Aktiviti – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app /pptc Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 23 Feb 2026 02:31:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 PROGRAM YOSH LEADER CAMP /pptc/program-yosh-leader-camp/ Mon, 16 Feb 2026 02:20:14 +0000 /pptc/?p=11191

PROGRAM YOSH LEADER CAMP

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menjadi lokasi penganjuran Program YOSH (Youth of Strength Happiness) Leader Camp yang melibatkan penyertaan seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia berumur 16 tahun ke atas serta 15 orang urus setia. Program ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu dari 14 hingga 15 Februari 2026. YOSH merupakan sebuah program pembangunan belia yang dianjurkan oleh MyFundAction, sebuah unit sukarelawan yang aktif dalam memperkasa potensi golongan muda melalui pelbagai inisiatif pembangunan diri dan kepimpinan.

Program ini memberi peluang kepada para peserta mengikuti aktiviti pembangunan diri berasaskan cabaran yang selari dengan objektif program, iaitu membangunkan kemahiran kepimpinan yang berteraskan kecerdasan spiritual, emosi dan sosial. Program ini turut bertujuan memperkukuh rasa tanggungjawab serta semangat kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Melalui pengisian dan aktiviti yang dirangka, program ini juga memberi inspirasi kepada golongan belia untuk memimpin perubahan positif di kampus dan komuniti masing-masing, sekali gus mewujudkan rangkaian sokongan yang kukuh dalam kalangan bakal pemimpin muda.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tentatif yang dirancang. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuklah aktiviti berkayak serta eksplorasi denai di sekitar denai PPTC. Program ini turut dibantu oleh kakitangan PPTC yang terlibat secara langsung bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.

PPTC merakamkan penghargaan kepada MyFundAction atas kerjasama dan kepercayaan memilih PPTC sebagai lokasi pelaksanaan program pembangunan diri ini. Diharapkan program seumpama ini akan terus mampu melahirkan generasi pemimpin muda yang berwibawa dan bertanggungjawab selaras dengan objektif program.

#PPTC #TasikChini #每日大赛app #MyFundAction #YOSHLeaderCamp #BeliaMalaysia #SDG4 #SDG14 #SDG15 #SDG17 #Leadership #YouthPower #ALAF每日大赛app #UniversitiWatanKita #每日大赛appSharing

]]>
LAWATAN GOHEK鈥橲 (GROUP OF HEALING EXCLUSIVE SCOOTER) RIDER KE PPTC /pptc/lawatan-goheks-group-of-healing-exclusive-scooter-rider-ke-pptc/ Mon, 16 Feb 2026 01:47:32 +0000 /pptc/?p=11182

LAWATAN GOHEK鈥橲 (GROUP OF HEALING EXCLUSIVE SCOOTER) RIDER KE PPTC

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kunjungan daripada Gohek鈥檚 (Group of Healing Exclusive Scooter) Rider dari Terengganu yang disertai oleh seramai 25 orang peserta. Lawatan yang berlangsung pada 13 Februari 2026 (Jumaat) ini merupakan sebahagian daripada program jelajah yang dianjurkan oleh Gohek鈥檚 Rider bagi meneroka serta mengenali dengan lebih dekat keunikan alam semula jadi dan warisan biodiversiti di Tasik Chini.

Sepanjang lawatan ini, kakitangan PPTC telah membawa para peserta melawat Galeri PPTC bagi memberikan pendedahan mengenai Tasik Chini serta kepentingannya sebagai sebahagian daripada Rizab Biosfera Dunia, di samping berkongsi maklumat berkaitan sejarah Tasik Chini, mitos naga Tasik Chini serta kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Tasik Chini.

Selain itu, Gohek鈥檚 Rider turut mengambil Pakej Eksplorasi Ilmu @ PPTC: Eksplorasi Tasik Chini, di mana para peserta dibawa menaiki bot mengelilingi tasik sambil menikmati keindahan landskap semula jadi Tasik Chini serta didedahkan dengan penerangan mengenai ekosistem akuatik dan kepelbagaian biodiversiti tasik ini.

