ÿÈÕ´óÈüapp

Entiti Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ditubuhkan bertujuan untuk mencapai matlamat seperti berikut:

  1. Memastikan supaya penyelarasan dan pemantauan kewangan penyelidikan yang kemas dan sistematik serta cekap bagi memudahkan para penyelidik dan pihak pengurusan dalam urusan kewangan.
  2. Memastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik-penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
  3. Memastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik- penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
  4. Meningkatkan reputasi ÿÈÕ´óÈüapp sebagai sebuah Universiti Awam yang berkualiti dan cekap dalam menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan penyelidikan dan persidangan di ÿÈÕ´óÈüapp.
  5. Membantu penjanaan dana yang lebih tinggi yang diperolehi dari pelbagai sumber sama ada dari dalam atau luar negara.
  6. Memperkukuhkan serta menguruskan urusan penyelidikan dengan lebih teratur, cekap dan sistematik.
  7. Menjadikan ÿÈÕ´óÈüapp terkehadapan dalam pengurusan penyelidikan di Malaysia.
  8. Meningkatkan lagi penyebaran maklumat penyelidikan di dalam dan luar negara.

Website : http://research.ukm.my/
Email : drmc@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 3184

Pusat IDEA-ÿÈÕ´óÈüapp

Pusat IDEA ÿÈÕ´óÈüapp atau IDEA ÿÈÕ´óÈüapp akronim INOVATIF, DINAMIK, EFISIEN dan AKAUNTABILITI telah diluluskan dalam mesyuarat MPU bil 9/2017 pada 8 Ogos 2017. Pusat ini telah dirasmikan penubuhannya pada 20 November 2017 oleh YB Menteri Pengajian Tinggi secara majlis pelancaran program ÿÈÕ´óÈüapp – International Integrated Conference (ÿÈÕ´óÈüapp-IIC). Fungsi utama Pusat IDEA ÿÈÕ´óÈüapp adalah untuk menggerakkan cetusan idea-idea penyelidikan multidisiplin berdampak bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap cabaran semasa yang dihadapi negara. Terdapat lima Kluster Penyelidikan telah dibentuk iaitu Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi, Kluster Warisan dan Masyarakat Madani, Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju, Kluster Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar, dan Kluster Teknologi Digital dan Terkehadapan untuk menyokong ekosistem penyelidikan ÿÈÕ´óÈüapp yang masing-masing diterajui oleh Peneraju Kluster Penyelidikan yang berperanan:

  • Mempromosi kepakaran warga akademik
  • Memudah cara penyelidikan rentas disiplin
  • Memantau, menilai dan melapor prestasi penyelidikan
  • Mengenalpasti bidang fokus kluster penyelidikan
  • Menyelaras usaha menterjemah hasil penyelidikan untuk manfaat pihak berkepentingan
  • Menggerak dan membudayakan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak
  • Menggerakkan Komuniti Keserakanan Penyelidikan
  • Menyediakan khidmat nasihat kepakaran

Website : /ideaukm/
Email : idea@ukm.edu.my
Phone : 03-8911 8261

Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@ÿÈÕ´óÈüappâ„¢)

Inovasi@ÿÈÕ´óÈüapp ialah pejabat pemindahan teknologi ÿÈÕ´óÈüapp. Objektif penubuhan (tahun 2010) ialah untuk memangkinkan inovasi dan menjana nilai dari harta intelek yang dihasilkan dari penyelidikan untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi serta penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik. Fungsi utama penubuhan Inovasi@ÿÈÕ´óÈüapp adalah menguruskan harta intelek dan pemindahan teknologi yang mana melibatkan kolaborasi dengan fakulti/institut di ÿÈÕ´óÈüapp serta lain-lain organisasi luar ÿÈÕ´óÈüapp. Terdapat tiga (3) bahagian utama di Inovasi@ÿÈÕ´óÈüapp iaitu:

i. Pengurusan Korporat.

ii. Pengurusan Harta Intelek; dan

iii. Pemindahan Teknologi.

