Majlis Sambutan Ulang Tahun UMBI ke 19

1 Julai 2022 – UMBI telah melangsungkan Majlis Sambutan Ulang Tahun UMBI sempena ulangtahun penubuhannya yang ke 19 di Auditorium UMBI. Bersempena dengan sambutan ini juga, 2 majlis dilangsungkan serentak iaitu Majlis Perhimpunan Kakitangan UMBI (Bil. 1/2022) dan Majlis Sambutan Hari Lahir Warga UMBI (bagi bulan Jun). Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengarah UMBI, Profesor Madya Dr Nor Azian Abdul Murad. Majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik kepada acara ulang tahun ini yang turut disertai Dr Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah UMBI, Profesor Datuk Dr A Rahman, Felo Utama UMBI dan Dr Ezanee, Ketua Jaminan Kualiti UMBI. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada 14 warga UMBI (terdiri dari staf dan pelajar) yang menyambut hari lahir pada bulan Jun. Majlis Sambutan Hari lahir ini merupakan acara bulanan di UMBI yang dianjurkan secara bergilir. Untuk majlis ini,   kumpulan Felo Penyelidik dan pelajar UMBI terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa penganjur. Majlis dihadiri seramai lebih 120 warga UMBI yang terdiri dari ahli pengurusan tertinggi, kakitangan, kakitangan Sekretariat Projek The Malaysian Cohort dan pelajar UMBI. Majlis bermula tepat 2.45 petang dan tamat pada 4.30 petang. Majlis ditamatkan dengan  jamuan minum petang yang disediakan di kawasan Lobi UMBI.
Photo :
Artikel berkaitan: