| Surat Jaminan adalah surat yang akan dikeluarkan oleh pihak institusi (ÿÈÕ´óÈüappShape) sekiranya pelajar perlu mendapatkan rawatan khas di Hospital atau dimasukkan ke dalam wad atas tujuan perubatan / rawatan. Surat Jaminan adalah tertakluk kepada keputusan / kebenaran Pusat Kesihatan ÿÈÕ´óÈüapp. |
| Bagi tujuan di atas, saudara/i diminta untuk menghubungi bahagian ÿÈÕ´óÈüappCare melalui emel ukmcare@ukm.edu.my atau ke Kaunter ÿÈÕ´óÈüappCare, ÿÈÕ´óÈüappShape, Universiti Kebangsaan Malaysia. |
| Perkara di atas hanya terpakai kepada pelajar ambilan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional di bawah program Eksekutif dan Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) sahaja. |
| Selain daripada pelajar seperti di atas, saudara/i dinasihatkan untuk menghubungi dan berurusan dengan Pusat Kesihatan ÿÈÕ´óÈüapp (PKU) di talian 03-8921 5087 atau emel pkesihatan@ukm.edu.my atau rujuk laman sesawang PKU di pautan ini http://www.ukm.my/pusatkesihatan/. |
Nota: - Surat Jaminan tidak akan dikeluarkan terus selepas permohonan dibuat oleh pelajar kerana bahagian ÿÈÕ´óÈüappCare perlu memohon pandangan dan pertimbangan daripada Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) ÿÈÕ´óÈüapp. Jika Pegawai Perubatan mengesahkan permohonan pelajar, barulah Surat Jaminan akan dikeluarkan.
- Pelajar yang ingin memohon Surat Jaminan disarankan untuk menyerahkan salinan laporan kesihatan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik atau Hospital yang berkaitan.
- Jika pelajar tidak mempunyai sebarang laporan kesihatan, pelajar dinasihatkan untuk berjumpa dengan Pegawai Perubatan PKU ÿÈÕ´óÈüapp untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada pegawai berkenaan. Surat Iringan akan diberikan kepada pelajar yang memohon.
|