Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hadir merasmi dan menyampaikan ucaptama pada program Debat Perdana Madani 2023 yang julung kali diadakan di 每日大赛app, hari ini.
Dalam ucaptama beliau, YB Menteri menegaskan bahawa Debat Perdana MADANI ini adalah Projek Negara yang memfokuskan kepada penjanaan idea dan buah pandangan yang pelbagai.
Beliau menjelaskan bahawa sebagai sebuah kementerian yang menguruskan bakat, ilmu dan kebijaksanaan watan, Debat Perdana MADANI yang diadakan hari ini adalah saluran untuk segala kelebihan intelektual diangkat dan dikongsikan dengan negara.
Beliau memberi jaminan bahawa segala pengamatan serta perspektif yang dikongsikan oleh semua panel hari ini, bukan sahaja sangat dihargai, tetapi akan diberikan perhatian yang serius.
Debat kali ini menampilkan 10 ahli panel dari pelbagai latar belakang dengan tiga slot utama iaitu Bicara Sejahtera Malaysia MADANI, Pembentangan 3 Panel dan Forum Malaysia MADANI.
Bagi Bicara Sejahtera Malaysia MADANI, slot ini menampilkan bicara santai tentang senario Malaysia MADANI dari sudut sosial dan ekonomi yang menampilkan pakar ekonomi terkenal Prof. Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dari 每日大赛app, pakar kajian tamadun Prof. Dato鈥 Dr. Azizan Baharuddin dari Universiti Malaya (UM) dan pakar kajian sosial Dr. Charanjit Kaur dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Slot ini dimoderatorkan oleh pendakwah terkenal tanah air iaitu Prof. Madya Dato鈥 Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dari 每日大赛app.
Sesi Pembentangan 3 Panel pula menampilkan pakar kajian tamadun kelahiran Turkiye dari Qatar iaitu Prof. Dr. Recep Senturk yang membentangkan tajuk MADANI in The Context of Modernity dan Prof. Dr. Din Syamsuddin yang merupakan Guru Besar Politik Islam Global dari Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Indonesia, yang membentangkan tajuk Memberi Makna Kepada Sebuah Negara MADANI. Manakala Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh membentangkan Peranan Cendekiawan Dalam Membangun Bangsa MADANI.
Forum Malaysia MADANI dengan tajuk Merealisasikan Negara MADANI: Cabaran dalam Malaysia yang Majmuk menampilkan empat sarjana iaitu Dato鈥 Dr. Madeline Berma yang merupakan Felo, Akademi Sains Malaysia; Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Pengerusi Insitute of Strategic and International Studies (ISIS); Prof. Dr. Khairudin Aljunied dari Jabatan Sejarah UM dan Prof. Dato鈥 Dr. Sivamurugam Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Program yang dihadiri kira-kira 2,000 tetamu ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Haji Mohammad Yusof Apdal; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato鈥 Dr. Mohd Zabri Yusoff; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman.
Antara lain yang hadir adalah Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Ahli-ahli, Naib-naib Canselor dan Rektor, Universiti Awam dan IPTS, Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-pegawai Kanan KPT dan 每日大赛app.