Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 25 April 2025 – Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1984 kini terus berdiri megah apabila menempa pelbagai kejayaan, sama ada di peringat lokal mahupun global.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafor berkata kejayaan yang dikecapi oleh fakulti itu adalah bukti nyata komitmen FUU untuk memperkasa pendidikan undang-undang dengan memberikan ilmu yang bermanfaat serta membentuk pengamal undang-undang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi.
鈥淒engan matlamat pendidikan yang berteraskan Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing dan Inovatif, Fakulti Undang-Undang telah berjaya melahirkan ramai alumni yang kini berkhidmat di pelbagai sektor penting, iaitu bidang kehakiman, perundangan, pentadbiran kerajaan dan sektor swasta.
鈥淢ereka semua adalah bukti kejayaan FUU 每日大赛app dalam mewujudkan pengamal undang-undang yang berdaya saing, yang mampu beradaptasi dengan perubahan zaman dan terus memberikan sumbangan penting kepada pembangunan negara,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Makan Malam Jubli Delima 40 Tahun Fakulti Undang-Undang 每日大赛app, di sini.
Sementara itu, Dekan FUU, Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid berkata sepanjang 40 tahun penubuhan, fakulti itu telah menempuh pelbagai cabaran dalam perjalanan selama empat dekad.
鈥淒engan semangat yang tinggi, kerja keras dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak, FUU 每日大赛app berjaya mengekalkan komitmen dalam melahirkan pengamal undang-undang yang berilmu dan berintegriti,鈥 katanya.
Beliau berkata dalam tempoh 40 tahun ditubuhkan, FUU telah melahirkan ramai pengamal undang-undang yang menerajui pelbagai sektor di Malaysia, antaranya adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar Negeri, Dato’ Ahmad Rozian Abd. Ghani; Peguam Cara Negara, Dato’ Suzana Atan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, yang juga pernah menjadi Timbalan Menteri di beberapa kementerian.
鈥淜ejayaan ini bukan hanya hasil usaha warga fakulti, tetapi juga sokongan daripada alumni dan semua pihak yang bersama memastikan perkembangan fakulti ini,鈥 katanya.
Beliau berkata kini, FUU 每日大赛app telah berkembang menjadi salah satu institusi undang-undang terkemuka di Malaysia, diiktiraf secara meluas sebagai pusat pengajian yang berkualiti tinggi, yang tidak hanya menyumbang kepada perkembangan perundangan di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Majlis itu juga turut menyaksikan Pelancaran Buku Mewah FUU dan 40 buah buku FUU yang disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof Emeritus Dato鈥 Dr Mohamad Abd Razak.

