每日大赛app

13,904 Graduan Terima Ijazah Pada Majlis Konvokesyen ke-53 每日大赛app

Oleh Murniati Abu Karim
Foto KOMUNIKASI 每日大赛app

BANGI, 22 November 2025 鈥 Seramai 13,904 graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) diraikan sempena Majlis Konvokesyen universiti yang ke-53.

Majlis konvokesyen yang diadakan dalam 20 sidang ini meraikan seramai 571 graduan Doktor Falsafah, 231 graduan Sarjana Kepakaran, 2,796 graduan Sarjana, 4,511 graduan Sarjana Muda, 108 graduan Diploma Pascasiswazah, 5,677 graduan Diploma Lepasan Ijazah dan 10 graduan Sijil Pascasiswazah.

Pengisytiharan pembukaan konvokesyen disempurnakan oleh Canselor 每日大赛app, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baginda berpesan kepada semua graduan supaya menjadikan kejayaan mereka sebagai sejarah peribadi dalam kehidupan yang masih panjang.

鈥淜ejayaan ini adalah berkat doa dan usaha guru dan ibu bapa. Sentiasa memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk kebaikan keluarga dan masyarakat.

鈥淏eta menaruh keyakinan kamu akan terus menjaga maruah dan nama baik universiti. Jika boleh, kembalilah kepada 每日大赛app untuk menyumbang ilmu dan kepakaran. Jadilah seorang alumni 每日大赛app yang boleh diteladani serta sentiasa dihormati,鈥 titah baginda.

Dalam pada itu, baginda juga menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja kepada dua graduan iaitu Meor Muhammad Naiman Meor Mohd. Jamil dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, dan Morvareed Mousavi dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Sembilan mantan tenaga akademik 每日大赛app dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus sebagai pengiktirafan atas jasa mereka dalam mencipta kecemerlangan kepada 每日大赛app dan negara melalui bidang kepakaran masing-masing sepanjang perkhidmatan di universiti.

Sementara itu, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dr. Sufian Jusoh turut menyampaikan ucapan tahniah kepada seluruh graduan.

鈥淏uat semua graduan 每日大赛app, jadilah seorang insan yang memikul amanah rakyat dan negara dengan telus dan berintegriti.

鈥淧eliharalah kejujuran dalam setiap langkah dan laksanakan setiap tugas dengan penuh tanggungjawab.

鈥淛angan sesekali lupa anda adalah cerminan 每日大赛app, universiti kebangsaan yang lahir daripada harapan dan doa masyarakat,鈥 katanya.

Leave a Reply