asli di beberapa kampung di kawasan Tasik Chini dikenalinya. Dari masa ke masa, perjumpaan diadakan sebagai bukti keprihatinan PPTC pada masyarakat pribumi itu yang terlebih dahulu menetap di sini.

Menurutnya, menaiki bot antara aktiviti yang dilakukan dalam Tasik Chini untuk melihat tumbuhan rumpai air termasuk pokok teratai. Tinjauan turut membabitkan hidupan air seperti ikan yang menjadi sumber makanan Orang Asli terutama suku kaum Jakun.

“Sebagai pegawai penyelidik dan pengurus PPTC saya bertuah mendapat sokongan daripada tujuh kakitangan, kami bekerja dalam satu kumpulan memikul setiap tanggungjawab yang diamanahkan walaupun terpaksa tinggal jauh dari dunia luar.

“Setiap bulan kami juga menerima kehadiran lebih 100 pengunjung dalam dan luar negeri yang datang untuk menjalankan aktiviti berkaitan alam sekitar, melihat galeri selain berjalan di atas laluan menuju ke kawasan tasik selain menaiki bot mengelilingi Tasik Chini seterusnya singgah di kampung Orang Asli,” katanya.

Beliau akui puas apabila terbabit dalam aktiviti konservasi, sokongan, logistik dan pembangunan ekonomi Orang Asli secara lestari. Kini PPTC turut menjadi tumpuan golongan kenamaan yang datang untuk berehat sambil melihat suasana hutan.

“Tasik Chini perlu terus dipelihara bagi memastikan khazanah negara itu tidak terus lenyap dalam peta negara,” katanya yang pernah bertemu dengan ular besar dan ikan toman ketika meninjau persekitaran Tasik Chini.

Beliau juga turut terbabit menyelaras aktiviti penyelidikan dalam pelbagai bidang yang dilakukan beberapa universiti tempatan dan luar negara.

]]>
Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan /pptc/tasik-chini-tawar-pelancongan-berasaskan-pendidikan/ /pptc/tasik-chini-tawar-pelancongan-berasaskan-pendidikan/#respond Mon, 24 Jun 2024 02:17:00 +0000 /pptc/?p=10702

PPTC PERKASA TEKNOLOGI TRADISIONAL ORANG ASLI ‘JAKUN’

PEKAN: Destinasi pelancongan alam semula jadi Tasik Chini di sini yang terjejas suatu ketika dahulu kini sedia menerima lebih ramai pengunjung menerusi penawaran pakej pelancongan berasaskan pendidikan (edu-tourism).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.

Di samping pelaksanaan pelan pembangunan Tasik Chini yang dijangka siap pada Oktober, beliau berkata promosi pelancongan berasaskan pendidikan ini dilaksanakan bagi mengembalikan kegemilangan Tasik Chini yang pernah popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

“Pengunjung boleh mendapatkan kemudahan disediakan di sini menerusi pakej dan aktiviti berasaskan pendidikan. Kita galakkan pihak universiti dan sekolah adakan program di sini untuk belajar tentang alam semula jadi dan melihat keunikan yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Libat Urus: Penyediaan Pelan Pembangunan Pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera anjuran Perbadanan Taman Negeri Pahang yang disertai 18 agensi dan empat perkampungan Orang Asli di PPTC di sini semalam.
Antara aktiviti tersedia termasuk pengunjung akan didedahkan dengan gaya hidup dan budaya orang asal, alam semula jadi seperti tumbuhan serta haiwan sekitar pusat pelancongan itu selain pengetahuan mengenai pengurusan dan keselamatan dalam air.
Leong berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk merancakkan lagi destinasi pelancongan berkenaan antara lain dilihat dapat membantu menjana pendapatan penduduk setempat.
— BERNAMA
]]>
/pptc/tasik-chini-tawar-pelancongan-berasaskan-pendidikan/feed/ 0
TASUK CHINI TAWAR PELANCONGAN BERASASKAN PENDIDIKAN /pptc/tasuk-chini-tawar-pelancongan-berasaskan-pendidikan/ /pptc/tasuk-chini-tawar-pelancongan-berasaskan-pendidikan/#respond Sun, 23 Jun 2024 01:12:00 +0000 /pptc/?p=10760

TASIK CHINI TAWAR PELANCONGAN BERASASKAN PENDIDIKAN

PEKAN, 23 Jun (Bernama) — Destinasi pelancongan alam semula jadi Tasik Chini di sini yang terjejas suatu ketika dahulu kini sedia menerima lebih ramai pengunjung menerusi penawaran pakej pelancongan berasaskan pendidikan (edu-tourism).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti. 