Pihak PPTC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Gohek鈥檚 Rider kerana memilih Tasik Chini sebagai destinasi lawatan serta atas sumbangan ikhlas berjumlah RM500 kepada Tabung Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam (ALAF-每日大赛app) sempena program ride eksplorasi Tasik Chini ini.

#PPTC #TasikChini #每日大赛app #GoheksRider #RizabBiosferaUNESCO #SDG4 #SDG15 #SDG17 #ALAF每日大赛app #LestariAlam

]]>
AKTIVITI PENSAMPELAN KUALITI AIR TASIK CHINI: KOLABORASI AKADEMIK DAN SOKONGAN OPERASI PPTC /pptc/aktiviti-pensampelan-kualiti-air-tasik-chini-kolaborasi-akademik-dan-sokongan-operasi-pptc/ Fri, 13 Feb 2026 03:19:44 +0000 /pptc/?p=11176

AKTIVITI PENSAMPELAN KUALITI AIR TASIK CHINI: KOLABORASI AKADEMIK DAN SOKONGAN OPERASI PPTC

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), di bawah pentadbiran ALAF-每日大赛app, terus memperkukuh fungsinya sebagai hab penyelidikan lapangan apabila menjadi lokasi pelaksanaan aktiviti pensampelan kualiti air yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aznan Fazli daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app). Aktiviti ini telah dijalankan pada 11 hingga 12 Februari 2026 bersama seorang Penolong Pegawai Sains serta dua orang pelajar sebagai sebahagian daripada komponen penyelidikan dan latihan akademik.

Kerja lapangan ini memberi tumpuan kepada pensampelan air dan sedimen di 12 stesen terpilih sekitar Tasik Chini bagi mendapatkan data representatif berkaitan parameter fizikal dan kimia air serta ciri sedimen. Data yang diperoleh akan menyumbang kepada analisis kualiti air dan pemantauan status ekosistem tasik secara berterusan.

Pelaksanaan aktiviti ini turut dibantu oleh Encik Izzat Emir bersama dua orang pelajar latihan industri PPTC dalam aspek penyediaan peralatan, penyelarasan logistik dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Sokongan operasi yang sistematik ini memastikan proses pengumpulan sampel dilaksanakan secara teratur, tepat dan menepati piawaian penyelidikan saintifik.

Sebagai tapak yang diiktiraf di bawah Program Man and the Biosphere (MAB), Tasik Chini memainkan peranan penting dalam menyokong penyelidikan berkaitan kelestarian sumber air dan biodiversiti. Aktiviti ini selaras dengan komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan oleh United Nations, khususnya:

  • SDG 6: Clean Water and Sanitation 鈥 melalui pemantauan dan pengurusan kualiti sumber air.
  • SDG 14: Life Below Water 鈥 dengan pemeliharaan ekosistem akuatik.
  • SDG 15: Life on Land 鈥 melalui perlindungan ekosistem daratan dan biodiversiti sekitar tasik.

Kolaborasi antara pihak akademik dan sokongan teknikal PPTC ini mencerminkan sinergi strategik dalam memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi, pembangunan kapasiti pelajar serta usaha pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu.

]]>
SESI LIBAT URUS KOMUNITI ORANG ASLI /pptc/sesi-libat-urus-komuniti-orang-asli/ Thu, 12 Feb 2026 03:10:43 +0000 /pptc/?p=11170

SESI LIBAT URUS KOMUNITI ORANG ASLI

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menerima kehadiran pasukan penyelidik daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azlan bin Abbas bagi menjalankan kajian berkaitan perubahan iklim serta strategi adaptasi komuniti Orang Asli terhadap pengurusan dan kelestarian hutan. Program ini telah berlangsung pada 8 hingga 10 Februari 2026 dengan penglibatan wakil Komuniti Orang Asli dari Kampung Melai dan Kampung Gumum.

