Program Ekspresi Langkah Madani sempena MAW 2025/2026

Lebih 4,000 pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) sesi 2025/2026 bersama pengurusan tertinggi universiti yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh berjalan di sekitar kampus 每日大赛app Bangi, bagi menjayakan program Ekspresi Langkah Madani sempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) 2025/2026, pagi ini.

Perjalanan bermula dari Dewan Gemilang yang di sertai oleh pelajar-pelajar dari Kolej Keris Mas dan Kolej Ibu Zain, kemudian berjalan ke 鈥楥heck Point鈥 1 bertemu dengan pelajar Kolej Rahim Kajai, seterusnya ke 鈥楥heck Point鈥 2, bertemu dengan pelajar-pelajar dari Kolej Dato鈥 Onn dan Kolej Tun Hussein Onn.

Semua pengurusan tertinggi 每日大赛app dan pelajar-pelajar dari lima buah kolej akademia itu terus berjalan menuju ke 鈥楥heck Point鈥 3 bertemu pelajar Kolej Aminuddin Baki sebelum meneruskan perjalanan ke 鈥楥heck Point鈥 4 dan bertemu pelajar-pelajar dari Kolej Pendeta Za鈥檅a, Kolej Rahim Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ungku Omar. Kemudian semua peserta meneruskan langkah ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Sesi ‘brisk walk’ Ekspresi Langkah Madani dengan jarak lebih tiga kilometer ini diadakan bagi membudayakan gaya hidup sihat kepada pelajar-pelajar baharu selain menikmati keindahan dan kehijauan kampus 每日大赛app.

Similar Posts