Di samping pelaksanaan pelan pembangunan Tasik Chini yang dijangka siap pada Oktober, beliau berkata promosi pelancongan berasaskan pendidikan ini dilaksanakan bagi mengembalikan kegemilangan Tasik Chini yang pernah popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. 

]]>
/pptc/tasuk-chini-tawar-pelancongan-berasaskan-pendidikan/feed/ 0
TASIK CHINI SEDIA TERIMA KUNJUNGAN PELANCONG /pptc/tasik-chini-sedia-terima-kunjungan-pelancong/ /pptc/tasik-chini-sedia-terima-kunjungan-pelancong/#respond Sun, 23 Jun 2024 00:56:00 +0000 /pptc/?p=10754

Tasik Chini sedia terima kunjungan pelancong

PEKAN – Tasik Chini bersedia sepenuhnya menerima kehadiran pelancong luar dan dalam negara selepas pelbagai kemudahan disediakan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) termasuk pelancongan berasaskan pendidikan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, langkah itu dilihat dapat mengembalikan semula kegemilangan pusat pelancongan terbabit.

'Kita juga menggalakkan pihak universiti, institut pengajian dan sekolah mengadakan rombongan ke Tasik Chini. Pelajar, murid dapat mempelajari khususnya tentang alam sekitar serta keunikan di sini (Tasik Chini).

“Jadi, antara aktiviti yang tersedia ialah pengunjung akan didedahkan dengan gaya hidup, budaya orang asal, alam semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan di sekitar pusat pelancongan itu selain pengetahuan mengenai pengurusan serta keselamatan dalam air,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan program sesi libat urus penyediaan pelan pembangunan pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera di Pusat Penyelidikan Tasik Chini di sini pada Ahad.

Mengulas penyediaan pembangunan pelan terbabit, Yu Man berkata, tindakan termasuk jangka masa pendek dan panjang perlu dilaksanakan segera bagi menghidupkan semula Tasik Chini.

Tambahnya, sebanyak 18 agensi dan empat wakil dari perkampungan Orang Asli terlibat dalam perbincangan terbabit yang memfokuskan kepada canaran serta isu dihadapi untuk membangunkan semula Tasik Chini.

Yu Man memberitahu pelan pembangunan pengurusan ini akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober.

“Walaupun pelan ini siap pada bulan Oktober, tetapi masa ini, kita sudah boleh melakukan sesuatu untuk mengembalikan imej atau persepsi (Tasik Chini), tapi ia memerlukan masa lama membetulkan persepsi tasik ini.

“Jadi, kita mengharapkan rakan media dapat membantu dari segi ini sama ada melalui siaran akhbar atau media sosial termasuk travel pelancong dalam aspek promosi,” ujarnya.

Selain itu, Yu Man turut meminta pihak Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) memainkan peranan selain mengharapkan kerjasama komuniti setempat untuk mempromosikan Tasik Chini.

]]>
/pptc/tasik-chini-sedia-terima-kunjungan-pelancong/feed/ 0
PPTC KONSISTEN MEMELIHARA KELESTARIAN ALAM SEKITAR TASIK CHINI /pptc/pptc-konsisten-memelihara-kelestarian-alam-sekitar-tasik-chini/ /pptc/pptc-konsisten-memelihara-kelestarian-alam-sekitar-tasik-chini/#respond Sun, 13 Jun 2021 07:24:00 +0000 /pptc/?p=10790

PPTC KONSISTEN MEMELIHARA KELESTARIAN ALAM SEKITAR TASIK CHINI

KUANTAN, 13 JUN 2021: Kerajaan Pahang bersama Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) pada 2004 sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian alam sekitar Tasik Chini.

Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini menerusi satu laporan menjelaskan Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) di bawah Program ‘Man and Biosphere UNESCO’ telah diiktiraf pada Mei 2009 sebagai kawasan Rizab Biosfera pertama di Malaysia berlandaskan tiga teras utama iaitu pemuliharaan daripada aspek ekosistem, landskap, spesies dan kepelbagaian genetik; sokongan logistik termasuklah aktiviti penyelidikan, pemonitoran dan pembelajaran serta pembangunan yang merujuk kepada pembangunan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.

Beliau berkata, bagi menyokong dan menjayakan ketiga-tiga teras utama ini, TCRB dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Peralihan yang merupakan kawasan-kawasan yang mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza.

“Penubuhan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) adalah khusus untuk menjalankan penyelidikan, pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat pengurusan tasik secara bersepadu,” katanya menerusi laporan tersebut.