Sesi libat urus ini bertujuan memahami pengalaman, pengetahuan serta bentuk adaptasi komuniti terhadap perubahan persekitaran dan iklim, termasuk strategi penyesuaian, amalan tradisional, mitos dan pantang larang ketika memasuki hutan, kaedah mengesan perubahan iklim serta mencari hasil hutan. Program ini turut diselitkan lawatan ke tapak semaian bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta aktiviti pembelajaran lapangan melalui eksplorasi Tasik Chini bagi memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan dan pengurusan hutan secara lestari.
Diharapkan program ini dapat memperkukuh usaha pemeliharaan, pengurusan dan kelestarian hutan khususnya di Tasik Chini secara mampan pada masa hadapan.
]]>
LAWATAN PELAJAR GENERASI MADANI DAERAH PEKAN KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI /pptc/lawatan-pelajar-generasi-madani-daerah-pekan-ke-pusat-penyelidikan-tasik-chini/ Fri, 05 Dec 2025 02:45:27 +0000 /pptc/?p=11163

LAWATAN PELAJAR GENERASI MADANI DAERAH PEKAN KE PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI

Pada 3 Disember 2025, Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan peserta Kem Generasi MADANI (Perkhemahan Siri 1 & Siri 2) di bawah Program Pembangunan Karakter Murid Generasi MADANI Fasa 3 Tahun 2025 Daerah Pekan. Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, dan melibatkan 30 murid serta lima guru pengiring.

Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami ekosistem Tasik Chini, peranan PPTC sebagai pusat rujukan saintifik, dan isu-isu berkaitan pemuliharaan alam sekitar. Murid turut mengikuti aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman yang merangkumi pemerhatian lapangan, pengumpulan maklumat, dan penerokaan hubungan antara manusia, komuniti dan alam sekitar. Pendekatan ini mengukuhkan kefahaman tentang tanggungjawab sosial serta kepentingan menjaga kelestarian alam.

Sepanjang sesi, peserta berpeluang berinteraksi dengan warga PPTC dan melihat secara dekat proses kerja penyelidikan yang dijalankan, sekali gus memupuk minat terhadap bidang sains, penyelidikan dan pemuliharaan. Pengisian lawatan turut merangkumi sesi temu bual bersama kakitangan PPTC serta kunjungan ke kawasan sekitar pusat penyelidikan seperti jeti, galeri dan makmal.

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran bermakna kepada murid, malah memperkasa nilai generasi MADANI melalui penerapan ilmu, akhlak dan kesedaran alam sekitar.
 
]]>
BENGKEL UKIRAN KAYU BANTU ORANG ASLI TASIK CHINI TINGKATKAN KEMAHIRAN /pptc/bengkel-ukiran-kayu-bantu-orang-asli-tasik-chini-tingkatkan-kemahiran/ Mon, 17 Nov 2025 07:01:57 +0000 /pptc/?p=11112

BENGKEL UKIRAN KAYU BANTU ORANG ASLI TASIK CHINI TINGKATKAN KEMAHIRAN

ALAF-每日大赛app melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah berjaya melaksanakan Program Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Kayu (Fasa 3) dari 12 hingga 15 November 2025 bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Program ini dijalankan di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Orang Asli Tasik Chini dan telah berjaya menarik minat kira-kira 13 peserta dari komuniti Orang Asli Tasik Chini, yang menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari kemahiran baharu serta mengasah bakat sedia ada dalam bidang pertukangan dan ukiran kayu.

Peserta dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang), yang memberikan pendedahan menyeluruh tentang asas ukiran kayu menggunakan blok kayu. Latihan termasuk memahami tekstur dan urat kayu, membuat lakaran awal, teknik ukiran tangan dan langkah keselamatan semasa bekerja. Melalui pendekatan pembelajaran berperingkat dari Fasa 1 hingga Fasa 3, peserta menunjukkan peningkatan keyakinan dan kualiti kerja yang jelas, terutamanya dalam penggunaan alat ukiran dan penyediaan produk akhir yang lebih halus.
Program ini turut dihadiri oleh Puan Zurainah Umor, Penolong Pengarah Kanan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang dan Encik Muhamad Syahmin Aiman Sahrir, Pengurus Makmal PPTC, yang memberikan sokongan serta dorongan kepada peserta sepanjang bengkel berlangsung.
PPTC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peserta, tenaga pengajar Kraftangan Pahang atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program. Diharapkan inisiatif sebegini akan terus memperkukuhkan pembangunan kemahiran dalam komuniti Orang Asli, memelihara warisan seni kraf kayu dan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak produk kraf tempatan yang bernilai serta kreatif.
]]>
BENGKEL MULTIMODAL MAPS (PERMAINAN BERASASKAN PEMETAAN ARC-GIS) DAN i-DOCS. – SIRI 1 /pptc/bengkel-multimodal-maps-permainan-berasaskan-pemetaan-arc-gis-dan-i-docs-siri-1/ Tue, 28 Oct 2025 01:32:00 +0000 /pptc/?p=11100

