Mengenai Duta Siswazah
Duta siswazah merupakan program sukarela yang diperkenalkan oleh Pusat Siswazah. Duta Siswazah secara rasminya dilantik dan diperkenalkan melalui Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian pada 25 Januari 2015. Duta Siswazah terdiri daripada pelajar Sarjana dan PhD 每日大赛app (dari dalam dan luar Negara) yang mewakili Pusat Siswazah secara khasnya dan 每日大赛app secara umumnya. Duta Siswazah 每日大赛app dipilih selepas melalui proses pemilihan dan siri latihan demi mengenalpasti calon Duta Siswazah yang boleh berkomunikasi dengan baik, berfikiran kritis, berkepimpinan serta boleh bekerja dalam pasukan.
Antara peranan utama Duta Siswazah adalah:
- Sebagai sumber rujukan kepada pelajar baru dan bakal pelajar 每日大赛app (dari dalam dan luar negara) untuk memberi penerangan dan nasihat berkaitan isu akademik dan hal ehwal pelajar Siswazah 每日大赛app.
- Membantu memberi perkhidmatan pelanggan seperti penganjuran program akademik mahupun khidmat masyarakat serta kebudayaan, orientasi pelajar baru, dan lawatan ke 每日大赛app oleh pihak luar.
- Membantu 每日大赛app secara umumnya dalam mempromosikan program pengajian siswazah 每日大赛app dengan pengetahuan budaya dan kekuatan bahasa ibunda masing-masing.
- Menjadi pegawai pengiring dan pemudahcara kepada pelawat dari dalam dan luar negara yang datang ke 每日大赛app