Beliau juga berkata, Kerajaan Pahang memperuntukkan tanah seluas 8.1 hektar (20 ekar) di pinggir Tasik Chini yang dijadikan makmal alami (living laboratory) bagi menjalankan penyelidikan dan pembelajaran selain membantu Kerajaan Pahang dalam usaha-usaha pemuliharaan, pemeliharaan serta kelestarian Tasik Chini.

Menurutnya, hubungan antara Kerajaan Pahang dan ÿմapp dengan penubuhan PPTC sejajar dengan keperluan pelaksanaan dasar-dasar yang terkandung di bawah Rancangan Struktur Negeri Pahang (2050) dan Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini (2018) ke arah pembangunan mampan dan pemuliharaan Tasik Chini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

“ÿմapp melalui PPTC memberi komitmen tinggi kepada Kerajaan Pahang dalam bentuk penyediaan kepakaran dan kewangan demi usaha pemuliharaan melalui penyediaan Pelan Perlaksanaan Strategik bersama-sama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang digunakan dalam Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini.

“Selain itu, pembinaan stesen ‘real-time monitoring’ ke atas kualiti air di sungai-sungai pembekal di Tasik Chini, dapat membantu dalam aspek pemantauan kualiti air dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau juga berkata, beberapa projek pemuliharaan yang dijalankan bersama-sama agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Pahang serta Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM).

Menurutnya, antara projek pemuliharaan ini termasuklah aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri ikan serta pelepasan ikan bagi penambahan sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Sungai Chini, pemuliharaan teratai serta latihan dan kesedaran alam sekitar kepada komuniti tempatan.

“Penyelidikan translasi juga dilaksanakan dengan menyumbang semula hasil dapatan penyelidikan dalam bentuk program kesedaran, modul pembelajaran dan latihan kepada masyarakat tempatan untuk membantu membangunkan status sosioekonomi dan taraf pendidikan mereka khususnya masyarakat Orang Asli yang mendiami sekitar Tasik Chini di Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Cendahan dan Kampung Tanjung Puput.

“Menerusi usaha-usaha ini telah berjaya mengekalkan kelestarian alam sekitar dan kebudayaan di sebahagian besar kawasan Tasik Chini, dan akan diteruskan bagi memastikan keseluruhan kawasan Tasik Chini terus dipulihara dan terpelihara alam sekitarnya,” katanya.-PAHANGMEDIA

]]>
/pptc/pptc-konsisten-memelihara-kelestarian-alam-sekitar-tasik-chini/feed/ 0
Pahang melalui PPTC komited mengekalkan kelestarian Tasik Chini /pptc/pahang-melalui-pptc-komited-mengekalkan-kelestarian-tasik-chini/ /pptc/pahang-melalui-pptc-komited-mengekalkan-kelestarian-tasik-chini/#respond Sun, 13 Jun 2021 04:14:00 +0000 /pptc/?p=10775

Pahang melalui PPTC komited mengekalkan kelestarian Tasik Chini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang komited dalam usaha memulihara, memelihara dan mengekalkan kelestarian alam Tasik Chini, Pekan dengan memperuntukkan tanah seluas 8.1 hektar di kawasan berkenaan untuk dijadikan makmal alami bagi menjalankan penyelidikan dan proses pembelajaran.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dalam kenyataannya memaklumkan, kerajaan negeri berkerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) menubuhkan PPTC bagi keperluan pelaksanaan dasar di bawah Rancangan Struktur Negeri Pahang (2050) dan Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini (2018) ke arah pembangunan mampan serta pemuliharaan tasik itu sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

“Dengan adanya PPTC di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) ÿմapp ini, pelbagai penyelidikan dapat dijalankan termasuk pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat pengurusan tasik secara bersepadu.

“Selain itu, penyelidikan translasi dilaksanakan dengan menyumbang semula hasil dapatan penyelidikan dalam bentuk program kesedaran, modul pembelajaran dan latihan kepada masyarakat tempatan.

“Usaha tersebut bertujuan membantu membangunkan status sosioekonomi dan taraf pendidikan khususnya masyarakat Orang Asli yang mendiami sekitar Tasik Chini seperti di Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Cendahan dan Kampung Tanjung Puput,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, usaha kerajaan negeri berjaya mengekalkan kelestarian alam sekitar dan kebudayaan di sebahagian besar kawasan Tasik Chini, sekali gus diteruskan bagi memastikan keseluruhan kawasan Tasik Chini terus dipulihara dan terpelihara alam sekitarnya.

“Pembinaan stesen ‘real-time monitoring’ ke atas kualiti air di sungai-sungai pembekal di Tasik Chini juga membantu dalam aspek pemantauan kualiti air dengan lebih berkesan.

