Seminar Matlamat Pembangunan Mampan (SDG): Membangunkan Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) dengan kerjasama Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD, Kumpulan Penyelidikan Integra dan Pusat Strategi 每日大赛app telah menganjurkan “Seminar Matlamat Pembangunan Mampan (SDG): Membangunkan Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua” pada 21 September 2023 di Dewan Multimedia, FTSM 每日大赛app.

Seminar ini bertujuan memperkenalkan konsep dan kepentingan SDG yang sering diperbincangkan bagi membina masa depan yang lebih baik. Ia turut menerangkan inisiatif global dan kebangsaan bagi menjayakan agenda ini serta bagaimana aktiviti pengajaran, penyelidikan dan operasi dapat diselaraskan selari dengan keperluan SDG.

Seminar ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) 每日大赛app dan sesi perkongsian oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Penyandang Kursi Kelestarian 每日大赛app-YSD.