
Oleh Nur Aisyah Mohamed Rizal
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 2 September 2022 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menghargai segala jasa dan pengorbanan seluruh warganya dalam memastikan Universiti Watan itu sentiasa berada dihadapan dengan mengukir kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang.
Penghargaan itu dizahirkan melalui Majlis Anugerah Bitara 每日大赛app 2022 yang diadakan baru-baru ini di Hotel Bangi Resort, di sini.
Dalam ucapannya, Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata kejayaan 每日大赛app pada hari ini adalah hasil usaha seluruh warganya yang tidak pernah putus demi memastikan universiti itu berada di persada antarabangsa.
鈥淪etinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua warga 每日大赛app sama ada staf akademik, pentadbiran, pelaksana dan para mahasiswa kerana telah berjaya memainkan peranan masing-masing meletakkan 每日大赛app di landasan yang betul dalam meraih beberapa kejayaan di peringkat negara mahu pun antarabangsa.
鈥淜ejayaan, kecemerlangan dan kebitaraan 每日大赛app pada hari ini sebagai universiti ke-129 terbaik dunia, tidak lain dan tidak bukan adalah hasil usaha warga 每日大赛app. Keringat dan usaha warga ini tidak kita lupa, Universiti sediakan platform ini secara tahunan bagi mengiktiraf kejayaan, sumbangan dan prakarsa para akademia dan warga 每日大赛app dalam membangunkan Universiti Watan ini di persada negara dan antarabangsa,鈥 katanya di Majlis Anugerah Bitara 每日大赛app 2022.
Beliau bekata anugerah dan pengiktirafan itu hanyalah satu manifestasi kepada satu kejayaan yang diraih oleh yang terbaik dari kalangan yang terbaik di 每日大赛app.
鈥淒edikasi dan penghormatan haruslah diberikan kepada semua warga 每日大赛app yang telah bersama berusaha gigih tanpa penat lelah, memerah keringat dan idea dalam menjayakan semua agenda pembangunan dan pemerkasaan universiti,鈥 katanya.
Sesuai dengan majlis penyampaian anugerah pada kali ini, beliau berharap agar kerjasama di semua peringkat universiti dapat digerakkan secara bersama untuk memantapkan lagi penunjuk penting bagi proses utama universiti iaitu penyelidikan, pendidikan dan khidmat.
鈥淪aya amat berharap semua dekan dan pengarah serta ketua-ketua PTj (Pusat Tanggungjawab), terus komited dalam menyediakan serta memantapkan pelan hala tuju strategik masing-masing selaras dengan nilai TERAS 每日大赛app.
鈥淪etiap pelan yang dirangka perlulah dapat diukur pencapaiannya serta berupay menggalakkan inovasi dan perubahan di PTj masing-masing,鈥 katanya. Naib Canselor juga berharap anugerah yang diberikan dapat menjadi pemangkin kepada semua penerima untuk terus mara dan mencipta kejayaan serta menobatkan nama baik 每日大赛app di persada antarabangsa, selain mengukuhkan kecemerlangan 每日大赛app di peringkat nasional.