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK(F) CHINI 3 & 5 BERI PENGALAMAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERMAKNA

Bengkel Siri 1 鈥 Multimodal Maps (Permainan Berasaskan Pemetaan ArcGIS) dan i-Docs yang berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2025 telah menghimpunkan seramai 12 wakil Orang Asli Tasik Chini dalam sesi kolaboratif yang memfokuskan kepada pembangunan pemetaan multimodal dan penceritaan digital berasaskan pengetahuan komuniti.

Bengkel ini dilaksanakan melalui geran kerjasama antara Natural Resources Institute (NRI), University of Greenwich dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), 每日大赛app, bagi menghasilkan peta multimodal serta kandungan digital yang mencerminkan pengetahuan tradisional, pengalaman dan perspektif budaya masyarakat Orang Asli di sekitar Tasik Chini. Usaha ini bertujuan mengiktiraf pengetahuan komuniti, mendokumentasi tanda-tanda alam termasuk kesiapsiagaan banjir, serta meneroka medium kreatif seperti peta interaktif, i-docs dan permainan digital.

Bengkel dimulakan dengan pembentukan visi bersama melalui pengenalan kepada i-docs dan storymapping, diikuti perbincangan untuk mengenal pasti cerita, tanda alam, pengalaman dan pengetahuan penting yang ingin diketengahkan. Peserta meninjau bentuk hasil yang berpotensi seperti peta digital, permainan berasaskan pemetaan dan naratif interaktif, serta membincangkan prinsip etika penghasilan bersama dan cara tepat mewakili identiti serta pengetahuan komuniti.

Hari berikutnya memberi fokus kepada penggunaan alat rakaman dan kaedah pendokumentasian yang selamat dan beretika. Peserta membentuk kumpulan bertema untuk pengumpulan data dan pembangunan bahan kreatif. Aktiviti diteruskan dengan sesi berjalan deria (sensory walk) sebagai latihan praktikal untuk mengaplikasikan teknik yang dipelajari dan menilai unsur persekitaran yang relevan bagi penghasilan karya digital.

Melalui pendekatan kolaboratif ini, bengkel menghubungkan kepakaran teknologi moden dengan kearifan tempatan, membuka ruang bagi naratif dan suara komuniti Orang Asli untuk direkodkan dan dihargai dalam platform digital yang lebih luas.

#pptc
#pptcukm
#alafukm
#UniversitiWatanKita
#OrangAsliTasikChini
#MultimodalMaps
#ArcGIS
#iDocs
#DigitalStorytelling
#CoCreation
#GreenwichUniversity

]]>
每日大赛app ANGKAT WARISAN DAN KELESTARIAN DI FESTIVAL PULARA 2025 /pptc/ukm-angkat-warisan-dan-kelestarian-di-festival-pulara-2025/ Mon, 27 Oct 2025 03:31:00 +0000 /pptc/?p=11106

每日大赛app ANGKAT WARISAN DAN KELESTARIAN DI FESTIVAL PULARA 2025

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa ke-11 (PULARA) menutup tirainya malam tadi dengan penuh warna budaya dan semangat kebangsaan.

Penyertaan 每日大赛app yang diwakili oleh Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app) dengan kerjasama strategik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) memperlihatkan gabungan kekuatan dalam bidang penyelidikan kelestarian, warisan dan kebudayaan Melayu.
Reruai pameran 每日大赛app di festival PULARA menerima kunjungan istimewa daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim, yang turut meluangkan masa meninjau pameran hasil penyelidikan dan inovasi berasaskan komuniti yang mengangkat nilai budaya, bahasa serta identiti bangsa di persada antarabangsa.
Turut hadir ke Festival PULARA, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar 每日大赛app yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan Pengarah ALAF-每日大赛app, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, yang mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi.
]]>
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK(F) CHINI 3 & 5 BERI PENGALAMAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERMAKNA /pptc/perkhemahan-bersepadu-unit-beruniform-skf-chini-3-5-beri-pengalaman-pembelajaran-luar-bilik-darjah-yang-bermakna/ Sun, 28 Sep 2025 02:40:11 +0000 /pptc/?p=11085

