Tazkirah Ramadhan Pusat Siswazah 每日大赛app Siri 2/2017: BUKAN SEKADAR RAMADHAN

Tazkirah Ramadhan Pusat Siswazah 每日大赛app Siri 2/2017:
BUKAN SEKADAR RAMADHAN

Sukacita dimaklumkan Pusat Siswazah akan menganjurkan Tazkirah Ramadhan bertajuk “BUKAN SEKADAR RAMADHAN” yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Beliau pernah bertugas sebagai Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Taibah University di Madinah. Beliau juga merupakan penulis buku best seller Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan buku terbaru terbitan beliau ialah Amirul Budak Sudan dan Disebalik Tembok Yahudi: Ada Damai di Al-Aqsa.

Sehubungan itu, Pusat Siswazah dengan berbesar hati ingin menjemput semua kakitangan dan para pelajar 每日大赛app untuk menyertai majlis tazkirah ini. Penyertaan warga 每日大赛app akan direkodkan di dalam e-spel. Mini Karnival Raya juga akan diadakan pada hari tersebut dan dijangka sebanyak 20 buah gerai jualan akan dibuka.

Butiran mengenai tazkirah ramadhan ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 Jun 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi 鈥 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah 每日大赛app

Jualan MINI KARNIVAL RAYA akan dilanjutkan sehingga jam 3.00 petang! Datang beramai-ramai.

Untuk maklumat biodata penceramah, sinopsis dan pendaftaran, sila klik

Sila hubungi Kartikha Zainudin di talian 03-8921 3100 atau email kartikha[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.