INOVASI@ÿÈÕ´óÈüapp berperanan dalam pengurusan harta intelek dan pembangunan perniagaan berasaskan inovasi dan teknologi ÿÈÕ´óÈüapp iaitu;

  • Mempromosikan kolaborasi di antara ÿÈÕ´óÈüapp dengan pakar luaran dan rakan industri di dalam urusan pembinaan kapasiti, pengurusan harta intelek, pemindahan teknologi dan pengkomersilan;
  • Menyediakan kaedah dan modus-operandi yang proaktif dan inovatif dalam Pemadanan Perniagaan (Business Matching) dengan rakan industri;
  • Menyediakan sumber kepakaran secara kolaboratif bagi proses saringan harta intelek/teknologi (Technology Screening);
  • Menyediakan Dana Inovasi (Pre-Seed Funding) untuk tujuan pembangunan produk dan pembinaan protatotaip (pra-pengkomersilan); dan
  • Membangunkan perniagaan baru bagi pengkomersilan melalui pelesenan teknologi, syarikat terbitan universiti (STU), usahasama (joint-venture) dan pakatan strategik (strategic alliances).

Website : http://www.ukm.my/pik/
Email : pghinovasi@ukm.edu.my
Phone : 03-8921 4876

Penerbit ÿÈÕ´óÈüapp

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia adalah imprin penerbitan ilmiah universiti yang diletak di bawah Pejabat Canselori. Penerbit ÿÈÕ´óÈüapp ditadbir oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi.

Penerbit ÿÈÕ´óÈüapp menerbitkan karya berbentuk ilmiah yang mengutamakan penerbitan karya asli dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, karya dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan karya terjemahan ke dalam bahasa Melayu juga diberi pertimbangan. Penerbit menerima karya dalam hampir semua cabang ilmu pengetahuan berasaskan penyelidikan mantap.

Dengan misi membentuk satu organisasi yang menjadi penyalur dan penyebar korpus ilmu peribumi dan pemikiran yang mantap serta berkesan sesuai dengan cabaran globalisasi semasa melalui penerbitan, Penerbit ÿÈÕ´óÈüapp mengalu-alukan karya para sarjana dan pengarang dari dalam dan luar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Website :
Email : penerbit@ukm.my
Phone : 03-89213138

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ÿÈÕ´óÈüapp atau ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp

ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp menjadi entiti pengurusan yang akan memantau dan mengkoordinasikan setiap makmal penyelidikan secara berpusat di Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal ÿÈÕ´óÈüapp( ALAF- ÿÈÕ´óÈüapp), Aras 2, Kompleks Penyelidikan ÿÈÕ´óÈüapp, 43600 ÿÈÕ´óÈüapp, Bangi, Selangor.

ALAF ÿÈÕ´óÈüapp terdiri daripada pusat penyelidikan seperti berikut:

PUSAT PENYELIDIKAN (MAKMAL ALAMI)
I. Pusat Penyelidikan Tasik Chini( PPTC)
II. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser( PPBF)
III. Pusat Penyelidikan Langkawi( PPL)
IV. Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin( EKOMAR)

MAKMAL PENYELIDIKAN (MAKMAL FIZIKAL)
i. Makmal i-CRIM
ii. Makmal Bioserasi

Berikut merupakan fungsi dan tanggungjawab ALAF-ÿÈÕ´óÈüapp:

  • Memberikan perkhidmatan makmal/pusat kepada pelanggan mengikut fungsi masing-masing.
  • Memastikan makmal/pusat adalah kondusif, selamat dan beroperasi secara optimum untuk menjamin penjanaan yang optimum dan lestari.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti dan promosi makmal/pusat yang bersesuaian bagi menarik pelanggan dari dalam dan luar ÿÈÕ´óÈüapp.
  • Menjana pendapatan kepada Universiti.

Website: /alafukm/ Email: pghalaf@ukm.edu.my Phone: +03 8911 8515