Berita | Pusat Sukan /pusatsukan ÿÈÕ´óÈüapp Thu, 03 Jul 2025 08:41:44 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Majlis Penutup Kejohanan Sukan Staf ÿÈÕ´óÈüapp 2025 (SSÿÈÕ´óÈüapp25) /pusatsukan/news/majlis-penutup-kejohanan-sukan-staf-ukm-2025-ssukm25/ Thu, 03 Jul 2025 08:40:35 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=6668 https://www.facebook.com/share/p/1EnWpqugUX/ Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan SSÿÈÕ´óÈüapp2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan pada 2 Julai 2025 bertempat di Stadium Universiti, ÿÈÕ´óÈüapp.…

The post Majlis Penutup Kejohanan Sukan Staf ÿÈÕ´óÈüapp 2025 (SSÿÈÕ´óÈüapp25) first appeared on Pusat Sukan.]]>
https://www.facebook.com/share/p/1EnWpqugUX/

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan SSÿÈÕ´óÈüapp2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan pada 2 Julai 2025 bertempat di Stadium Universiti, ÿÈÕ´óÈüapp. Acara ini menjadi penutup kepada kejohanan yang telah memperlihatkan kesungguhan, ketangkasan dan semangat juang tinggi dalam kalangan staf ÿÈÕ´óÈüapp sepanjang berlangsungnya kejohanan ini.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan universiti yang amat dihormati antaranya YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp; YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar ÿÈÕ´óÈüapp; Dr. Nur Shakila Mazalan, Pengarah Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp; serta turut hadir adalah pengarah-pengarah pusat tanggungjawab, dekan-dekan fakulti pengajian, ketua-ketua kontinjen, urus setia dan para atlet yang bersemangat tinggi. Majlis penutup ini telah disempurnakan dengan penuh penghargaan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak bersama-sama dengan barisan tertinggi universiti dalam meraikan pencapaian cemerlang para atlet.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Gugusan Perubatan atas kejayaan gemilang muncul sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan SSÿÈÕ´óÈüapp25! Kemenangan ini adalah hasil kerjasama kukuh, disiplin dan semangat berpasukan yang tidak pernah luntur sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang bakti secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini — dari atlet, pegawai, sukarelawan, urus setia, hingga ke seluruh warga ÿÈÕ´óÈüapp yang memberikan sokongan. Semoga semangat kesukanan ini terus menjadi pemangkin kepada penyatuan, kecemerlangan dan kebanggaan kita bersama sebagai satu warga ÿÈÕ´óÈüapp.

 

The post Majlis Penutup Kejohanan Sukan Staf ÿÈÕ´óÈüapp 2025 (SSÿÈÕ´óÈüapp25) first appeared on Pusat Sukan.]]>
Program Legasi Kriket Wanita ICC 2025 /pusatsukan/news/program-legasi-kriket-wanita-icc-2025/ Thu, 03 Jul 2025 08:38:22 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=6665 https://www.facebook.com/share/p/1E7X5HVQAe/ Pada 19 dan 20 Jun 2025, telah berlangsung Program Legasi Kriket Wanita ICC 2025 anjuran Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) bersama Persatuan Kriket…

The post Program Legasi Kriket Wanita ICC 2025 first appeared on Pusat Sukan.]]>
https://www.facebook.com/share/p/1E7X5HVQAe/

Pada 19 dan 20 Jun 2025, telah berlangsung Program Legasi Kriket Wanita ICC 2025 anjuran Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) bersama Persatuan Kriket Malaysia dengan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan individu yang berminat untuk menceburi bidang sukan kriket. Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan sukan wanita yang memberi fokus kepada pendedahan asas serta kemahiran teknikal dalam sukan kriket.

