每日大赛app

loader image

PPTC KONSISTEN MEMELIHARA KELESTARIAN ALAM SEKITAR TASIK CHINI

KUANTAN, 13 JUN 2021: Kerajaan Pahang bersama Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang ditubuhkan di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) pada 2004 sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian alam sekitar Tasik Chini.

Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini menerusi satu laporan menjelaskan Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) di bawah Program 鈥楳an and Biosphere UNESCO鈥 telah diiktiraf pada Mei 2009 sebagai kawasan Rizab Biosfera pertama di Malaysia berlandaskan tiga teras utama iaitu pemuliharaan daripada aspek ekosistem, landskap, spesies dan kepelbagaian genetik; sokongan logistik termasuklah aktiviti penyelidikan, pemonitoran dan pembelajaran serta pembangunan yang merujuk kepada pembangunan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.

Beliau berkata, bagi menyokong dan menjayakan ketiga-tiga teras utama ini, TCRB dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Peralihan yang merupakan kawasan-kawasan yang mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza.

鈥淧enubuhan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) adalah khusus untuk menjalankan penyelidikan, pengajaran, kerja lapangan, kesedaran alam sekitar dan penyebaran maklumat pengurusan tasik secara bersepadu,鈥 katanya menerusi laporan tersebut.

Beliau juga berkata, Kerajaan Pahang memperuntukkan tanah seluas 8.1 hektar (20 ekar) di pinggir Tasik Chini yang dijadikan makmal alami (living laboratory) bagi menjalankan penyelidikan dan pembelajaran selain membantu Kerajaan Pahang dalam usaha-usaha pemuliharaan, pemeliharaan serta kelestarian Tasik Chini.

Menurutnya, hubungan antara Kerajaan Pahang dan 每日大赛app dengan penubuhan PPTC sejajar dengan keperluan pelaksanaan dasar-dasar yang terkandung di bawah Rancangan Struktur Negeri Pahang (2050) dan Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini (2018) ke arah pembangunan mampan dan pemuliharaan Tasik Chini sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

鈥溍咳沾笕黙pp melalui PPTC memberi komitmen tinggi kepada Kerajaan Pahang dalam bentuk penyediaan kepakaran dan kewangan demi usaha pemuliharaan melalui penyediaan Pelan Perlaksanaan Strategik bersama-sama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang digunakan dalam Rancangan Khas Kawasan Tasik Chini.

鈥淪elain itu, pembinaan stesen 鈥榬eal-time monitoring鈥 ke atas kualiti air di sungai-sungai pembekal di Tasik Chini, dapat membantu dalam aspek pemantauan kualiti air dengan lebih berkesan,鈥 katanya.

Beliau juga berkata, beberapa projek pemuliharaan yang dijalankan bersama-sama agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Pahang serta Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM).

Menurutnya, antara projek pemuliharaan ini termasuklah aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri ikan serta pelepasan ikan bagi penambahan sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Sungai Chini, pemuliharaan teratai serta latihan dan kesedaran alam sekitar kepada komuniti tempatan.

鈥淧enyelidikan translasi juga dilaksanakan dengan menyumbang semula hasil dapatan penyelidikan dalam bentuk program kesedaran, modul pembelajaran dan latihan kepada masyarakat tempatan untuk membantu membangunkan status sosioekonomi dan taraf pendidikan mereka khususnya masyarakat Orang Asli yang mendiami sekitar Tasik Chini di Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Cendahan dan Kampung Tanjung Puput.

鈥淢enerusi usaha-usaha ini telah berjaya mengekalkan kelestarian alam sekitar dan kebudayaan di sebahagian besar kawasan Tasik Chini, dan akan diteruskan bagi memastikan keseluruhan kawasan Tasik Chini terus dipulihara dan terpelihara alam sekitarnya,鈥 katanya.-PAHANGMEDIA

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:聽03-8911 8515聽| Faks:聽03-8911 8516
贰尘别濒:听辫驳丑补濒补蹿蔼耻办尘.别诲耻.尘测

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my聽聽

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Social Media

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

漏 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app