

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menjadi lokasi penganjuran Program YOSH (Youth of Strength Happiness) Leader Camp yang melibatkan penyertaan seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia berumur 16 tahun ke atas serta 15 orang urus setia. Program ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu dari 14 hingga 15 Februari 2026. YOSH merupakan sebuah program pembangunan belia yang dianjurkan oleh MyFundAction, sebuah unit sukarelawan yang aktif dalam memperkasa potensi golongan muda melalui pelbagai inisiatif pembangunan diri dan kepimpinan.
Program ini memberi peluang kepada para peserta mengikuti aktiviti pembangunan diri berasaskan cabaran yang selari dengan objektif program, iaitu membangunkan kemahiran kepimpinan yang berteraskan kecerdasan spiritual, emosi dan sosial. Program ini turut bertujuan memperkukuh rasa tanggungjawab serta semangat kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Melalui pengisian dan aktiviti yang dirangka, program ini juga memberi inspirasi kepada golongan belia untuk memimpin perubahan positif di kampus dan komuniti masing-masing, sekali gus mewujudkan rangkaian sokongan yang kukuh dalam kalangan bakal pemimpin muda.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tentatif yang dirancang. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuklah aktiviti berkayak serta eksplorasi denai di sekitar denai PPTC. Program ini turut dibantu oleh kakitangan PPTC yang terlibat secara langsung bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
PPTC merakamkan penghargaan kepada MyFundAction atas kerjasama dan kepercayaan memilih PPTC sebagai lokasi pelaksanaan program pembangunan diri ini. Diharapkan program seumpama ini akan terus mampu melahirkan generasi pemimpin muda yang berwibawa dan bertanggungjawab selaras dengan objektif program.
#PPTC #TasikChini #每日大赛app #MyFundAction #YOSHLeaderCamp #BeliaMalaysia #SDG4 #SDG14 #SDG15 #SDG17 #Leadership #YouthPower #ALAF每日大赛app #UniversitiWatanKita #每日大赛appSharing
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:聽03-8911 8515聽| Faks:聽03-8911 8516
贰尘别濒:听辫驳丑补濒补蹿蔼耻办尘.别诲耻.尘测
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my聽聽
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
漏 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app