每日大赛app

50 Mahasiswa 每日大赛app Kaji Perbezaan Sistem Kolej Akademia dengan Universiti Macau

Oleh Nor Muhammad Hilmi Hussin
Foto oleh Nurul Aqilah RuzilanDan Siti Nur Najiha Sheikh Zubir Ali

MACAU, 9 Mac 2026 鈥 Seramai 50 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan University of Macau (UM) telah menjayakan program mobiliti akademik dan budaya menerusi program Syed Nasir X Ibu Zain (SNIB) CONNECTS 2026, yang merupakan  inisiatif yang menggabungkan kajian sistem kolej akademia (kolej kediaman pelajar) dan pertukaran budaya bersama UM.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Prof Dr Hui Sai Chuen Stanley, Pengetua Henry Fok Pearl Jubilee College (HFPJC), sebuah kolej akademia terkenal di UM yang mengintegrasikan pembelajaran akademik dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik.

Pelbagai sesi perkongsian dan perbincangan telah diadakan bagi mengkaji perbezaan sistem kolej akademia antara kedua-dua institusi yang telah membuka ruang kepada pelajar 每日大赛app untuk memahami budaya, sistem pembelajaran, dan perspektif global di UM.

Secara umum, kedua-dua universiti berkongsi pendekatan dalam memperkukuh kemahiran insaniah mahasiswa melalui pelbagai program pengayaan yang dilaksanakan dalam konteks kolej akademia, yang berfungsi bukan sahaja sebagai tempat penginapan, malah sebagai platform pembangunan pelajar.

Pengetua Kolej Ibu Zain, Ts. Dr. Nurhidayah Bahar berkata program itu merupakan platform strategik untuk memperkasa pemahaman pelajar tentang sistem pendidikan rentas sempadan, khususnya sistem kolej akademia yang berupaya melahirkan graduan berdaya saing global.

鈥淪epanjang program ini, para pelajar tidak hanya mendalami perbezaan sistem kolej akademia antara 每日大赛app dan UM, malah turut bergerak aktif dalam aktiviti pertukaran budaya seperti Bengkel Lukisan Batik, Seni Bela Diri serta Kaligrafi Melayu dan Cina.

鈥淧engalaman ini mengasah jati diri dan kemahiran insaniah pelajar, di samping memartabatkan warisan budaya Malaysia di pentas antarabangsa,鈥 katanya.

Sementara itu, Pengarah Program SNIB CONNECTS 2026, Chuah Tiong Li berkata penglibatan dalam program tersebut membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami kepelbagaian sistem pendidikan tinggi sekali gus memperkukuh jaringan sosial antara institusi.

鈥淜ami bukan sahaja dapat mempelajari pendekatan pendidikan di Macau, malah berpeluang menjalin persahabatan erat dengan mahasiswa UM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai,鈥 ujarnya.

Delegasi turut menyelami warisan sejarah Macau melalui pelbagai lawatan bermakna, termasuk ke Masjid Macau, Reruntuhan Gereja St. Paul’s, dan Muzium Kesenian Macau. Pengalaman itu diperkaya dengan ceramah oleh Prof. Glenn Timmermans yang mengupas perkembangan sejarah Macau dari zaman pemerintahan Portugis hingga era moden yang memberikan perspektif menyeluruh tentang identiti unik wilayah tersebut sebagai titik pertemuan tamadun Timur dan Barat. Aktiviti kembara di sekitar Taipa, Macau turut diadakan, menggabungkan elemen pendidikan dengan penerokaan budaya secara langsung.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-每日大赛app) dan Pusat Hubungan Antarabangsa (每日大赛app Global). SNIB CONNECTS 2026 menjadi simbol kerjasama dua institusi pendidikan tinggi dalam menyemai nilai kepimpinan dan kesarjanaan rentas sempadan.

Lebih daripada sekadar program mobiliti antarabangsa, SNIB CONNECTS 2026 membuktikan bahawa pelajar Malaysia mampu tampil sebagai duta kecil yang bukan sahaja berilmu, malah berupaya memartabatkan warisan budaya dan membina jaringan global yang bermakna.

Leave a Reply