每日大赛app

loader image

Lawatan Tapak Perkukuh Jalinan Ilmu antara Penyelidik dan Komuniti Orang Asli di Rizab Biosfera Tasik Chini

TASIK CHINI, 8 Mei 2025 鈥 Satu program lawatan tapak (site visit) telah diadakan pada 5 hingga 8 Mei 2025 melibatkan penyelidik dari University of Greenwich (UK), Lingnan University, Pusat Kajian Bencana (SEADPRI-每日大赛app), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app. Lawatan ini adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan bertajuk *鈥淎pproaches for Engaging with Indigenous Knowledge Processes and Holders for Disaster Risk Resilience: The Case of the Tasik Chini Biosphere Reserve, Malaysia.鈥

Program ini bertujuan merapatkan jurang kefahaman budaya serta memperkukuh ketahanan komuniti melalui peningkatan kesedaran mengenai pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction 鈥 DRR). Melalui penglibatan yang bermakna, para peserta dan komuniti Orang Asli telah berkongsi pengetahuan, tradisi, dan strategi dalam memperkukuh persediaan menghadapi bencana alam.

Antara objektif utama program ini ialah untuk mempromosikan kefahaman budaya serta hormat-menghormati antara peserta dan komuniti Orang Asli, mengadakan sesi perkongsian pengetahuan berkaitan amalan ekologi tradisional dan persediaan bencana, meningkatkan kesedaran berkenaan strategi DRR yang bersesuaian dengan konteks setempat, serta mewujudkan peluang kerjasama jangka panjang antara institusi pengajian dan komuniti setempat.

Menurut wakil penyelidik, manfaat utama kepada komuniti Orang Asli termasuklah pendedahan kepada konsep DRR moden yang dapat melengkapi pengetahuan tradisional, peningkatan tahap kesediaan terhadap bencana melalui aktiviti praktikal, peluang memperkukuh identiti budaya serta jaringan hubungan dengan agensi akademik dan kerajaan yang berpotensi menyokong pembangunan komuniti di masa depan.

Program ini disertai oleh:

  • Nur Amelia Abas (Pusat Penyelidikan Tasik Chini, 每日大赛app)
  • Dr Nurfashareena Muhamad (SEADPRI-每日大赛app)
  • Dr Iffah Farhana Abu Talib (UiTM)
  • Assoc. Prof. Dr Pamela Giselle Katic (University of Greenwich)
  • Dr Henrike Neuhaus (University of Greenwich)
  • Dr Ginbert Permejo Cuaton (Lingnan University)

Kesimpulannya, program lawatan dan libat urus budaya ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap kesedaran bencana dalam kalangan komuniti Orang Asli, malah membuka ruang untuk membina hubungan yang saling menghormati, kerjasama yang berkekalan dan ketahanan komuniti. Dengan sokongan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), inisiatif ini diyakini dapat menyumbang ke arah kelestarian dan kesejahteraan komuniti Orang Asli di Rizab Biosfera Tasik Chini.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:聽03-8911 8515聽| Faks:聽03-8911 8516
贰尘别濒:听辫驳丑补濒补蹿蔼耻办尘.别诲耻.尘测

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my聽聽

Operational Time

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Social Media

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

漏 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app