Sepanjang dua hari program dijalankan, peserta telah dibimbing oleh jurulatih berpengalaman dari Persatuan Kriket Malaysia iaitu Azzhar Ahmad selaku Pengurus Pembangunan, Mohd Azlan bin Suiad dan Muhammad Amir Hakim bin Ibrahim selaku Pegawai Pembangunan. Para peserta diberi peluang mempelajari teori dan praktikal sukan kriket secara menyeluruh – daripada teknik asas, peraturan permainan hinggalah kepada simulasi perlawanan sebenar.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada pengukuhan legasi sukan kriket wanita di ÿÈÕ´óÈüapp, selain mencungkil potensi baharu dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp komited untuk terus menyokong dan memperkasakan pembangunan sukan wanita selari dengan aspirasi kecemerlangan sukan universiti.

 

The post Program Legasi Kriket Wanita ICC 2025 first appeared on Pusat Sukan.]]>
Tahniah Pemenang Majlis Anugerah Sukan ÿÈÕ´óÈüapp 2024 /pusatsukan/news/2377/ Thu, 17 Apr 2025 06:24:15 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=2377 FB : https://www.facebook.com/share/p/1E1qPb18h8/ TAHNIAH PARA PEMENANG Majlis Anugerah Sukan ÿÈÕ´óÈüapp 2024 menyaksikan pengiktirafan buat individu dan pasukan yang cemerlang dalam bidang sukan sepanjang tahun ini.…

The post Tahniah Pemenang Majlis Anugerah Sukan ÿÈÕ´óÈüapp 2024 first appeared on Pusat Sukan.]]>

FB : https://www.facebook.com/share/p/1E1qPb18h8/

? TAHNIAH PARA PEMENANG ?
Majlis Anugerah Sukan ÿÈÕ´óÈüapp 2024 menyaksikan pengiktirafan buat individu dan pasukan yang cemerlang dalam bidang sukan sepanjang tahun ini. Syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas dedikasi dan kecemerlangan masing-masing.
Berikut adalah senarai penerima anugerah:
? Anugerah Atlet Khas – Azri bin Haron
? Anugerah Pasukan Terbaik Kakitangan – Pasukan Olahraga
? Anugerah Pasukan Terbaik Pelajar – Pasukan Pencak Silat
? Anugerah Kelab Terbaik Kakitangan – Kelab Golf ÿÈÕ´óÈüapp
? Anugerah Kelab Terbaik Pelajar – Kelab Karate ÿÈÕ´óÈüapp
? Anugerah Pengurus Terbaik Kakitangan – Ratuah Mohamed
? Anugerah Pengurus Terbaik Pelajar – Noor Hafizah binti Rossli
? Anugerah Jurulatih Terbaik Kakitangan – Shahrul Nazli Ismail
? Anugerah Jurulatih Terbaik Pelajar – Mohd Syafiq Danial bin Wan Shariman
? Anugerah Atlet Cemerlang – Muhammad Irsyad bin Zulkipli
? Anugerah Bintang Harapan Lelaki Kakitangan – Asyraf bin Zulkifli
? Anugerah Bintang Harapan Lelaki Pelajar – Wan Muhammad Azam bin Wan Ahmad
? Anugerah Bintang Harapan Wanita Pelajar – Pavitrah A/P Sathiaseelan
? Anugerah Khas Juri – Yayasan Azman Hashim & Malaysian Cricket Association
? Anugerah Tokoh Sukan – Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin
? Anugerah Olahragawati Kakitangan – Dr. Ester Salimun
? Anugerah Olahragawan Kakitangan – Andri Dauni
? Anugerah Olahragawati Pelajar – Lim Jia Wei
? Anugerah Olahragawan Pelajar – Muhammad Aiman Syazuwan bin Abdullah
Teruskan kecemerlangan anda dan jadilah inspirasi kepada seluruh warga ÿÈÕ´óÈüapp! ??️

 

The post Tahniah Pemenang Majlis Anugerah Sukan ÿÈÕ´óÈüapp 2024 first appeared on Pusat Sukan.]]>
NOTIS PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KERJA MENAIK TARAF STADIUM ÿÈÕ´óÈüapp /pusatsukan/news/notis-pemakluman-pelaksanaan-kerja-menaik-taraf-stadium-ukm/ Mon, 03 Mar 2025 02:58:24 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=2182 FB : https://www.facebook.com/share/p/15mVGefGCh/ Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penaiktarafan Stadium ÿÈÕ´óÈüapp akan dilaksanakan bermula 4 Mac sehingga 23 Jun. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan serta…