“Beberapa projek pemuliharaan yang dijalankan bersama-sama agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang serta Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM).

“Antara aspek dilaksanakan ialah aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri ikan serta pelepasan ikan bagi penambahan sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Sungai Chini, pemuliharaan teratai serta latihan dan kesedaran alam sekitar kepada komuniti tempatan,” katanya.

Sementara itu, ÿմapp melalui PPTC telah memberi komitmen tinggi kepada kerajaan negeri bukan sahaja penyediaan kepakaran dan kewangan termasuk usaha pemuliharaan melalui penyediaan Pelan Perlaksanaan Strategik bersama-sama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang digunakan dalam Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini. – UTUSAN ONLINE

]]>
/pptc/pahang-melalui-pptc-komited-mengekalkan-kelestarian-tasik-chini/feed/ 0
Pahang ambil langkah wartakan Tasik Chini sebagai Taman Negeri /pptc/pahang-ambil-langkah-wartakan-tasik-chini-sebagai-taman-negeri/ /pptc/pahang-ambil-langkah-wartakan-tasik-chini-sebagai-taman-negeri/#respond Sat, 07 Nov 2020 04:18:00 +0000 /pptc/?p=10781

Pahang ambil langkah wartakan TASIK CHINI sebagai Taman Negeri

PEKAN, 7 Nov — Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil langkah untuk mewartakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini di sini, sebagai sebuah taman negeri yang baharu dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung. 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, menurut Mohd Sharkar juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara. 

]]>
/pptc/pahang-ambil-langkah-wartakan-tasik-chini-sebagai-taman-negeri/feed/ 0
Kerajaan sedia bangun lebih banyak pusat Internet di kawasan Orang Asli /pptc/kerajaan-sedia-bangun-lebih-banyak-pusat-internet-di-kawasan-orang-asli/ /pptc/kerajaan-sedia-bangun-lebih-banyak-pusat-internet-di-kawasan-orang-asli/#respond Sun, 21 Oct 2018 03:28:00 +0000 /pptc/?p=10766

Kerajaan sedia bangun lebih banyak pusat Internet di kawasan Orang Asli

PEKAN:Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersedia untuk memperbanyakkan lagi kemudahan pusat Internet di kawasan yang didiami oleh masyarakat Orang Asli, dalam usaha mendedahkan komuniti itu dengan kemudahan teknologi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata ia selaras dengan sasaran kerajaan yang mahu memastikan lebih 95 peratus kawasan berpenduduk di negara ini menerima perkhidmatan jalur lebar termasuk di kawasan pedalaman.

“Pusat Internet ini penting dan signifikasi dengan keperluan semasa dan kerajaan mahu masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan bersama-sama menikmati kemudahan itu selain bersaing dalam ekonomi digital untuk memasarkan produk-produk mereka.

“Melalui pendedahan teknologi ini, mereka akan dapat melakukannya (memasarkan produk) dengan lebih efisien dan mudah termasuk ke luar negara yang sekali gus dapat menjana ekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sri Gumum Cyber Cube dan Penanaman Semula Pokok di Tasik Chini Rizab Biosfera UNESCO di Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) di sini semalam.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Korporat Celcom Axiata Berhad Zuraida Jamaluddin, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi ÿմapp Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Penyelidik Tasik Chini Fakulti Sains dan Teknologi ÿմapp Datuk Seri Dr Mushrifah Idris.

Menurutnya, langkah Celcom dengan kerjasama ÿմapp mewujudkan pusat Internet Sri Gumum Cyber Cube yang dilengkapi dengan kemudahan Internet 4G dan komputer, adalah satu daripada langkah yang harus dipuji kerana ia memperkasakan lagi masyarakat Orang Asli Jakun di kawasan Tasik Chini.

“Menerusi kemudahan ini juga, masyarakat Orang Asli di sini dapat memasarkan produk mereka di pasar raya digital menerusi portal ‘PribumiMall’ yang telah dibangunkan khas oleh Celcom dengan kerjasama 11Street,” katanya.

Dalam masa yang sama, program penanaman 1,000 batang pokok hutan dan buah-buahan di pusat penyelidikan itu dan Kampung Orang Asli Tasik Chini dapat menghijaukan kembali zon teras Rezab Biosfera Tasik Chini.

Katanya walaupun kerajaan meletakkan pergantungan ekonomi dalam kepelbagaian sektor, namun peranan alam sekitar sebagai sumber asli dan keseimbangan ekologi tetap dititikberatkan. — Bernama

]]>
/pptc/kerajaan-sedia-bangun-lebih-banyak-pusat-internet-di-kawasan-orang-asli/feed/ 0