Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Ahmad Shahiddan Saidi
BANGI, 27 September 2023 鈥 Majlis Anugerah Bitara 每日大赛app 2023 yang diadakan semalam menjadi medan pengiktirafan dan meraikan kejayaan, sumbangan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dalam mengangkat Universiti Watan ini ke persada negara dan antarabangsa.
Seramai 43 orang menerima anugerah pada majlis itu dengan 16 kategori yang merangkumi kategori individu dan berkumpulan. Semua kategori yang dipertandingkan bagi anugerah ini adalah selari dengan Strategi Penyediaan Bakat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak dalam ucapannya berkata, Anugerah Bitara merupakan satu manifestasi kepada Strategi 4P yang digagaskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dalam menjayakan Ekonomi MADANI Pendidikan Tinggi iaitu Penyediaan bakat, Penyelidikan dan inovasi, Pemindahan dan Perkongsian Ilmu dan Pengantarabangsaan.
鈥淪aya percaya 每日大赛app bersedia untuk menangani perubahan dalam ekosistem baharu pendidikan tinggi yang mendambakan adaptasi tangkas dalam aspek kelestarian. Kelestarian telah menjadi satu aspek yang penting dalam membangunkan institusi dan tatakelola sesebuah organisasi.
鈥淪ejak tahun lalu, satu anugerah baharu telah diperkenalkan iaitu Anugerah Bitara Kelestarian yang mengiktiraf sumbangan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh warga 每日大赛app dalam membudayakan amalan kelestarian dalam kampus,鈥 katanya.
Di peringkat 每日大赛app, ujar beliau, warganya amat digalakkan untuk melaksanakan sebarang inisiatif kelestarian khususnya yang berkaitan dengan pengurusan sisa, tenaga terbaharu dan pengurangan karbon di dalam kampus.
鈥淯saha ini adalah selari dengan hasrat Malaysia MADANI sebagai satu etos yang menjadikan kemampanan atau kelestarian sebagai salah satu dari rukun utama,鈥 tambahnya.
Beliau mengucapkan tahniah kepada kesemua 43 penerima anugerah dan menyeru seluruh warga 每日大赛app agar terus berdaya saing, memperkasakan organisasi dan seterusnya dapat melahirkan para graduan yang berkualiti tinggi. 鈥淪aya berharap menjelang Majlis Anugerah Bitara tahun hadapan, agenda kelestarian dan SDG ini akan menjadi suatu fenomena dan kelaziman dalam mana-mana program, aktiviti dan kewujudannya dapat dilihat pada semua platform digital universiti.