The post NOTIS PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KERJA MENAIK TARAF STADIUM ÿÈÕ´óÈüapp first appeared on Pusat Sukan.]]>

FB : https://www.facebook.com/share/p/15mVGefGCh/

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penaiktarafan Stadium ÿÈÕ´óÈüapp akan dilaksanakan bermula 4 Mac sehingga 23 Jun. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan serta memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna pada masa hadapan.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh penaiktarafan, penggunaan trek dan padang bola hanya dibuka bagi aktiviti riadah, manakala sebarang program atau acara rasmi tidak dibenarkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, kaunter tempahan kemudahan sukan akan beroperasi seperti biasa untuk tempahan kemudahan lain yang tidak terjejas oleh kerja-kerja penyenggaraan.

Bagi sebarang pertanyaan atau urusan tempahan, pihak berkepentingan boleh menghubungi Unit Fasiliti di talian 03-8921-5306.

Pihak pengurusan memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh ini dan menghargai kerjasama semua pihak. Diharapkan projek ini dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberikan manfaat yang lebih baik kepada pengguna dengan menyediakan kemudahan yang lebih moden, selesa, dan selamat.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

#AtletHebatÿÈÕ´óÈüappHebat
#PusatSukan
#StadiumWajahBaru

The post NOTIS PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KERJA MENAIK TARAF STADIUM ÿÈÕ´óÈüapp first appeared on Pusat Sukan.]]>
MESYUARAT PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN STADIUM /pusatsukan/news/mesyuarat-penyerahan-surat-setuju-terima-sst-bagi-projek-penyelenggaraan-stadium/ Mon, 03 Mar 2025 02:55:16 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=2178 FB : https://www.facebook.com/share/p/1DH2BM5nrP/ Mesyuarat Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Penggantian Bumbung Stadium yang Usang serta Kerja-Kerja Mengecat Dinding Stadium telah berlangsung pada 27…

The post MESYUARAT PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN STADIUM first appeared on Pusat Sukan.]]>
FB : https://www.facebook.com/share/p/1DH2BM5nrP/

Mesyuarat Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Penggantian Bumbung Stadium yang Usang serta Kerja-Kerja Mengecat Dinding Stadium telah berlangsung pada 27 Februari 2025. Mesyuarat ini melibatkan Jabatan Pembangunan Prasarana ÿÈÕ´óÈüapp (JPP ÿÈÕ´óÈüapp) dan Syarikat Aique Enterprise selaku kontraktor yang dilantik.

Projek ini dijadualkan bermula pada 4 Mac 2025 dan dijangka siap pada 26 Jun 2025. Oleh itu, semua pihak yang bercadang untuk mengadakan sebarang program atau aktiviti di Stadium dimohon untuk segera menghubungi Unit Fasiliti bagi memastikan penyelarasan yang lancar dengan pihak kontraktor serta mengelakkan sebarang gangguan terhadap pelaksanaan kerja penyenggaraan.
Diharapkan projek ini dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada semua pengguna dengan menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai demi kelancaran projek ini.

The post MESYUARAT PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN STADIUM first appeared on Pusat Sukan.]]>
Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp /pusatsukan/news/audit-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-di-pusat-sukan-ukm/ Mon, 03 Mar 2025 02:51:31 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=2168 FB : https://www.facebook.com/share/p/1EsaCxsk7t/ Pada 28 Februari 2025, Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp telah menerima lawatan audit daripada dua orang staf Pusat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH…

The post Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp first appeared on Pusat Sukan.]]>

FB : https://www.facebook.com/share/p/1EsaCxsk7t/

Pada 28 Februari 2025, Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp telah menerima lawatan audit daripada dua orang staf Pusat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH ÿÈÕ´óÈüapp). Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan terhadap garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta memastikan amalan terbaik diterapkan dalam pengurusan fasiliti sukan.

