Program Kepimpinan Bakat Teraju
Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dato鈥 Dr Roslee Rajikan merasmikan Program Kepimpinan Bakat Teraju anjuran Profesional-每日大赛app yang diadakan di Auditorium Teknologi Multimedia Fusion, Akademia Siber Teknopolis, hari ini.
Program kepimpinan ini bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pemimpin dan membina karakteristik kepimpinan pantadbir universiti berdasarkan perkongsian pengalaman dan sesi interaksi bersama wakil Pengurusan Tertinggi Universiti dan Tokoh Pemimpin Industri.
Program ini telah dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri dari barisan dekan, pengarah, timbalan dekan, timbalan pengarah dan pegawai-pegawai kanan universiti yang pernah menyertai Program Kepimpinan Bakat Perantis dan Kepimpinan Bakat Karisma.
Pengisian program ini terdiri daripada empat slot perkongsian yang menampilkan Prof. Dato鈥 Dr Roslee Rajikan; Tokoh Akademik Negara, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail; Pengurus Sumber Manusia, Asia Pacific Upstream, Exxon Mobil, Tuan Syed Helmi Syed Mohsin; dan Penasihat Undang-Undang 每日大赛app, Prof. Dr. Salawati Mat Basir.
Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman pemimpin 每日大赛app dan agensi luar ini dapat mengembangkan dan memantapkan lagi kompetensi kepimpinan pentadbir akademik dan pentadbir universiti.