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK(F) CHINI 3 & 5 BERI PENGALAMAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERMAKNA

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK(F) Chini 3 & 5 yang berlangsung pada 26 hingga 28 September 2025 di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menghimpunkan murid-murid daripada kedua-dua sekolah dalam suasana penuh nilai disiplin, kerjasama dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Sepanjang program ini, para peserta menyertai pelbagai aktiviti yang menekankan aspek ketahanan diri, komunikasi, kepimpinan dan semangat berpasukan. Persekitaran semula jadi Tasik Chini sebagai tapak Rizab Biosfera UNESCO turut memberikan dimensi pembelajaran yang lebih holistik, menyeronokkan dan mencabar, sekali gus mengeratkan hubungan sesama murid serta guru pengiring.

Perkhemahan ini bukan sahaja menjadi platform aktiviti ko-kurikulum, malah turut berfungsi sebagai medan pembentukan sahsiah, karakter dan kemahiran insaniah yang penting bagi murid sekolah rendah. Pengalaman yang diperoleh sepanjang tiga hari ini dijangka memberi impak positif terhadap keyakinan dan perkembangan diri para peserta.

#pptc
#pptcukm
#alafukm
#UniversitiWatanKita
#SKFChini3
#SKFChini5
#PerkhemahanUnitBeruniform
#TasikChini

]]>
PAMERAN KEPELBAGAIAN SPESIES FLORA DAN FAUNA SEMPENA FIESTA SK (FELDA) CHINI 1 & 4 /pptc/pameran-kepelbagaian-spesies-flora-dan-fauna-sempena-fiesta-sk-felda-chini-1-4/ Wed, 24 Sep 2025 01:33:00 +0000 /pptc/?p=11094

饾悘饾悁饾悓饾悇饾悜饾悁饾悕 饾悐饾悇饾悘饾悇饾悑饾悂饾悁饾悊饾悁饾悎饾悁饾悕 饾悞饾悘饾悇饾悞饾悎饾悇饾悞 饾悈饾悑饾悗饾悜饾悁 饾悆饾悁饾悕 饾悈饾悁饾悢饾悕饾悁 饾悘饾悘饾悡饾悅 饾悓饾悇饾悓饾悇饾悜饾悎饾悁饾悋饾悐饾悁饾悕 饾悈饾悎饾悇饾悞饾悡饾悁 饾悞饾悐 (饾悈饾悇饾悑饾悆饾悁) 饾悅饾悋饾悎饾悕饾悎 饾煆 & 饾煉 饾煇饾煄饾煇饾煋

Fiesta SK (Felda) Chini 1 & 4 yang berlangsung pada 24 September 2025 telah menghimpunkan warga sekolah, komuniti setempat serta pelbagai agensi kerajaan dalam sebuah program yang meriah dan penuh nilai pendidikan. Sekitar 5 hingga 6 agensi kerajaan turut membuka ruang pameran sebagai usaha memperkaya pengetahuan dan pendedahan kepada murid.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) turut dijemput sebagai salah satu pempamer dan mengambil peluang untuk mengetengahkan kepelbagaian spesies flora dan fauna yang terdapat di kawasan Tasik Chini, sebuah tapak Rizab Biosfera UNESCO. Pameran ini memberi ruang kepada murid untuk mengenali tumbuhan dan hidupan liar dengan lebih dekat, di samping memahami kepentingan pemuliharaan biodiversiti dalam ekosistem setempat.

Melalui pendekatan pendidikan berasaskan sains dan alam sekitar, penglibatan PPTC di fiesta ini bukan sahaja menambah nilai kepada pengisian program, malah menggalakkan pembentukan kesedaran ekologi di peringkat awal usia murid sekolah rendah.

#pptc
#pptcukm
#alafukm
#UniversitiWatanKita
#FiestaChini
#SKFeldaChini1
#SKFeldaChini4
#Biodiversiti
#PameranPPTC

]]>