Beberapa lokasi utama telah diaudit, termasuk Stadium ÿÈÕ´óÈüapp, Kompleks Squash, dan Oval Kriket ÿÈÕ´óÈüapp. Penilaian menyeluruh ini dijalankan bagi mengenal pasti potensi risiko, menambah baik langkah keselamatan, dan memperkukuh budaya kerja yang selamat serta kondusif bagi semua pihak.
Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp komited dalam memastikan setiap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, selesa, dan produktif. Usaha berterusan ini adalah selari dengan visi universiti dalam memastikan kesejahteraan kakitangan serta pengguna kemudahan sukan terjamin.
The post Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp first appeared on Pusat Sukan.]]>
MAJLIS PELANTIKAN JURULATIH SUKAN PODIUM ÿÈÕ´óÈüapp 2025 /pusatsukan/news/majlis-pelantikan-jurulatih-sukan-podium-ukm-2025/ Thu, 20 Feb 2025 03:01:44 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=2071 FB : https://www.facebook.com/share/p/15y3Aky9A4/ 19 Februari 2025 – Auditorium Siswa, Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) menjadi saksi kepada *Majlis Pelantikan Jurulatih Sukan Podium ÿÈÕ´óÈüapp 2025* yang…

The post MAJLIS PELANTIKAN JURULATIH SUKAN PODIUM ÿÈÕ´óÈüapp 2025 first appeared on Pusat Sukan.]]>

FB : https://www.facebook.com/share/p/15y3Aky9A4/

19 Februari 2025 – Auditorium Siswa, Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) menjadi saksi kepada *Majlis Pelantikan Jurulatih Sukan Podium ÿÈÕ´óÈüapp 2025* yang dianjurkan oleh Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp dengan penuh gilang-gemilang.
Majlis ini menandakan komitmen ÿÈÕ´óÈüapp dalam memperkasa bidang sukan melalui pelantikan jurulatih bagi 10 sukan podium utama, iaitu Kriket, Renang, Olahraga, Bola Sepak, Futsal, Taekwondo, Pencak Silat, Karate, Hoki, dan Bola Jaring. Para jurulatih yang dilantik terdiri daripada individu berpengalaman luas, termasuk mereka yang telah berjaya membawa sukan ÿÈÕ´óÈüapp ke peringkat tertinggi dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa.
The post MAJLIS PELANTIKAN JURULATIH SUKAN PODIUM ÿÈÕ´óÈüapp 2025 first appeared on Pusat Sukan.]]>
PERJUMPAAN JURULATIH SAMBILAN BERSAMA PENGARAH PUSAT SUKAN /pusatsukan/news/perjumpaan-jurulatih-sambilan-bersama-pengarah-pusat-sukan/ Fri, 14 Feb 2025 09:06:10 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=2064 FB : https://www.facebook.com/share/p/17zSwcR5dY/ 14 Februari 2024 – Sesi perjumpaan bermakna antara Pengarah Pusat Sukan dan Jurulatih Sambilan telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen ke…

The post PERJUMPAAN JURULATIH SAMBILAN BERSAMA PENGARAH PUSAT SUKAN first appeared on Pusat Sukan.]]>

FB : https://www.facebook.com/share/p/17zSwcR5dY/

14 Februari 2024 – Sesi perjumpaan bermakna antara Pengarah Pusat Sukan dan Jurulatih Sambilan telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen ke arah pembangunan atlet yang lebih cemerlang. Perbincangan ini membuka ruang untuk pertukaran idea serta strategi bagi meningkatkan kualiti latihan, memastikan program lebih berkesan, dan memperkukuhkan hala tuju sukan di ÿÈÕ´óÈüapp.

Perjumpaan ini menjadi platform penting dalam mengeratkan kerjasama antara jurulatih dan pengurusan. Kejayaan sukan bermula dengan pasukan yang hebat, dan bersama-sama, kita terus melangkah ke arah kecemerlangan!

