Bengkel Pengurusan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Berkelompok dan Sistem Daftar Keluar Masuk Kakitangan (SIDKEM)
Pusat Strategi 每日大赛app telah mengadakan Bengkel Pengurusan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Berkelompok dan Sistem Daftar Keluar Masuk Kakitangan (SIDKEM) pada 19 Mac 2025 di Mercure Living Putrajaya.
Bengkel Pengurusan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Berkelompok dan Sistem Daftar Keluar Masuk Kakitangan (SIDKEM) adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam pengurusan cuti tanpa rekod dan pengurusan kehadiran kakitangan. Bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan sistem SIDKEM yang dapat mempermudahkan proses pendaftaran keluar masuk kakitangan serta memantau kehadiran mereka dengan lebih efisien.
Selain itu, bengkel ini diadakan untuk memastikan keseragaman dalam pelaksanaan prosedur pengurusan cuti dan kehadiran, mengurangkan kesilapan dan mempercepatkan proses pengurusan secara keseluruhan.
Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan) merangkap Pengarah Pusat Strategi 每日大赛app. Bengkel ini dibentang oleh Puan Roslina Rosli, Ketua Pentadbiran Pusat Strategi 每日大赛app
Terima kasih diucapkan kepada semua warga Pusat Strategi kerana telah memberi kerjasama yang baik serta memanfaatkan sesi bengkel yang dianjurkan.