#PusatSukanÿÈÕ´óÈüapp
#AtletHebatÿÈÕ´óÈüappHebat

 

The post PERJUMPAAN JURULATIH SAMBILAN BERSAMA PENGARAH PUSAT SUKAN first appeared on Pusat Sukan.]]>
Pusat Sukan & FKAB: Kenali Laluan Park Run ÿÈÕ´óÈüapp /pusatsukan/news/pusat-sukan-fkab-kenali-laluan-park-run-ukm/ Sun, 09 Feb 2025 23:50:54 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=1916   FB : https://www.facebook.com/share/p/164LNwK6v1/ 7 Februari 2025 – Sesi riadah penuh semangat dan keceriaan berjaya dianjurkan dengan penyertaan lebih 30 staf ÿÈÕ´óÈüapp! ? Aktiviti utama…

The post Pusat Sukan & FKAB: Kenali Laluan Park Run ÿÈÕ´óÈüapp first appeared on Pusat Sukan.]]>

 

FB :

7 Februari 2025 – Sesi riadah penuh semangat dan keceriaan berjaya dianjurkan dengan penyertaan lebih 30 staf ÿÈÕ´óÈüapp! ? Aktiviti utama adalah lari santai sejauh 5km, bukan sekadar untuk kecergasan, tetapi juga sebagai persediaan bagi acara Park Run ÿÈÕ´óÈüapp yang bakal diadakan.

Inisiatif ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah mengeratkan ukhuwah antara warga ÿÈÕ´óÈüapp. ???‍♂?‍♀ Semoga lebih banyak aktiviti sihat seperti ini dapat diteruskan!

? Nantikan Park Run ÿÈÕ´óÈüapp akan datang! ?

#PusatSukanÿÈÕ´óÈüapp
#AtletHebatÿÈÕ´óÈüappHebat
#AktivitiSihat
#ParkRunÿÈÕ´óÈüapp
#KomunitiÿÈÕ´óÈüapp

The post Pusat Sukan & FKAB: Kenali Laluan Park Run ÿÈÕ´óÈüapp first appeared on Pusat Sukan.]]>
LAWATAN ZHEJIANG UNIVERSITY OF TECHNOLOGY /pusatsukan/news/lawatan-zhejiang-university-of-technology/ Wed, 05 Feb 2025 07:36:27 +0000 /pusatsukan/?post_type=news&p=1874   4 Februari 2025 – Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp dengan berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Universiti Teknologi Zhejiang, China dalam satu sesi lawatan yang berlangsung…

The post LAWATAN ZHEJIANG UNIVERSITY OF TECHNOLOGY first appeared on Pusat Sukan.]]>

 

4 Februari 2025 – Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp dengan berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Universiti Teknologi Zhejiang, China dalam satu sesi lawatan yang berlangsung dengan jayanya.
Lawatan ini disertai oleh tiga wakil dari Universiti Teknologi Zhejiang, iaitu Professor Chen Xiaolei, Professor Wu Di, dan Professor Wang Xin. Delegasi ini telah disambut mesra oleh Pengarah Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp, Dr. Nur Shakila Mazalan, bersama pihak pengurusan pusat sukan. Sepanjang sesi ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman mengenai perkembangan dan kemajuan sukan di institusi masing-masing, dengan fokus utama kepada pembangunan sukan kriket di peringkat universiti.
Lebih bermakna, lawatan ini turut menyaksikan pemeteraian Letter of Intent (LoI) antara ÿÈÕ´óÈüapp dan Universiti Teknologi Zhejiang, sebagai tanda komitmen dalam memperkukuhkan hubungan strategik serta memperluaskan kerjasama dalam pembangunan sukan kriket. Perjanjian ini dijangka membuka peluang untuk program pertukaran pelajar, latihan kejurulatihan, serta pembangunan akademik dan teknikal dalam sukan kriket.
Lawatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antarabangsa antara kedua-dua universiti, tetapi juga menjadi platform penting dalam pertukaran ilmu, kepakaran dan pengalaman demi kemajuan sukan kriket universiti ke peringkat yang lebih tinggi.

 

 

The post LAWATAN ZHEJIANG UNIVERSITY OF TECHNOLOGY first appeared on Pusat Sukan.]]>